KLIK - KLIK

November 30, 2015

Taubat yang tertangguh



Assalamualaikum wbt.

Masa itu emas. Masa takpernah menunggu kita. 
Allah swt sendiri berfirman mengenai masa melalui satu surah di dalam Al - Quran, iaitu surah Al-Asr...


Masa terus berjalan, tanpa lelah. tanpa menunggu. tanpa menoleh.
Tapi aku masih belum menghargai, masih belum terisi dengan zikrullah. Malu. Ya. Malu sebab mengaku kenal Allah tapi tak mengingati DIA. sedangkan "hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."



Taubat yang tertangguh...

Manakan bisa manusia tanpa dosa. setiap hari, ada yang tercatat, baik mahupon buruk.
Jiran paling rapat dan akrab, Raqib dan Atib tidak pernah culas melaksanakan tugas yang telah Allah amanahkan.

Hati terlalu rapuh. Mengenang dosa-dosa lalu, hinanya aku rasa bila aku mengangkat tangan lalu memohon syurga Allah. walhal, dosa menggunung.

Allahurabbi.... godaan syaitan terlalu rapat membisik, dorongan nafsu terlalu hampir bila terjaga dari tidur. lagikan sewaktu tidur syaitan ada, inikan pula sewaktu mata celik namun jiwa tanpa DIA. 

Sekalipon kau melihat aku berhijab labuh, jangan disangka aku seperti malaikat kerana aku punya masa jahat. Aku takmampu sempurna, aku takmahu dihakimi kerana wara'nya aku. 

Kau belum kenal siapa aku. Aku hanya menjalankan perintah agar menutup aurat. Aku terlalu takut dengan timbunan dosa. Aku tak mahu tenggelam dalam lautan dosa. Aku bukan selamanya didunia. 

Garis masa kehidupan semakin menuju garisan penamat, entah hari nie atau esok aku akan pergi. Disaat itu, aku harap aku mampu bertaubat tanpa tertangguh lagi. Aku harapkan aku mampu menahan diri dari melakukan kesilapan yang sama. 

Aku tak ingin terus hanyut dengan dunia dan seisinya. Aku cuma mahu kedamaian di alam sana. 
Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, Allah Maha Pengampun serta Maha Pemurah. 
Jika kita bertaubat dengan bersungguh-sungguh, Allah pasti akan menerima taubat dan akan melindungi diri kita. in shaa Allah.


Taubat itu perlu. Taubat itu akan memberi ketenangan, kedamaian. Semoga taubat akan menjadi perisai dan akan menjaga diri kita dari melakukan kesilapan yang sama.



*note: Jangan hukum baiknya aku kerana hijabku.

November 19, 2015

SPONTANEOUS THURSDAY: JIEJIE comeback




Allahurabbi... dah lama aku tak update blog. setahun lebih. busy naw nampak nya. 

Perkembangan terkini aku ialah, 

1. secara rasminya telah bergraduat dari Universiti Malaysia Terengganu 

(Penguat semangat dan pencetus utama, Ma Abah... Terima kasih.)

        (bukti bujang, bukti sayang sv, bukti sayang siti,bukti kwn ngan bdk Mapem)

sebenarnya bukan lah bukti sangat. tapi inilah insan yang aku jumpa dan sempat bergambar bersama pada hari Konvokesyen aku pada 25 Oktober lepas. 

SV tu paling penting, aku sayang SV aku sbb dia always bg kata-kata semangat dan sentiasa mempercayai hasil kerja aku. setiap kali perjumpaan ngan dia, ada je yang kami borakkan. terima kasih DR....

Siti... hurm! perkenalan yang tak dijangka. UMT mempertemukan kami. Alhamdulillah. dia sangat baik. selalu beli topup ngan aku, kami pernah join sekali Konvoi Merdeka anjuran MKS UMT. sangat best. Nak dijadikan cerita, aku dapat bergambar dengan Siti sebab masa aku dok kalut cari family, Siti panggil.. "Liiiiiing.... tahniah!", pastu, mulalah kami posing ala maut. Mujur ada Arif (Mapem) yang kebetulan lalu dekat kami...

Arif (Mapem)... jujurnya aku kenal Arif masa kawan Himsak kata "dialah yg designkan baju Himsak kita"... ooo... start situ lah aku kenal dia. masa kenal sama-sama malu. ahahhaa. berani dalam alam maya je. kalo komen-komen, like-like tu biasa la. masa hari amek jubah, jumpa kat DSM ngan Arif. baru aku tahu, Mapem konvo sekali. ingatkan Mapem konvo kat PITC je. 

Takdir mempertemukan aku jumpa ngan Arif masa sibuk-sibuk dok cari family masing-masing lepas keluar DSM dan aku sibuk kuasa dua sebab tengah mikir mana la family aku, dan sape lah nak tolong amek gambar aku ngan Siti yang posing ala-ala cantik nieh. Last skali, apa lagi, ajak la Arif bergambar sekali lepas dia tolong amekkan gambar aku dgn Siti... 

(bukti rasmi bergraduat dari UMT,hasil penat lelah 3 tahun)


2. berjaya mendapat kerja di Palmabrand Exclusive SDN. BHD. di Sri Gombak

(khusyuk kerja oi.... kerja yg sentiasa kena baiki sbb aku masih baru, takde pengalaman)

kenapa aku pilih berhijrah dalam pekerjaan?. sebab aku rasa aku perlu berhijrah sementara aku muda dan sementara berkesempatan. siapa lah tak rindu kan kampung kan. mengenang Ma Abah yang sentiasa di sayangi. 

boleh nangis kalo ingatkan mereka. jantung hati abadi. takde galang ganti. 


3. masih Bujang, eh! hahaha. 

JIEJIE yang shomel sokmo. kikiki.

hahaha. takleh blah langsung come back aku kan. hurm. banyak lagi cerita. tapi, kurang masa plus takde idea. nanti-nanti, kena bajet untuk beli tab ke. best sikit update blog time kat luar rumah kan. takpayah la aku bukak laptop lagi. ke gane?



okey. nanti aku update lagi. bos dah masuk opis. 



*NOTE: spontaneous btul. 



November 07, 2014

INI yang aku pilih....


sudah lama aku tak update blog dgn new post. bukan taknak post. cuma sibuk. bukan sikit sibuknya. tapi banyak. hehehehe. kadang-kadang, sampai terlupa aku ada blog.

bila berada di tahun akhir pengajian nie... makin banyak kerja. mana taknya, sesi I 2014/2015 sangat menguji kesabaran bila banyak cuti am yang kami dapat. dan akibat daripada tu, banyak kelas postponed. bila kelas postponed, aktiviti P&P pon terganggu sebab banyak bab yang tak sempat di cover mengikut garis masa yang telah lecturer tetapkan. 

walaupon banyak cuti... aku masih sibuk. cuti la sebanyak mana pon. aku tetap takkan terlepas dari fikir tentang Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) aku...yang mana aku sendiri merelakan diri aku untuk buatnya dan tajuk PITA pulak... takbanyak research yang pengkaji-pengkaji dulu jalankan. so, lagi banyak aku kena baca journal..

tapi... ITU lah yang aku pilih. kadang-kadang terasa cam.."eh! boleh ke aku buat kajian nie... sempat tak siap ikut yang lecturer yang jugak supervisor aku nak?", walaupon.... aku jauh ketinggalan daripada kawan-kawan yg lain... aku lebih suka ambik pendekatan, "buat ikut kemampuan... asalkan ada peningkatan...", ye...memang semua tu macam just nak lepaskan diri. tapi hanya itu yang aku mampu buat.

dalam aku menaip entry nie... aku terfikir, banyak hikmah yang aku dapat bila aku decide untuk buat PITA iaitu:

  1. aku boleh lupakan sebaris nama yang nak sangat aku lupa
  2. aku boleh lupakan kenikmatan atau keseronokan orang lain yang sedang bercinta 
  3. aku boleh tahu dengan lebih mendalam berkaitan tajuk PITA aku
  4. aku boleh cabar diri aku dengan menyiapkan kerja yang supervisor mintak
mana taknya... bila sibuk, semua aku boleh lupa. i mean, yang tak penting untuk ada dalam fikiran aku. ye tak?. namun, dalam kesibukan aku... aku takkan lupakan DIA. kerana dari DIA aku mohon kekuatan, kesabaran, keberanian, dan tawakal.. dan, hanya pada DIA tempat pergantungan aku. tiada lain! 

aku tahu... jika aku lupakan DIA, lalu siapa yang akan bantu aku? yang akan memberikan aku ilham untuk menggerakkan hati aku untuk melakukan apa yang perlu aku lakukan. Ye! aku memang huru hara...sebab kadang-kadang aku tak mampu nak urus diri aku. sebab tu aku masih taknak fikir tentang hidup berdua. sebab, andai berseorangan pon aku masih tak mampu uruskan, bagaimana aku nak uruskan kehidupan berdua?. macam mana aku nak jaga orang lain?

hurm... tapi bagi aku. itu semua lumrah hidup. semua yang berlaku adalah mengikut kehendak NYA. aku juga tahu dan ingat... "DIA takkan menduga aku melampaui kemampuanku...", dan aku yakin akan itu. kerana itu aku selalu memohon agar DIA menunjukkan jalan yang lurus pada aku. 

pada aku... kita akan sentiasa memilih. sebab dalam hidup nie. kita hanya diberi dua pilihan dalam setiap bahagian cerita hidup kita. iaitu Take it OR Leave it... walaubagaimanapon, harus d ingat... "kita merancang, namun Allah juga merancang.", dan perancangan Allah itu pastilah yang paling hebat. kerana Allah sayang kan hamba-hamba Nya...

tipulah kalo aku kata aku mampu uruskan semuanya sendiri. tanpa bantuan dari NYA melalui dorongan keluarga, pensyarah, dan kawan-kawan yang aku sayangi...takkan mampu aku menjalani nya sendirian. terima kasih aku ucapkan kerana kalian mengerti dan menyokong apa yang aku pilih.

berkisar tentang kekecewaan lalu dalam percintaan.. aku sudah semakin mampu menerima jalan cerita hidup aku yang lebih indah apabila aku mendekatkan diri pada NYA berbanding daripada aku terbuai dengan cerita cinta palsu manusia... hurm! bila aku kecewa, sedih, berduka, lara...DIA lah tempat aku mengadu. DIA lah tempat aku memohon kekuatan untuk melalui liku-liku hidup sementara aku diberi kesempatan... ye! semua itu adalah cerita yang mengindahkan kisah hidup aku. aku tak salahkan mereka yang beri aku kelukaan. bahkan, aku mulai sedar...aku mulai yakin. mereka adalah insan terpilih untuk aku dampingi selain sebagai ujian untuk menguji imanku. Alhamdulillah. Allah masih menjaga aku. Allah masih sayangkan aku apabila Allah menjauhkan mereka yang tak ikhlas dengan aku. 

aku yakin... sebab Hidup, Mati, Rezeki dan Jodoh itu rahsia Allah. bila sampai masa nya... semua akn berlaku dengan kehendak NYA. yang pasti lebih indah dari apa yang kita nak. dalam Quran pon ada sebut tentang "tak semestinya yang kita nak itu yang terbaik untuk kita, kadang-kadang apa yang kita tak suka, itu lah yang terbaik untuk kita...", ada jugak orang kata... "Allah nak dengar rintihan kita dengan ujian yang DIA berikan...", kerana Allah takkan biarkan tangan yang berdoa itu kosong...

cuba kita renungkan... Panas yang kita nak sampai ke petang tak berpanjangan kerana hujan mendatang... namun, d sebalik hujan...rupa-rupa nya... Allah hadiahkan kita pelangi yang cantik... itulah perumpamaan kita. kadang-kadang kita nak semuanya indah...tapi, rupa nya ujian mendatang...lalu kita bersedih...tapi, dengan tak terduga...Allah memberikan nikmat lain pada kita. jadi, untuk diri aku... aku perlu ajar diri aku jadi lebih bersyukur. yang tahu berterima kasih pada NYA...

Terima Kasih, Ya Allah...






okeylah... nti aku update lagi... tengah sibuk buat PITA nieh. hehehe. 

btw, thanks for reading...






*note: INI lah yang aku pilih.

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki