KLIK - KLIK

April 19, 2013

its time to change...


Good Morning Guys... seperti sedia maklum, 20hb April adalah hari untuk penamaan calon. kan tak lama lagi nak PRU13. ekoran tu, banyak lah jalan-jalan d tutup. begitu juga dengan Terengganu. dan semalam, dia aka kawan aku.. ada pegi Broga Hill... so, dia decide untuk tinggalkan motor dia d sini. dia tinggalkan dekat aku. dia kata, "mudah sikit kalo nak g mana-mana...", thanks to u, Mark Burn. tapi bukan itu yang aku nak coretkan dalam entry aku kali nie... nie adalah kaitan aku semata-mata...

mase aku bukak blog aku nieh. aku ada la tertekan dekat link widget tu. bace la entry-entry lepas. and, one thing...yang aku perasan. dulu, aku selalu post pasal jiwang. sampai orang pon dh bosan nak baca kan?. baik ngaku cepat..... tapi now,  aku dah tak banyak post pasal peribadi aku. opppsss... maksud aku, pasal perasaan cinta la, jiwa la, hati la... segala bagai lagi. and u know what?. its good to me. 

mungkin sebab aku dah semakin menginjak ke alam dewasa. dan makin matang. matang ke? in shaa Allah. dengan umo hampir 23 tahun. aku makin mengerti, CINTA is not everything. sebab, CINTA tu benda pasti. tapi, aku tak nak Cinta je. aku nak Cinta yang baik. yang pasti akan bawak aku menuju Ilahi dengan cara yang Baik dan Halal. paham kan maksud aku?. atau lebih mudah, Cinta selepas Nikah. in shaa Allah. sebab dah banyak kali frust, so, i decide to not couple again. let's friend only. 

so, lets have a CHANGE... 
Najibah once upon a time...

oh... by the way, boleh tak aku nak ceritakan tentang seorang kawan yang aku sangat selesa berkawan dengan dia semenjak aku berada d Universiti Malaysia Terengganu (UMT) nieh?.

actually, dia seorang lelaki. nama d rahsia kan. bagi aku, dia baik... tapi, biasalah...dalam lebih nya kita, pasti ade kekurangan jugak kan. tapi kan, aku sendiri tak tau macam mana aku boleh rapat dengan dia. sebab nya, masa perjumpaan HIMSAK untuk kali pertama nya d UMT ini, aku semacam tak pandang dia. ops...lupa nak bagitahu, dia orang Kelantan jugak. then, stop la kat situ...

nak d jadikan cerita, How I can Close to him...ialah, bila HIMSAK UMT ada buat Big Screen Piala FA 2012.... aku kan pakai Canon, so... aku decide nak ambik gambar masa Big Screen tu d jalankan. dan... sewaktu Big Screen itu, dia ada. dia bukan datang biasa-biasa je. dia datang dengan muka conteng-conteng... hahahaha. masih jelas d ingatan. keriangan dia setiap kali Kelantan memperoleh goal... bila aku dk ambik-ambik gambar, dengan tak semena-mena, dia pon nak masuk sekali. dan, sampai kan ada satu kali tu, dia datang depan aku time aku nak snap gambar. aku pn layan je. huk-huk-huk. sekadar untuk suka-suka kan....

lepas habis Big Screen tu... aku macam biasa, jalani hidup as a Najibah. nak d jadikan cerita lagi. dia inbox FB aku petang keesokan hari nya. dia mintak gambar-gambar masa Big Screen tuh. so, aku kata...macam mana nak contact untuk bagi gambar kalo takde no fon. dia pn bagi no dia... ahaaah* buat petik jari k?. dari situ la kami start Short Message Service (SMS). yang tak tahan nya, rupa nya dia stay kat Kubang Kerian jugak. tak jauh la. cuma aku d Kg Chicha. dia d Kubang Kerian.

dan dari situ lah aku mengenali dia, selesa berkawan dengan dia. dia baik. even dia merokok. itu bukan isu nya untuk aku tidak berkawan ngan dia. sebab, takde syarat yang aku tetapkan untuk seseorang itu menjadi kawan aku. nak tau kenapa?. sebab.... tak semesti nya, yang kita pikir jahat itu jahat...dan tak semesti nya orang yang kita sangka baik itu baik... betul tak?. dari masa ke masa, we keep in touch. contact always. selalu lepak-lepak makan kat kedai makan. tp, kawan lain pon ade sekali. lagi syok borak. lagi ramai, lagi banyak benda boleh borak.

bila ade event yang melibatkan, persatuan dikir barat... he always inform me. yelah, aku kan minat giler dikir barat. since, im Kelantanese okay... aku boleh masuk Studio Pancha Delima tengok diorang rehearsel pon sebab dia yang ajak. bila melibatkan, dikir barat... dia lah yang banyak inform aku. then, aku g bawak Canon, ambik video diorang... kiranya aku nie jurugambar tak rasmi diorang la. hahaha. padahal nan-hado... just aku je suka nk ambik video diorang, untuk simpanan...

semalam, dia tolong aku... tolong belikan cawan and garfu plastik untuk Majlis Santai HIMSAK. tapi, sayang nya dia lak takde untuk Majlis Santai HIMSAK.. dia ke Broga Hill atas anjuran Kelab POSESO kot. siap tinggalkan motor untuk aku. hehehe. thanks. sebenar nya, aku sendiri tak menyangka... yang aku akan rapat dengan dia, hanya kerana BIG SCREEN itu... dan, Big Screen tersebut lah yang membawa dia menjadi kawan aku. masuk ke dalam hidup aku. cewah!. never mind. yang penting, aku suka kawan ngan dia.

he in black shirt... the right one.

dan, after him... i have another friends, Lela. she is young from me. but, she was 3years here. hehehehe. tak sangka. dari kenal dekat FB, boleh jadi kawan. starting from Pesta Konvo. as usual sebabkan sesuatu benda yang di minati. kami jadi kawan. dengan Lela, we share same favorite, Dikir Barat. hehehe. mula-mula tu malu gak la. tapi bila dah lama,...dh saling bertukar no fon. selalu keep in touch. 

dan terdekat, kami akan bergabung tenaga untuk menjayakan Majlis Santai HIMSAK on 20 April. memang kami tak punya apa-apa jawatan dan nama untuk HIMSAK.. cuma, kami nak pastikan HIMSAK punya pemimpin yang berwibawa untuk menaungi kelab itu. buat masa ini, HIMSAK UMT masih bergelar kelab underground... sebab, HIMSAK UMT belum d tubuhkan secara rasmi. then, we should have many effort to make it real. amboi... speaking saje aku dalam entry nieh. hahahaha.

mase bufday Lela tahun lepas... aku berjaya buat kejutan yang tak berapa nak terkejut tu untuk dia. walaupon tak sehebat bufday orang lain. mana tak nya, sambut pon dkat Kafe UMT je. hehehe. she was so suprise when i gave cake. *abaikan broken English aku tuh...

simple Bufday...tidak merancang pon sebenar nya.

Aku ade pengakuan d sini, aku Najibah as in IC card...aku suka berkawan dengan kalian...aku berharap, PERSAHABATAN INI AKAN BERKEKALAN SAMPAI BILA-BILA...

aku masih punya 2tahun berada d UMT. diorang dah nak abis dah. tambah-tambah, the boy, abis sem nie...abis la dia. huhuhuhu. LI lak dia pas nie. Lela lak, ada 1sem lagi lepas sem nie. pasnie, sapa la yang akan jadi baik ngan aku macam diorang ek?. sebab aku sebenar nya payah nak rapat ngan orang. but, once i comfort with them... i will always beside them. 

dan sebenarnya, aku tak sangka dan tak jangka. UMT akan membawa aku mengenali dan rapat dengan mereka. dan sebenar nya, ada hikmah bila aku d terima d UMT nieh. even mase 1st time jejak kaki ke sini, aku rasa tak suka. tapi, Alhamdulillah... terima kasih..... 





*note : hehehe. entry lari tajuk.



April 10, 2013

CUTI is HOLIDAY....


hai semua. d sebabkan student UMT tengah beructi. dan salah seorang dari mereka ialah aku. so, aku nak la update blog sikit. hehehe. walaupon cuti, keje bertimbun. ada asaimen. Akaun. haiisssh.... sampai sekarang pn masih belum siap-siap.  aku sedar, kadang-kadang bukan sebab takleh buat, tapi sebab dk main benda lain, plus ngan mudah putus asa. tu yg jadi tak siap-siap jugak tu. sebab, kalo time cuti, memang nak cuti je keje nya. tak nak pikir benda lain dah. tapi tuntutan pada pelajaran memang takleh lari.

hurm...redha je la. btw, dalam cuti nie... pandai lak aku install benda baru yang kerap dk iklan dalam tv, padahal aritu, beria-ria kata kat kawan, tak reti la, tak tu la, tak nie la. padahal salah satu alasan, (tgk...alasan lagi)   biasa la. aku dan alasan. sentiasa bersama. hak..hak..hak. sila lempang laju laju

semenjak dua menjak nie, taklah. maksud aku, semenjak guna smartphone, cewah!!!. padahal tak smart mana pon. dah pandai BBM, lepas BBM, main WhatsApp... jimat kot main benda-benda nie. tak payah guna kredit, tp kena ambik pakej bulan. macam aku, aku ambik pakej yang RM20 sebulan. kira nya RM20 akan d potong dari prepaid kita. pastu, boleh la layari internet tanpa sempadan. kan ke gitu? tapi setiap bulan kena apply pakej tu. takpelah, janji ade intenet d hujung jari. takperlu lah nak kena bukak laptop selalu. sebab nya, kalo aku ngadap laptop, memang tak jadi keje la jawab nya.

lepas WhatsApp. timbul pulak benda baru dalam tv, yang Lisa Surihani ngan Sam tuh. ape kebenda nya?. WeChat?. haaaa... WeChat. syok gak main. mula-mula, aku pandang pelik dekat membe yang dk WeChat ngan kawan dia. kata, aishhhh.. "main pa la camtu?", sekarang aku lak dk gila kan benda nieh. hahahaha. hari-hari dk WeChat ngan BFF aku.


nie lah WeChat nye....
sampai kan, kakak aku pn main benda nie...hahahaha.

no wonder lah member aku dk kata best main benda nie. kadang-kadang, benda nie boleh melalaikan. huhuhuhu. tapi, kita kena la pandai-pandai bahagikan masa. ye dok?. hek-hek-hek. btw, sabtu lepas... aku g air terjun Lata Tembakah ngan Family. wah!. memang best gila dapat berendam dalam air. walaupon, dah besar dewasa cam nie, hahaha. naluri nak main air macam kanak-kanak tetap ada. kan?. well... aku kan masih kanak-kanak. walaupon, dah layak jadi mak. hahahaha. itulah.... dalam tak sengaja, perangai kanak-kanak muncul. cewah!!!!...

                                   haaaa... percaya tak nie aku time kecik bersama air terjun?. 
ps : tolong jangan percaya. nie anak sedara aku. :P

jernih kan air nye?. sangat seronok dapat luangkan masa bersama keluarga tercinta. yes!. ,mereka segalanya bagi aku. walau kadang-kadang aku ade melawan kata-kata mereka, tapi... aku tetap sayang mereke. so much!

lepas main air, kita g makan shoot. hahaha. 

shoot la sangat. nie SUNSET okey, hahahah. dah lama nak ku rakam kan saat-saat sunset bersama EOS kesayangan ku ini. tapi, hanya ini yang mampu ku tangkap untuk tatapan kalian. sbb aku masih lagi baru dalam proses pembelajaran nie..

nampak sedap kan?. Masya Allah sate ini sedap. 

jangan jelos ye. pada yang nak merasa sate nie, boleh la bawak rombongan cik kiah ke, mak jemah ke...semua boleh pergi dan d alu-alu kan untuk mencuba sate nie d Machang. okey, nama kedai nye?. nanti aku bgtau.

taaadddddddaaa....
sate yang dalam gambar adalah Mama Satay.

banyak-banyak sate yang d nyatakan tu, mungkin untuk tempahan. sebab aku dh banyak kali pegi makan, hanya ada sate ayam dan daging. so, sape-sape yang nak merasa sate kambing dan sate perut, sila buat tempahan. okey?. in shaa Allah tak rugi.

eh... sekarang tengah bising pasal PRU13. korang dah daftar untuk mengundi ke?. nama aku ada. nak tgk?.
takde dalam lappy. ada dalam bb je. sory. tapi yang pasti, aku dah boleh mengundi. 


ps : tolong jalani tanggungjawab kita pada negara. 
pangkah la pemimpin yang berwibawa, yang mampu bawa kita ke jalan yang d redhai Allah.






*note :  bila ek nak booking tiket balik utk PRU13?




------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- THANK YOU FOR READING -

April 02, 2013

coretan skema I


sebelum hamba meneruskan taipan ini. ketahuilah oleh semua, bahawasanya, hamba sekarang berada d Terengganu Darul Iman. d UMT d mana, berada nya hamba di sini adalah tiada sebab lain hanya lah untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah. d sini, hamba bertemu dengan ramai kawan yang sudi berkawan dengan hamba. sebenarnya, d awal-awal ketahuan hamba tentang jawapan UPU yang menyatakan hamba dapat futher study d UMT, hati hamba memang berat. kerana, sini bukan lah pilihan utama hamba. sebab nya?. biarlah hamba seorang saja yang tahu. hehehehe.

namun, apa yang hamba tak sangka ialah, dengan hadir nya hamba d sini, hamba semakin dapat ramai kawan. sekeliling hamba, ramai yang selalu menegur hamba bila bertemu. sebagai tanda persahabatan kami. dan bagi hamba, sekali hamba berkawan, hamba nak berkawan buat selama nya. macam hamba berkawan dengan kawan-kawan hamba yang lain.

ke mana pon hamba pergi, hamba bersyukur kerana Allah menghadiahkan kawan-kawan yang baik untuk hamba. jika nak d nyatakan sorang-sorang, pasti panjang entry kali ini. tapi, ketahui lah oleh kalian semua, bahawa.... hamba tak kesal mengenali kalian semua.

bila hamba datang ke UMT, hamba seakan-akan kekangan masa untuk terbang pulang ke kampung yang hanya 3jam dari sini. kerinduan hamba sangatlah tinggi kepada Mak dan Abah d kampung. kerana, tanpa mereka....tiada lah hamba.

 masjid kristal

 Taman Tamadun Islam

 sekeliling TTI

Terengganu Museum





*note : hamba tak sabar nak balik bercuti.

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki