KLIK - KLIK

May 27, 2012

koleksi Quilling...

Assalamualaikum wbt...

hai semua. hope semua sehat. hehehe. aku update blog jap before solat aku menunaikan solat zuhur...
nak tunjuk Quilling yg aku buat... maksud aku, koleksi quilling aku setakat 28.05.2012..

abaikan jela tikar yang d bawah tu ye?. itulah alas lantai bilik aku. hehehe.

haaa...yang nie Quilling terbaru terbitan 28.05.2012. hari nie la tu...


hehehe. setakat nie motif bunga je la yang aku pandai. nampak tak warna hitam yang 4 bijik tu dan ade warna putih tu?. itula ulat beluncas aka ulat bulu versi aku. taktahu la jadi ke tak....

 okey guys. need to off. mahu solat...



*note : 6 jam dalam bilik buat benda nie. 

May 25, 2012

bila Quilling card menjadi sesuatu yang lain....

Assalamualaikum wbt...

hehehehe. quilling card aku dah jadi lain. nak tau?. meh aku tunjukkan... ade sedikit perubahan dan penambah baikan... hehehe. penambah baikan la sangat kan?.

lain yang d buat, lain yang jadi... hehehehe.

 bila quilling card jadi frame... tapi, bukan frame gambar. ini bahagian sisi.




*note : time to sleep....

3 step mudah :Quilling Card....

Assalamualaikum wbt...

hai semua. selamat petang Jumaat. d sebabkan blog nie d hasilkan untuk berkongsi. so, aku nak berkongsi lagi mengenai seni Quilling yang aku buat. as a newbie, banyak ag benda yang aku kena pelajari. kena dalami. kena hayati teknik-teknik yang terbaik untuk hasilkan Quilling terbaik...

kali nie aku buat Quilling card... so, meh aku cerita sedikit tentang cara-cara nya..

bahan-bahan :
  • kotak kecik
  • reben
  • gunting
  • kertas warna
  • gam

1. mula-mula, dapatkan kertas yang keras atau kotak...then, guntuing bagi kecik sikit... sesuai dengan nama nya as a card... so, dah siap... kena la tampal kertas warna yang gelap untuk lindungi daripada nampak nye kotak tu kan?. lepas tu, tampal sedikit reben di bahagian tepi kiri. dan bahagian atas. seperti gambar di bawah ini....

so, macam nie la jadinye... pasti anda dapat bayangan nya kan?

2. lepas tu, gubahla bentuk bunga yang anda inginkan. dan hasilnya, pasti seperti yang anda inginkan...nak tahu?. lihat gambar di bawah....

ha....yang nie hasil kedua....

3. dan akhir sekali, untuk mengelakkan daripada bunga di card itu kelihatan kosong, boleh la kita tambahkan daun, dahan sebagai penyeri bunga itu kan?. dan, untuk menyerikan lagi... kita boleh tambahkan aksesori lain... seperti corak berjurai-jurai dan boleh la letakkan kumbang sebagai menyerikan lagi card tersebut.

dan akhirnya, jadilah kad seperti gambar di atas...boleh diubah mengikut kreativiti anda...


hey...nanti anda cubalah ye?. mana tahu, anda akan jatuh cinta dengan bidang nie macam aku. hehehehe. padahal, kalo nak di ingat balik, aku bukanlah gadis ayu yang sukakan benda nie semua. hehehe. tapi, ntah mengapa sekarang nie, aku suka bebenor buat benda-benda yang nampak kreatif macam nie. 




*note : mungkin itu bakat terpendam aku.
no one know....

May 24, 2012

Quilling..

Assalamualaikum wbt..

ye guys. selamat ari jumaat buat semua. hehehehe. pagi nie aku nak kongsikan tentang seni Quilling. bukan nya apa, aku memang suka benda-benda yang kreatif macam cross stitch, kain felt, jahitan manik dan sekarang nie aku terbuai dengan keindahan dan kecantikan yang ada pada seni quilling nieh. mana taknya, penghasilan nya tak memerlukan bajet yang besar. kita cuma perlukan kertas, untuk menggulung kertas itu, kita bole gunakan lidi (tapi untuk hasil memuaskan, boleh la kita beli alat khas untuk menggulung. pastu, kena ada gam.

teknik-tekniknya kita bole perlajari dari internet. search aje, atau google aje. kan kemudahan sekarang nie semua nya d hujung jari?. betulkan?. ehem. berbalik pada gulung-gulung tu, aku pon gulung guna lidi je. lagi pon, kita kena kreatifkan pemikiran kita untuk menggunakan semua yang sudah sedia ada di sekeliling kita.

well..aku tiba-tiba suka dengan seni quilling nie apabila aku beli hMetro kemarin. dan, bila aku belek-belek... aku ternampak gambar seni quilling nie. anda tahu my first impression ape?. aku rasa terpaut... dan hati aku berkata, OHSEM!... sangat cantik dan sangat halus seni nye. hanya dengan kertas, seni itu menjadi.

bila aku godek-godek internet, aku terus cari kertas dan ingin mencuba mengikut kreativiti aku. dan nak lihat hasilnya?. i'll share itu to u later... dan aku rasa, tak susah pon untuk menghasilkan seni quilling nie. takpelah. untuk permulaan nye, aku patut belajar yang senang-senang dulu. nanti, bila dah mahir dengan yang senang-senang nie, baru kita belajar yang susah sikit...dan lepas tu, boleh la aku jadi expert sikit....hehehehe.

memang aku ada jugak angan-angan nak buat business dengan hasil kraftangan nie, tapi...buat masa sekarang nie, biar aku belajar dulu teknik-teknik nye. barulah nanti aku boleh buat seperti kehendak customer. betulkan?

okey lah, mari aku tunjukkan dkt korang quilling pertama yang aku buat. malam tadi aku buat. even masih baru, rasa nya itu da memuaskan hati aku...

 tadaaaa...inilah hasil quilling pertama dari aku.
so...korang rasa bakat aku boleh diketengahkan ke tak?. hehehehe. okeylah. nti aku update lagi ye?. babai semua....



*note : tak sangka aku punye 
bakat terpendam.


kreativiti : seni kain felt I



Assalamualaikum wbt... selamat malam jumaat semua. hope u all sehat saje. mcm saya.
okey...entry malam nie sekadar nak kongsi dengan anda cara mudah membuat casing h/set anda...

okey... perkara yang perlu ada ialah :
  • kain felt beberapa warna (ikut suka hati warna apa pon.)
  • jarum
  • benang ( sesuka hati anda...warna apa pon)
  • gunting

itu sahaja. dan cara membuat nye ialah...

  1. letakkan h/set anda d atas kain felt yang anda inginlkan. 
  2. ukurkan kepanjangan dan kelebaran h/set anda. dan guntingkan kain felt tersebut.
  3. masukkan benang ke dalam jarum. dan jahit kan ia di bahagian tepi kain felt atau jahit d kepanjangan kain felt tersebut. setelah itu, jahit d bahagian bawah kain felt itu. di ingatkan, sebelum anda mejahit nye, pastikan saiz lubang itu muat untuk h/set anda berada dengan selamat d dalam nya.
  4. pastikan ianya melepasi kepanjangan h/set anda untuk melindungi h/set anda sepenuhnya.
  5. jahitkan bahagian depan kain felt itu dengan corak yang anda inginkan. bagi menaikkan warna nya, anda d cadangkan untuk menjahit corak yang anda buat dengan menggunakan warna lain. (lihat  gambar)
  6. setelah itu, jahit d bahagian pintu masuk h/set anda atau bahagian atas. (lihat gambar)
  7. dan akhirnya, masukkan h/set anda dalam casing yang anda buat itu. pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya. sebab, anda tak perlu menghabiskan duit dan anda boleh mengasah bakat anda dalam bidang kraftangan.
   inilah dia casing kain h/set menggunakan kain felt. view depan.




dan ini, view casing h/set menggunakan kain felt dari belakang.



nanti, anda boleh la mencuba nya. kan?. kain felt itu ada d jual d kedai jahit, atau kalau kat sini...kedai buku pon ada. nti anda cari la ye?.




*note : bakat itu harus d asah.

blogging world : im back...




snap during my blog has not been login. i mean ..cannot login.
Assalamualaikum wbt...

hai semua blogger-blogger yang manis kacak, hensem lagi menawan...

lama tak jumpe di alam maya nie kan?. anyway...bukan tuan punya blog nie tak sudi nak berkongsi kisah baru. cuma, ade sedikit masalah.

dan setelah kurang sehari nak genap sebulan tuan punya blog tak update blog, baru sekarang tuan punya blog dapat update.

well..actually, banyak benda yang berlaku sepanjang tuan punya blog menyepikan diri dari dunia blogging. antara nya :

  1. tuan punya blog sempat ke karnival seni kebudayaan yang berlangsung dari 27-30 April di SSMIV, Kota Bharu.
antara seni yang dipersembahkan pada hari Seni Karnival Budaya .

     2. tuan punya blog menyertai EOS Canon workshop. belajar basic mengenai dunia DSLR.

 








 yang nie pulak, satu-satunya gambar tuan punya blog bersama tenaga pengajar di hari kursus EOS Canon workshop. abaikan gambar tuan punya blog yang tak berapa cantik tuh.



3. tuan punya blog gigih menyemai hobi baru dalam hati dengan kerja-kerja menjahit Cross Stitch seperti yang pernah tuan punya blog tunjukkan dkt blog.
















haaaa...inilah hobi yang disemai oleh tuan punya blog. boleh buat duit tau dgn hobi nie.
mata duitan jugak tuan punya blog nie ye?.



dan..kalo nak cerita lagi, memang banyak la yang terjadi dalam tempoh penyepian tuan punya blog nie. apa pon, tuan punya blog selalu merindui waktu-waktu untuk berblogging. cuma, keadaan tak mengizinkan selain daripada kesempitan waktu, ruang dan peluang. jadi, tuan punya blog nak mintak maaf sebab biarkan blog tak di update selama lebih kurang sebulan. insya Allah, tuan punya blog akan bergiat aktif lagi setelah ini. harap-harap ianya menjadi kenyataan.

ada ke yang rindu dengan tuan punya blog nie?. eh...eh...silap. maksud tuan punya blog ialah, ada ke orang yang rindu dengan entry terbaru dari tuan punya blog?. jika ada, terima kasih daun keladi, lain kali singgah la ke sini lagi....and now, im back for you all...





                                                                                                        *note : I miss You all.... ;)

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki