Assalamualaikum wbt.
Masa itu emas. Masa takpernah menunggu kita.
Allah swt sendiri berfirman mengenai masa melalui satu surah di dalam Al - Quran, iaitu surah Al-Asr...
Masa terus berjalan, tanpa lelah. tanpa menunggu. tanpa menoleh.
Tapi aku masih belum menghargai, masih belum terisi dengan zikrullah. Malu. Ya. Malu sebab mengaku kenal Allah tapi tak mengingati DIA. sedangkan "hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
Taubat yang tertangguh...
Manakan bisa manusia tanpa dosa. setiap hari, ada yang tercatat, baik mahupon buruk.
Jiran paling rapat dan akrab, Raqib dan Atib tidak pernah culas melaksanakan tugas yang telah Allah amanahkan.
Hati terlalu rapuh. Mengenang dosa-dosa lalu, hinanya aku rasa bila aku mengangkat tangan lalu memohon syurga Allah. walhal, dosa menggunung.
Allahurabbi.... godaan syaitan terlalu rapat membisik, dorongan nafsu terlalu hampir bila terjaga dari tidur. lagikan sewaktu tidur syaitan ada, inikan pula sewaktu mata celik namun jiwa tanpa DIA.
Sekalipon kau melihat aku berhijab labuh, jangan disangka aku seperti malaikat kerana aku punya masa jahat. Aku takmampu sempurna, aku takmahu dihakimi kerana wara'nya aku.
Kau belum kenal siapa aku. Aku hanya menjalankan perintah agar menutup aurat. Aku terlalu takut dengan timbunan dosa. Aku tak mahu tenggelam dalam lautan dosa. Aku bukan selamanya didunia.
Garis masa kehidupan semakin menuju garisan penamat, entah hari nie atau esok aku akan pergi. Disaat itu, aku harap aku mampu bertaubat tanpa tertangguh lagi. Aku harapkan aku mampu menahan diri dari melakukan kesilapan yang sama.
Aku tak ingin terus hanyut dengan dunia dan seisinya. Aku cuma mahu kedamaian di alam sana.
Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, Allah Maha Pengampun serta Maha Pemurah.
Jika kita bertaubat dengan bersungguh-sungguh, Allah pasti akan menerima taubat dan akan melindungi diri kita. in shaa Allah.
Taubat itu perlu. Taubat itu akan memberi ketenangan, kedamaian. Semoga taubat akan menjadi perisai dan akan menjaga diri kita dari melakukan kesilapan yang sama.
*note: Jangan hukum baiknya aku kerana hijabku.