KLIK - KLIK

January 18, 2013

Redha Allah terletak pada Redha Ibu Bapa...

Assalamualaikum...

nie ada short entry, kalo last entry tu aku ade post pasal kisah cinta klik sini. tapi, kali nie, aku cuma boleh katakan, aku tak boleh teruskan hubungan tu. aku punye sebab nape aku perlu putuskan. walaupon aku sendiri sedih sebab terpaksa lukakan dia lagi, namun.... sebab yang paling kuat mengapa hubungan tu putus, biarlah aku sorang je tahu.

jika aku beritau, mungkin aku akan bercerita tentang insan yang paling aku sayang d dunia nie, insan yang telah berkorban banyak dalam hidup aku. cuma, aku akan tetap doakan kebahagiaan dia. semoga Allah memberikan pasangan yang baik, solehah dan yang menyayangi dia sepenuh hati dan semoga pasangan dia akan menjaga dia sebaik-baiknya kerana dia sangat baik.

sepanjang aku mengenali dia, dia sungguh baik. one more think i want to say to u,

Redha ALLAH terletak pada REDHA Ibu Bapa. so, renung-renungkan.




*note : aku akan berusaha 
membahagiakan ibu bapaku.


January 08, 2013

Kekasih Jenis apakah???...

Assalamualaikum wbt...

hai semua. apa cerita?. sory la, nie baru boleh update. mase kat UMT, wifi tak berapa nak support sebab ramai sangat pelajar kan. so, terpaksa la den melupakan hasrat nak update tambah-tambah bergelumang (cewah, bergelumang la sangat kan??..) dengan buku sempena Final exam.. anyway, Final exam aku habis semalam, so, pagi tadi... pkol 9.00 kitorang cabut dari sana ke Stesen Bas Kuala Terengganu. sebab tiket kan tak beli lagi, so, kena la pegi awal-awal. hik-hik-hik... nasib tiket pkol 10.00 pagi tu ada lagi...dan, syukur... tgh hari tadi sampai. pkol 1.00 lebih...

okey. back to our topic....hari nie, aku berbesar hati nak kongsikan 1 artikel mengenai

5 JENIS KEKASIH... yang di ambik dari Metro Ahad.

1. Si Arnab
Jenis 'gelojoh' dalam menghulurkan percintaan.  Dalam erti kata lain terlalu banyak kata-kata yang diucapkan.  Apabila terlalu banyak kata-kata yang diucapkan tanpa memberi ruang kekasih untuk meluahkan, mungkin kekasih bosan dan perkembangan cinta terlalu pantas.

Kelebihan, mungkin anda orang paling memahami, sensitif tetapi begitu keterlaluan dalam segenap aspek kerana ingin melangkaui tanggapan ataupun harapan kekasih.

Mengimbangi agar hubungan berterusan, belajar bersabar serta mengawal emosi agar tidak menyebabkan pasangan tidak selesa dengan sikap anda terlalu sensitif.



2. Si Kura-Kura
Terlalu malas berusaha dan pasangannya akan melihat dia sebagai terlalu dingin apabila membicarakan soal cinta dan komitmen.  Pengharapan si dia akan mengungkapkan kalimah, 'Saya cintakan awak' menjadi satu penantian yang menyeksakan.

Kelebihan, si kura-kura merupakan satu cabaran kerana 'terlalu mahal' untuk meraih cintanya.  Apabila mendengar si 'kura-kura' ini meluahkan perasaan ia bagaikan memenangi segunung emas.

Tukarkan perbualan terhad kepada satu perbincangan aktif agar kekasih tidak berasa bosan mahupun tertekan kerana 'kura-kura' kurang meluahkan perasaan.


3. Si Patung Beruang
Mungkin mereka yang pernah mempunyai kekasih jenis ini berasa perlu menyuapkan gula-gula setiap kali mereka merengek.  Sifat manja dan ingin dibelai adalah elemen utama yang ada pada si 'beruang' ini.

Kelebihan kekasih ini menyebabkan anda berasa seronok kerana tidak rela berjauhan.  Sering ingin dimanja membuatkan pasangannya turut dibuai perasaan cinta.

Elak kerap merengek dan mengadu perkara sama berulang kali.  Ia akan membuatkan pasangan berasa lemas kerana tidak pandai berdikari.




4. Si Kuda Hitam
Berasa yakin dalam setiap tutur kata.  Bagi lelaki tentu sekali mencuri perhatian wanita kerana sifat 'macho' manakal wanita menyajikan pesona cukup anggun pada jejaka yang memandangnya.

Kelebihan dia mungkin mempunyai pakej lengkap disebabkan oleh ketampanan, keyakinan, personaliti mahupun tutur kata begitu mempesonakan.  Namun terlalu menunjuk akan kelebihan akan membuatkan orang salah faham melihat dirinya kekasih yang ego.

Rendahkan diri dan mudah memberi senyuman agar dilihat sebagai lelaki budiman serta mudah dibawa berbincang.



5. Si Unicorn
Jenis kekasih ini jarang ditemui.  Ia masih wujud tetapi mungkin hanya satu dalam sejuta membuatkan kekasih sebegini cukup dihargai.  Sifat agresif, pasif, keghairahan, kepantasan serta kepekaan seimbang.

Kelebihan, semuanya cukup sempurna dan mungkin kelemahan menonjol adalah pasangan bergandingan dengannya.  Dia harus berusaha untuk menajamkan skil sedia ada agar hubungan bersama pasangan berkekalan.



agak-agak, korang punya kekasih atau teman hidup korang yang mana?. bila baca jenis-jenia yang telah dinyatakan, mesti korang dah boleh agak dalam kategori manakan?. semua nya punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. namun, kita boleh melengkapkan kekurangan itu, dengan syarat... menerima si dia tanpa syarat.




*note : dia yang mana ek?.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------
THANK YOU FOR READING









January 01, 2013

Selamat Datang 2013...

Assalamualaikum wbt..

please nice to me... dan moga, 2013 akan d ceriakan seperti warna-warna itu...


hai semua. im back in 2013. dengan beberapa KEINGINAN. tapi, biar aku ucap syukur dulu, Alhamdulillah... syukur pada Allah, aku masih bernyawa dan masih belajar untuk menjadi muslimah yang d redhai, anak yang taat pada ibu bapa, sahabat yang baik pada kawan-kawan nya dan, sebagainya... insya Allah.

Alhamdulillah.. keinginan 2011 terlah termakbul bila tahun 2012 menyaksikan aku berjaya mendapat tempat d Universiti Malaysia Terengganu atau lebih d kenali sebagai UMT. yeay!. d sini, aku mengenali sahabat-sahabat yang awesome selepas sahabat yang pernah aku kenal d tempat - tempat aku menimba ilmu start dari sekolah sampai poli dulu. dan, sykur jugak.... dengan masa yang berlalu, aku semakin dapat lupakan kelukaan 2010. iya... walaupon agak sukar, aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya oleh sebab itu aku nekad jalani hidup seperti biasa yang akhirnya membuahkan hasil bila aku semakin membuka mata, membuka minda untuk think postive tentang takdir hidup.

mana taknya, aku kan selalu layan perasaan sedih. tu yang jadi macam susah sikit. hik3. tapi, bila aku tahu hakikat sebenarnya, aku mampu keluar dari kotak fikiran yang asyik fikirkan tentang itu. now, aku dah berjaya lakukan apa yang aku nak lakukan sejak dari 2011 lagi. syukur.... tapi, memori itu tetap segar dalam ingatan. but, nevermind...

d tahun 2012, menyaksikan aku melanjutkan pelajaran, menyaksikan aku FALL IN LOVE with Fotoghraphy, Handcraft like Quilling, Cross Stitch, and Twisted Flower. ye.... dan, ianya juga menyaksikan aku menjadi seorang yang lebih terbuka, menjadi seorang yang ingin mendalami ilmu agama... Alhamdulillah. sampai sekarang, aku masih belajar menutup aurat penuh even tidak berpurdah. I just want to be myself. yang boleh membawa kebaikan serta dapat melindungi bukan diri aku je tapi, yang lebih utama boleh melindungi Abah aku dan bakal suami ku dari api neraka sekali gus akan membawa kami ke syurga yang d impikan oleh setiap muslim d dunia ini. semoga keluarga ku juga dapat manfaat dari itu. Insya Allah. Amin.........

dan, bila berbicara tentang tahun baru, pasti setiap orang mempunyai KEINGINAN yang baru jugak. termasuk lah aku. antara keinginan aku :


  1. nak jadi hamba Allah yang baik, yg d redhai,
  2. nak jadi anak yang solehah, serta isteri yang solehah. tapi, part isteri tu belum tahu lagi la bila...,
  3. nak jadi student yang cemerlang dari segi akhlak, akademik dan ko-kurikulum ,
  4. nak jadi seorang kawan yang baik,
  5. nak belajar ilmu fotografi,
  6. nak beli BB. hahaha. itu boleh jadi keinginan tahun baru gak kan?
  7. last but not least, nak jadi peniaga yang berjaya serta amanah yang boleh d percayai. ewah!
jadi, harapnya keinginan - keinginan itu dapat d capai dengan jayanya dan dengan cara yang betul. insya Allah. nak tambah 1 lagi keinginan boleh tak?. NAK KAWEN... hahaha. maaf lah, gatal sikit. umur dah makin meningkatkan. member - member pon dah ramai yg kawen, dapat anak. bahagia je. aku?., dk tunggu masa lagi. tapi aku yakin, jodoh tu ada, cuma belum tahu dengan sape. kita tunggu dan lihat je la bila masa nya. sebab, aku takde jawapan untuk itu. mana tau, Maut dulu menjemput sebelum sempat Jodoh... kita perlu ingat pada Kematian.. baru lah hidup kita nie tak tersasar dari landasan sebenar hidup d dunia nie. 

harap nya, 2013 akan dapat d jalani dengan sebaik-baiknya. bukan pada aku je, harapan untuk korang jugak. SELAMAT DATANG 2013... dan Selamat Tinggal 2012. kenangan bersama takkan aku lupakan. terima kasih 2012.... i'll always remember u. 



                         




*note : saya nak belajar terima awak 
Mr. H




------------------------------------------------------------------------------------------------------------

THANK YOU FOR READING

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki