assalamualaikum wbt dan hye.
apa khabar semua?. d harapkan semua sehat2 sahaja. okey. kali nie, aku nak ceritakan tentang aku dan bola.. ekceli, aku mengaku r, dulu aku memang x pandang sangat sukan bola sepak nieh, tambah2 if bola sepak negara barat. aku paling x suka. but, if pasukan negara barat, dulunya aku suka Brazil. but, suka time diorg menang je la. kalo x, aku memang x minat pon jugak. aku x tengok pon perlawanan tu kat Tv. aku tahu melalui akhbar atau berita je.
but..orang kata, orang Kelantan nie semangat perkauman antara satu sama lain mereka memang sangat kuat. aku memang x tau sejauh mana kebenaran nya, but..aku memang x suka bile orang luar mengata orang Kelantan macam2. sbb kami jugak ada dalam kalangan mereka. bila dah lama2 nie..semakin hari semakin The Red Warriors d kenali dengan kehebatannya. well. mse The Red Warriors mula2 naik, aku masih menuntut d Politeknik. so, aku hanya tau sedikit2 perkembangan mengenai The Red Warriors.
bila dah abis study nie, aku dah leh tumpukan sepenuh perhatian aku pada bola sepak Malaysia. dan lebih2 lagi, aku suka The Red Warriors. setiap perlawanan, aku akan usaha untuk tidak miss melihat d tV. aku x tau la macam mana aku leh stat suka sukan bola, but, yg aku tau...semenjak TRW melonjak naik namanya, sejak dari itu lah aku semakin suka. dan, semejak itu, aku sehabis daya ikuti semua perkembangan bola sepak negara kita. kalo tahun lepas, ade beberapa wakil dari pasukan Kelantan yang d pilih untuk bersama dengan pasukan Kebangsaan untuk bersaing dengan pasukan Indonesia untuk merebut Piala Suzuki AFF. dan pasukan Kebangsaan Malaysia dapat tewaskan Indonesia dalam perlawanan tersebut dan dari situ, aku mula mengenali nama NorShahrul Idlan Talaha, Kharul Fahmi Che Mat (Goal Keeper) Malaysia pada waktu itu yang juga merupakan goal keeper pasukan The Red Warriors.
setelah itu, The Red Warriors semakin mengukuhkan nama nye d mata rakyat Malaysia dan membuktikan bahawa pasukan The Red Warriors d bawah pengasasan Tan Sri Anuar Musa juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pasukan negeri2 lain. aku sangat bangga kerana pasukan The Red Warriors akhir nya mampu mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak negeri Kelantan yang makin kelam. dan jika d lihat, The Red Warriors mempunyai ramai pemain yang muda dan masih bertenaga.
antara pemain2 The Red Warriors yang aku kenal ialah :-
1. Nor Shahrul Idlan Talaha
2. Daudsu Jamaludin
3. Khairul Fahmi Che Mat
4. Nurul Azwan Roya
5. Izuan Solahudin
6. S. Chanturu
7. Piya (aku x ingat nama penuh dia ape..hehehehe) (Kapten)
8. Rizal Fahmi
9. Farisham
10. Khairan Eroza
11. Surbamaniam
itu je yang aku ingat. sekarang nie, ade isu timbul mengatakan Daudsu sengaja menjaringkan gol sendiri sewaktu menetang Terengganu dalam usaha merebut Piala FA. Sedangkan terang lagi bersuluh Daudsu ingin menanduk bola keluar dari gawang gol sendiri dan tiada siapa menjangkakan semua itu berlaku. jika tidak mengapa, Daudsu enggan ditemu bual selepas permainan?. but, ape yang aku x suka, bila ade isu begitu, ramai yang menyalahkan Daudsu dan ramai yang berterima kasih kepada Daudsu yang di katakan dalam usaha Daudsu membantu Terengganu mencapai kemenangan tersebut. ahhhh!!. aku x pedulik, yang aku tau, aku suka Daudsu sebab kesungguhan beliau dalam membuktikan bahawa beliau memang bersungguh dalam setiap game. buktinya, semasa perlawanan The Red Warriors menentang pasukan Perak, satu2 nya jaringan tunggal yang d jaringkan oleh NorShahrul Idlan Talaha yang mulanya d passing oleh Daudsu sehingga kan NorShahrul Idlan Talaha mampu menjaringkan satu gol yang mana akhirnya membawa kepada The Red Warriors untuk terus menduduki tempat pertama dalam carta Liga Bola Sepak Malaysia.
(carta terkini...TRW kekal d tangga teratas... GKG!!!..keep it out)
(barisan pemain TRW..Daudsu ado jugok tu)
(datuk M. Karathu..jurulatih TRW yang banyak mengajar barisan pemain utk terus kekalkan prestasi)
(simbolik kepada TRW ....kijang!)
(penyokong TRW..d mana2 sahaja)
Sooo...dengan bangganya aku menyatakan..bahawa aku sangat menyokong TRW. dan sangat meminati TRW punyer permainan. sbb aku adalah rakyat jati Kelantan.
so...ade sape2 nak cakap ape2 tentang aku dan bola??. hehehe. d persilakan. aku x kisah. cume, aku akan pertahankan ape yang aku tau. dan aku akan pertahankan pasukan kesukaan aku. hehehe. entry nie aku tujukan khas untuk pasukan The Red Warriors.
The Red Warriors masih berbaki beberapa perlawanan untuk merebut Piala Liga Super 2011. Dan aku berharap..The Red Warriors mampu mengekalkan rekod sehingga mendapat kemenangan tersebut. harap begitulah. amin!!..
lepas, tu...The Red Warriors ada perlawanan persahabatan dengan pasukan Vietnam kalo x silap aku. kalo aku silap, maafkan aku...hehehe. GO KELATE GO..
*note : LOVE The Red Warriors.