KLIK - KLIK

March 31, 2012

Mengapa Rasulullah SAW Melarang Minum Sambil Berdiri?






Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. ---Dari segi kesihatan----
Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.

Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.

Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing.

Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal.

Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.

Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".

Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.

Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.

Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:

"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."

Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."

Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,

"Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
(HR Bukhari).

Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..

Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.

Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.

Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.

Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....

“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.

~Surah Al-’Asr.

Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.

Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.

Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN!!!!!

Indahnya Islam jika penuh dengan adab.



ps : copy from
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=196108587170679&set=a.167675753347296.34284.167627843352087&type=1&theater

anyway, thanks for the sharing.


copy gak...

March 25, 2012

10 perkara antara guwa dan novel...




hai semua. nie entry sesaje2 je.

eh. dah tau kan nie entry sal ape?. nie entry sal novel. hehehe. salah satu hobi guwa.

guwa dan novel :

  • first : sekali, tgk novel tu sape yang menulis. i mean, novelis nya siapa. kalo novelis yang memang penah menggegarkan dunia penulisan, guwa memang lebih daripada 50% akan membeli novel tersebut. melainkan, kalo guwa takde duit time tu. antara novelis yang guwa suka ialah Aisya Sofea, Damya Hana, Siti Rosmizah, Anis Ayuni dan banyak lagi...hehehehe ;)
  • second : mase nak beli, harusla bace dengan teliti sinopsis dia. kalo rasa macam CANTIK, MENARIK, TERTARIK..KO MEMANG DA BOMB. guwa beli je. tetapi, kekadang ade gak guwa tak beli bila mood macam takde. hehehehe ;)
  • third : guwa akan tengok nama watak tu. pada guwa, bila novel tu guna nama yang senang untuk d sebut, nama yang cantik pastu tambah ngan sinopsis yang menarik, guwa akan beli.
  • forth : dulu kan...mase guwa mula-mula berjinak ngan hobi baca novel nie. guwa macam suka sangat ALAF21. tapi takde la macam suka, but MEMANG SUKA SANGAT. tapi sekarang guwa dah tak kisah sape penerbit nya. sebab, sekarang guwa ade novel keluaran, KAKI NOVEL, BUKU PRIMA, SR PUBLICATIONS...etc.
  • fifth : guwa memang dididik ngan satu perangai yang guwa susah nak ubah bila guwa ade novel baru. satu-satunya perangai itu ialah, guwa akan balut novel yang guwa beli ngan pembalut plastik. hehehe. macam buku sekolah lak kan?. tapi serius guwa cakap, guwa memang SAYANG SANGAT novel-novel guwa. sebab tu guwa akan pakaikan baju plastik untuk semua novel-novel guwa. ;) (ade gak novel yang tak terbalut....)
  • sixth : guwa kan, bukan guwa nak cakap. tapi nie memang realiti. biasanya, novel-novel yang guwa beli kebanyakkannya memang masuk ngan jiwa guwa. i mean, guwa boleh teruskan membaca keseluruhan muka surat. mula sampai habis. dan pernah, guwa baca novel FANTASIA ROMANTIKA. nukilan seorang lelaki. jalan cerita memang takyah cakap la. tapi...guwa sabarkan jiwa guwa ngan habiskan dan akhirnya, guwa berpuas hati ngan pembacaan itu.
  • seventh : guwa nie seorang yang baik hati. hehehehe. ;) (masuk lift, tekan sendiri...). mana taknya, kalo ade member-member guwa atau sesape sahaja yang mengenali guwa yang nak pinjam novel guwa. guwa bagi. cume dengan syarat mereka akan taking care novel guwa. guwa memang tak harap mereka balut novel guwa. sebab tu, guwa akan balut novel-novel guwa sebelum mereka pinjam. lagipon, jarang sangat ada orang yang nak jaga barang pinjam seperti barang sendiri. iya tak?. tapi buat masa sekarang, mereka yang meminjam, memang taking care novel guwa. dan I LIKE bila mereka boleh ikut cara guwa jaga novel guwa.
  • eighth : guwa memulakan hobi nie ngan baca novel SEKEPING HATI SEORANG WANITA. haaaa...time nie, guwa baru lepas UPSR. konon-kononnya sekadar nak isi masa lapang. alih-alih jadi hobi sampai sekarang beb.
  • ninth : banyak waktu yang guwa habiskan dengan membaca novel. bagi guwa, walaupon novel nie sekadar nak menceritakan tentang percintaan dan dugaan serta cabaran dalam dunia percintaan, banyak info yang kita boleh dapat daripada pembacaan tersebut. antaranya, kita boleh tahu tentang penyakit, tentang tempat-tempat menarik walaupon hanya melalui pembacaan.
  • tenth : bagi guwa, bila kita baca novel. kita kena letakkan diri kita dalam situasi tersebut. barulah kita boleh menghayati segala situasi yang terpapar di dalam novel tersebut. sebab tu, guwa boleh kekalkan baca novel nie sebagai salah satu hobi guwa.
* DAN yang penting sekali : Guwa tak suka baca novel orang lain. maksud guwa, guwa SUKA baca novel yang guwa beli sendiri. even duit tu duit dari mak guwa. (guwa tak suka pinjam barang orang lain...selain daripada family guwa...). lagi pon, ini hobi. lagi puas hati bila hobi itu dilakukan dengan keupayaan kita. iya tak?


hehehe. kalo nak taip. memang banyak la. tapi...cukup la sepuloh kan?. kalo banyak-banyak, hangpa malas nak baca lak. hek3.





stok novel sehingga hari nie dalam bilik guwa. ini baru dalam bilik guwa.
dalam almari kakak guwa yang sulung pon banyak beb.

pss : dua yang atas tu. d kiri dan kanan itu adalah paling LATEST guwa beli.
dan belum baca lagi. OKEY?.



*note : guwa syorkan hangpa cuba hobi nie.
tak rugi.

March 21, 2012

spontaneous Thursday # Novel vs Purse


hobi yang bermula dari standard/darjah Enam.
lepasan UPSR la katakan.
mulanya, sekadar nak isi masa kosong.
and the first novel aku bace ialah
HATI SEORANG WANITA by Norhayati Berahim.

tapi...bila dah lama jadik hobi lak. until now. i still read the novel.
and sometimes, i will repeat the reading even dh banyak kali bace.

tajuk gempak. padahal just saying about the novel. biasa la. wanita, mana penah lari dari nak melaram.
aku pon...dalam banyak2 benda kewanitaan, salah satu hobi yang takleh elak ialah hobi mengumpul DOMPET WANITA / PURSE.
lagipon..aku memang ikot perangai mak. suka tukar2 purse. so, mana lagi tumpahnya kuah kalo tak ke nasi.





*note : wanita sentiasa ingin kelihatan cantik.
even, benda sebesar biji sawi.

March 17, 2012

warkah dari seorang penganggur.....

salam ahad buat semua. ini adalah entry mengenai luahan seorang penganggur...nak tau sape penganggur itu?. mari aku perkenalkan. tapi sebelum tu, kalian baca dulu warkah daripada seorang penganggur macam dia itu okey?.

ke hadapan saudara dan saudari pembaca sekalian...saat kalian membaca entry ini, sudah tentu saya bukan lagi seorang pekerja. dan sudah tentu saya tidak mempunyai bos...tapi, saya masih bekerja untuk kedua ibu bapa saya, kepada adik beradik saya...

sebenarnya, bukan saya malas untuk bekerja tetapi...jiwa saya meronta untuk tidak meneruskan hasrat pekerjaan itu. sudah saya cuba untuk teruskan dan cuba untuk ikhlas kan diri saya. tapi nampaknya, itu sia2. malah, makin lama saya rasa makin tertekan.

memang banyak perancangan yang hendak d buat bila saya bekerja, mana taknya, saya berangan-angan nak kumpul duit bayar duit PTPTN, nak beli itu ini, nak buat simpanan. tapi, bila saya sudah berhenti berkhidmat d organisasi itu, lalu bagaimana harus duit2 itu menjadi milik saya?

walau macam mana pon, saya masih bersyukur kerana saya masih dapat melakukan kerja-kerja yang telah d amanahkan oleh Allah Maha Esa. dengan izin NYA, saya bisa menunaikan solat 5 waktu sehari semalam yang menjadi kewajipan saya sebagai hamba NYA. saya masih bisa membaca kitab suci al-Quran. dan saya masih bisa meneruskan yang lain walaupon saya adalah seorang penganggur.

bukan saya tak suka bekerja, tapi...saya ingin memberi kesempatan kepada diri saya untuk menikmati apa yang saya seronok lakukan. dan bagi saya, kalo saya tak suka itu semua...saya tak boleh dan tak mampu teruskan. kelak nanti bimbang akan ada kesan negatif pada organisasi tersebut.

saya akui bekas bos saya terlalu baik. terlalu menjaga adab antara majikan dan pekerja sebab beliau merupakan seorang yang kuat pegangan agama. saya amat menghormati beliau. tapi...cuma saya yang tidak dapat meneruskan khidmat saya d situ. and, saya pon tak tahun kenapa.

beliau sering memberi kata-kata semangat untuk saya memilih hanya yang terbaik untuk hidup saya. kata-kata beliau sentiasa saya ingat. dan beliau sebenarnya tak berapa jauh beza umor dengan mak saya. keluarga beliau juga sangat baik. terima kasih, bos. sebab penah bagi saya menimba pengalaman d organisasi bos.

sebenarnya, banyak planning yang ingin saya buat. tapi...buat masa sekarang satu pon planning tu tak menjadi lagi. tapi, saya tau...nanti saya akan mencuba dan berusaha untuk mencapai nya. inysa Allah.

bukan nya saya tak mahu bekerja dan berusaha mencari rezeki. malah, hati ini juga sering mendesak untuk saya mencari kerja supaya dapat mengubah hidup saya ini. tapi...ini adalah jalan terbaik yang saya rasa buat saya d masa ini. saya pasti dan yakin, satu masa nanti saya akan mempunyai satu kerjaya yang akan menjamin masa depan yang lebih baik dan bermakna. cuma, siapa saya d masa akan datang, saya juga tak mampu menjawabnya...sama-sama la kita nantikan. insya Allah.

kerana saya juga mempunyai cita-cita yang besar seperti orang lain. dan saya akan berusaha untuk mencapai nya. mencapai dengan kudrat saya sendiri. insya Allah. moga Allah permudahkan segala perancangan saya dan memberi rezeki kepada saya.

sekian sahaja lah luahan daripada seorang penganggur buat masa sekarang.

# pesan saya kepada orang-orang d luar sana, jangan lah memandang rendah pada penganggur macam saya.


yang benar,
saya...
(penganggur bertauliah)


inilah dia penganggur itu...hehehehe.


pesanan penaja : entry ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pon yang telah meninggal dunia.

ini adalah entry yang d reka semata-mata oleh pemilik blog dan hanya berkait dengan pemilik blog sahaja. thanks!.



*note : penganggur pon manusia beb.

March 08, 2012

segmen malam Jumaat : Ayat Kursi Senjata Orang Mukmin




nampak tak ayat kursi bersama maksudnya itu?. sebenarnya, banyak hikmat membaca ayat kursi nie. malam nie, saya berbesar hati nak kongsikan 10 hikmat ayat kursi yang terdapat dalam buku Hikmat, Khasiat & Fadilat Ayat-ayat Al-Quran. mari sama-sama baca dan ketahui. sebab...setiap perlakuan kita itu akan d catatkan baik dan buruknya oleh Malaikat di kiri-kanan kita.

Antara hikmat nya ialah....

  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad.
  2. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  3. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  4. Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
  5. Barangsiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya. Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  6. Barangsiapa membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
  7. Barangsiapa membaca ayat Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur dan perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
  8. Barangsiapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  9. Barangsiapa membaca ayat Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  10. Barangsiapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

sudah ketahui bukan?. banyak lagi yang ada dalam list. cuma, aku pilih yang mudah untuk d pahami dan yang lebih pendek tapi bermakna agar kalian semua tak boring baca yang panjang-panjang.




*note : marilah sama-sama
kita amalkan.

March 06, 2012

wordless Wednesday # ouccch. pimple....


makin hari makin besar, makin hari makin sakit. aduh!.




*note : tapi jerawat nie tumbuh kat
btg hidung dkt kening. sakit wo!

sama-sama renungkan bait-bait lagu nie...

tajuk : Menanti Di Barzakh
artis : Far East...


Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata


# sama2 muhasabah diri untuk alam sana. alam yang kekal selama-lamanya.



*note : bersediakah aku untuk ke sana?



March 05, 2012

bahagian I : Tahun Melawat Kelantan 2012....

hai semua. lama tak bersua kan?. sehat ke?. d harap semua sehat-sehat saja. sebelum kalian semua menjamu mata ngan gambar-gambar yang penuh bercahaya nie, aku nak ucapkan terima kasih pada kalian yang sudi datang singgah sini. mana la tau kalian tiba-tiba rasa seronok bila singgah sini. hehehehehehe. okey. jom kita tengok gambar-gambar yang d ambil sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK2012). semua gambar-gambar nie d ambil sewaktu berlangsung nya perarakan kereta berhias di Kota Bharu.

HAWISH. mimik muka takde perasaan.
maklumlah, tido d ganggu kerana peristiwa ini.

the first kereta yang d hias dari PKINK. tengok je la...
lampu-lampu melingkari kapal yang d cipta.
ni kan dari PKINK jadi, haruslah ade bangunan tinggi bagai.

mini lori berhias..mengangkut awok-awok dikir barat.

alaaaa...comey nye awok-awok tu dok menggoyang-goyangkan tangan.
dahlah baju cantik kan?

ahaaaa...nie pandangan dari depan kereta berhias dari MPKB Bandar Raya Islam.
ada lampu kuning, merah, oren, hijau...keliling lampu menyala-nyala.

pandangan dari bahagian sisi kereta berhias MPKB Bandar Raya Islam.
nampak tak slogan tu?
ada yang nampak, ada yang tak nampak sebab nie kan waktu malam.

kalo dari belakang, memang cantik la...
ada bangunan, ade pintu gerbang, ade bendera...

pergh!. kereta-kereta mewah yang turut serta. sumpah cantik.
mulala berangan nak pakai kereta-kereta mewah nie.
tapi...berangan jela yang boleh.

you see?. ade bumbung siap mini lory nie. hehehe.
siap ade belon bagai. lampu warna-warni pon ade.

Bachok 2012. sape tak kenal Bachok yang terkenal dengan Pantai Irama tu?
kalo ade yang tak kenal..memang bukan asli dari Kelantan la tu.
hehehehe. (gurau je..)

tapi yang special nya kereta berhias dari Bachok nie,
ade monyet..bukan monyet perhiasan.
tapi monyet betul-betul. kalo dalam gambar nie memang susah nampak.
sbb gambar kecil kan?.

lawa tak kereta merah tu?. yang nie bahagian kereta antik.
antik-antik pon, cantik tau..
cantik kan??...

hehehe. tirai putih tu d letakkan di situ sebab nak ada nya
Wokyoh, Samad,dan Said. alaa...yang wayang kulit tu la.

jahit kain berpasang-pasang,
ini kereta berhias dari Gua Musang...

nah...pantun dua kerat aku cipta khas untuk warga Gua Musang. hehehe.

dari belakang kereta berhias Gua Musang, ade ikan,
bunga and apa-apa yang anda semua lihat...

cantik kan?

team basikal dan motor....

besar bebenor alat musik tradisional nie.
tapi aku tak sure nama apa benda...

erm. Hawish dan nenek nye.
Hawish first time tengok perarakan kereta berhias nie.
menangis-nangis taknak balik.

yang di tunggu-tunggu telah tiba, mempersembahkan...
kerteta api dari KTM Tanah Merah.

Hawish khusyuk melihat kereta api.
sampai taknak pandang kamera.

haaa...yang nie memang nampak cam satu lukisan kan?.
macam real pon ade.kreatif sunggoh diorang nie.
aku siap buat wallpaper dekstop..

you see??..ade warna merah...warna kuning,
ade bunga...ade jambatan. satu gabungan yang cantik.

bye-bye kereta api ku. hehehehe.

haaaa...yang nie memang sangat antik.
kereta yang d guna oleh orang-orang kaya satu mase dulu.

tapi...antara banyak-banyak kereta antik tu.
ini lah yang berjaya menawan kalbu.
mana tak nya, lihat saja lah warna pink tuh.
siap ade lambang TRW lagi.

dari Pasir Puteh. cantik kan kain bawah tu?.
warna pepel gitu.

haaaa...sangat-sangat colorful kan?.
ade gasing..ade replika masjid.

dari belakang. kain siap menggerbang d tiup angin lagi.

pengiring-pengiring bermoto "skram"...
cantek kan mereka berbaju hijau kan?...

topeng ape ntah orang-orang tu pakai. takut gak aku nengok nye.
dengan dok menari-nari camtu kan?.



event-event macam nie jarang berlaku d Kota Bharu. sebab tu la bila ade event-event macam nie aku nak pergi. then, tercapai jugak hasrat aku nak melihat perarakan kereta berhias nie sempena dengan TMK 2012. takrugi pergi sebab malam tu Kota Bharu memang bermandikan cahaya dari kereta-kereta berhias yang ade malam tu. nak tengok lagi?. nanti akan bersambung bahagian II.


# setakat nie saje lah untuk bahagian I. akan bersambung bahagian II. sama2 nantikan ye?.



*note : to be continue.....

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki