KLIK - KLIK

August 31, 2011

August 24, 2011

Wordless Wednesday pertama dari CN~~

assalamualaikum. nie adelah edisi Wordless Wednesday yang pertama dari CN.














tadaaaa..............


External Hard Disk yg tlh lama d idam2kan.





*note : baru beli hari Rabu 24.ogos.2011

August 23, 2011

pssst!!. gosip d bulan puasa wei~~

assalamualaikum wbt dan hye..

hehehe. gempak tak tajuk tu?. CN saje je nak bg tajuk yg gempak, biar korunk semua singgah d blog CN yang tak seberapa nie. maaflah if apa yg korunk expect bkan macam yang CN curahkan dekat sini. nie kan bulan puasa, jangan la mara2 ye?. t kurus puasa. rasanya sudah agak lama CN tidak berblogger. CN bkn nye ape, CN memang kering idea untuk meng'hapdate blog nieh. memang agak kering. bukan nya ape, CN kalo blh taknak hidang kan cerita yang agak membosankan pada reader2 semua. nti, takde la penjengah blog CN nie. entry CN pulak agak membosankan ye dok?.

okey. CN harap reader2 blog CN semua sehat2 belaka. almaklumlah, hari nie dah hari ke 23 kita berpuasa. tak lama lagi dalam lebih kurang seminggu, dah nak beraya pulak. dalam radio tadi pon dah cakap, 29 Ogos nie Pemohon Besar Raja-Raja dah nak lihat anak bulan Syawal. mesti korunk semua dah abis buat persiapan raya kan?. ke tak siap lagi?. tapi...takpelah. bukan nya sal raya yang nak d ceritakan.

dalam banyak2 Ramadhan yang CN lalui. semenjak CN dah akil baligh nie. seingat CN hanya sekali CN dapat berpuasa penuh tanpa uzur. but, ade lagi kekurangan nya bila CN tak isi kan Ramadhan tu dengan banyakkan amalan yang boleh membantu meningkatkan pahala puasa CN d bulan Ramadhan.

CN jugak tak menyangka bahawa untuk Ramadhan bagi tahun 2011 telah memberi kan sesuatu yang bermakna buat diri CN dalam banyak2 Ramadhan yang CN telah lalui. CN pon terlalu bersyukur dan berterima kasih pada Allah kerana memberi kesempatan kepada CN untuk terus berpuasa d bulan Ramadhan. tapi Ramadhan kali ini berbeza..berbeza sangat.

kenapa CN boleh katakan ianya berbeza?. nak CN listkan ke?...okey!. CN akan listkan.

  • 1. alhamdulillah. CN dapat menghabiskan bacaan al-Quran aka CN bisa khatam al-Quran sebanyak 30 juzuk pada bulan Ramadhan kali nie. (sebelum nie, belum pernah CN khatam 1 al-Quran)
alhamdulillah.....................syukur pada Mu Ya Allah. atas kesempatan yang d beri d Ramdhan kali nie.
CN berjaya khatam Quran kerana izin dari Allah. dan kerana tok guru mengaji memberi kesempatan untuk CN sertai tadarus al-Quran itu.


  • 2. hingga ke hari ke 23 Ramadhan, CN mampu lagi berpuasa tanpa apa2 halangan.
  • 3. hari ke 15, CN datang berpuasa d Kuala Lumpur selama 4 hari. setelah 4 hari, CN teruskan berpuasa d Tg. Malim. maksud CN, sebelum nie CN mana pernah puasa jauh macam nie melainkan mase CN study d Kulim dulu. tambah2 lagi. puasa kali nie, walaupon jauh..CN berpuasa bersama mak d sini.
  • 4. CN berpuasa tanpa dia. bukan tak penah kontek, but..CN rasa dah malas nak pikir sal Cinta nie. so, sedar tak sedar CN berpuasa seorang diri tahun nie tanpa hadir nya insan bernama kekasih d sisi. hahahaha. kejam tak CN?. sudah lebih setahun CN tidak punya couple. rasa tenang je hidup nie, walaupon, kadang2 jelos tengok orang lain de balak..puasa ngan balak, bukak puasa ngan balak. tapi, mungkin seru CN belum sampai untuk semua tu.
  • 5. haaaa...sebelum CN lupa. Ramadhan kali nie, buat pertama kali nya, CN d beri kesempatan untuk sertai Tadarus Al-Quran bersama tok guru ngaji dan yang lain2 nye.
ape lagi ek?. rasanya itu je la kot. jadi, CN rasa..puasa kali nie lebih bermakna atas semua kesempatan yang d berikan. insya Allah. nti 27 Ogos, CN akan pulang ke kampung bersama mak dan balik bersama semua adik beradik CN. semoga perjalanan CN sekeluarga selamat sampai ke Kelantan Darul Naim.

cerita ape lagi ye?. kan CN da cakap, CN kurang idea dalam bab2 nak menulis nie. tapi, takpelah..itu je yang CN mampu. lagipon, blog CN nie semua cerita sal CN dan ape yang ade d sekeliling CN. kali nie, CN rasa lebih matang dan tenang dalam menghadapi cubaan dan rintangan d bulan Ramadhan.


p/s : meh sini CN nak gosip. Iklan sal Hantu Bonceng dah keluar wei. ade sape2 nak belanja CN tonton? (CN gurau je). TMO HB macam best, maklumlah, Zizan RL, Jue Evans ngan Jue Aziz yg berlakon.

nak tengok cover HB??...meh le sini....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.













I LIKE Zizan RL. hehehehe.




*note : Syawal makin hampir.
bila CN dapat berpuasa berdua?.
hahaha. gatai!!!!.

August 18, 2011

Canon ohhh Canon!!~~

assalamualaikum dan hye.

kalo org lain ade spontaneous Thursday nye, CN pon ade jugak. okey. sedar tak sedar, kita dah melepasi 17 hari berpuasa. CN pon masih d beri kesempatan untuk berpuasa sehingga hari ini tanpa sebarang halangan atau kekangan. Alhamdulillah. tapi bukan itu yang CN nak ceritakan.

okey...sebenanrnya, tadi...CN ade la layari HOTfm. Bila dah lama menjengah. tetiba ade page pasal nie ha...korang tak percaya?. okey. kalo x percaya, boleh la korang jengah di page HOTfm.

huhu. CN pon secara spontannya telah menyertai pertandingan ini. kalo ade rezeki CN, dapat la CN miliki Canon nieh. tapi CN tak berharap sangat. kalo dapat RM150 pon dh ok. tapi kalo x dapat jugak, mmg CN tak bernasib baik. tapi orang kata "kalo tak cuba...mane kita nak tau..", orang2 jugak kata..."tuah ayam nampak d kaki, tuah manusia tak sape tau..", dan sape la tau kalo CN ade peluang untuk menang kan?. huhuhuh.

mana tak bertuah nya, dah lama CN idam kan kamera digital cam gini, kalo ade peraduan macam nie, CN nak try nasib la. kalo dapat, Alhamdulillah sangat2 pada Allah. Kalo tak dapat pon, its okey. sbb rezeki kita bukan nya kita tau kat mana2 kan?.

hadoi!!. bertuah nya badan kalo aku dapat Canon EOS 1100D tu...

jadi, pada sape2 yang nak join, leh la pergi ke page HOTfm. isi form dan sbg nya.





*mood : teringin.

August 16, 2011

sama2 kita renungkan ~~

DIALOG ANTARA MANUSIA,MALAIKAT & SYAITAN



Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie? zzzzzzzz...


Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..



Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!



Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?



Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.



Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..



Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..



Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?



Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)



Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?



Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....tinggal aje solat tu time senang buatlaa....



Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..

2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)

3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..

KEPADA YANG NAK SHARE, DIPERSILAKAN :)

SALAM UKHUWAH :

adakah Menghilang dan Muncul itu trademark awk?

assalamualaikum dan hye.

(maaf, untuk entry kali nie tiada header Bismillah sbb update blog gune lappy abg ipar ). anyway, CN sendiri tak tau nak letak tajuk apa untuk entry nie. but, its all about him. kadang2 CN rasa malas nak sebut nama dia. CN tak tau la ape yg dia nak ngan CN, sbb CN ingat last CN contact dia mse 7.Julai.2011. CN dah janji x kan ganggu dia lagi. sbb CN penah janji ngan dia dan pasangan untuk melupakan dia walaupon dalam hati CN, sesaat pon CN tak penah lupakan dia. selalu ade nama dia d hati CN. CN tak mampu nak membuka hati untuk orang lain. tapi dia mane faham semua itu.

1.0gos.2011, CN wish selamat berpuasa dan selamat hari lahir untuk 3.0gos yg akan datang. pastu, sampai la semalam CN tak dapat ape2 berita or khabar dari dia. but, tup2 semalam 16.Ogos.2011 bersamaan ngan 16. Ramadhan, dia ade coll CN. CN tanya ade ape coll nie, dia kata "RINDU", kenapa baru sekarang nak rindu. but CN selalu dengar perkataan rindu itu dari dia setiap kali bila dia tiba2 coll CN. kalo 3 kali dia menghilang dan muncul balik itulah jawapan nya.."R.I.N.D.U", but dia penah tak pikir yang CN setiap detik, setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap minggu, dan setiap bulan CN rindu dia.

pagi nie, bila CN bangun tido untuk kesekalian kali nya, CN sms dia. nak tau CN taip ape?..



"saya rindu awak. mungkin awak ade orang lain. tapi, saya tak mampu terima orang lain. dan saya tau, saya tak mungkin layak untuk d sayang, d cinta, d rindu awak lagi selepas saya sendiri yang mengundang kebencian dari awak. saya happy bila awak tiba2 coll saya. tapi hati saya sayu jgk bile awak pergi begitu saje. saya taknak d tuduh mengganggu jika awak sudah berpunya. maafkan saya. apa pon, awak tetap istimewa dalam hidup, dan hati saya. :) " , then CN tekan send.

beberapa saat dia reply...
"yer...",

so, yer yang d maksudkan tu apa ye?.

CN akan selalu perasan sendiri aka syok sendiri bila dia kata

"betul...b rindu hun sangat2."

even CN dah tau, dia cume hadir buat seketika. setiap kali CN ingat dia CN jadi sedih, nak marah pon ade. sedih bila dia hanya datang sekejap dan akan ghaib setelah itu. sedangkan CN kat sini akan terus mengharap, mencari2.

mengapa, mengapa dia harus hadir dengan panggilan dan mesej bila CN dah mula mampu tersenyum tanpa kehadiran dia?. apakah kerana CN sendiri yang bodoh sebab Accept coll dia?. CN sendiri tak tau nape CN boleh jadi begitu lembut ngan dia?.

.........................................................>

CN tak pernah kesal mengenali dia, CN cuma kesal kenapa perpisahan harus berlaku. CN sudah mula meredhakan semua, belajar menerima hakikat bahawa CN tak kan bersama dia lagi.

nak tau nape dia special d hati CN?. sbb CN terlalu gemar memerhatikan dia mase d poli dulu. mse sem 1, selalu CN akan lihat dia dari jauh d cafe, d setiap2 pelusuk poli bile CN terlihat kelibat dia. cume dia yg tak tau. CN terlalu mengagumi dia. entah kenapa. sedangkan CN belum kenal dia mase tu. ahhh!. itukan hanya kenangan dulu.

........................................................>

btw, CN sendiri pon dah tak tau nak kata ape. semua tanda tanya nie hanya dia yang akan jawab. ape kata readers semua?. give me an opinion, wat should i do?.





*note : CN pon nak menghilang jugak lah
kalo mcm nie, blh x?



trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki