sudah lama aku tak update blog dgn new post. bukan taknak post. cuma sibuk. bukan sikit sibuknya. tapi banyak. hehehehe. kadang-kadang, sampai terlupa aku ada blog.
bila berada di tahun akhir pengajian nie... makin banyak kerja. mana taknya, sesi I 2014/2015 sangat menguji kesabaran bila banyak cuti am yang kami dapat. dan akibat daripada tu, banyak kelas postponed. bila kelas postponed, aktiviti P&P pon terganggu sebab banyak bab yang tak sempat di cover mengikut garis masa yang telah lecturer tetapkan.
walaupon banyak cuti... aku masih sibuk. cuti la sebanyak mana pon. aku tetap takkan terlepas dari fikir tentang Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) aku...yang mana aku sendiri merelakan diri aku untuk buatnya dan tajuk PITA pulak... takbanyak research yang pengkaji-pengkaji dulu jalankan. so, lagi banyak aku kena baca journal..
tapi... ITU lah yang aku pilih. kadang-kadang terasa cam.."eh! boleh ke aku buat kajian nie... sempat tak siap ikut yang lecturer yang jugak supervisor aku nak?", walaupon.... aku jauh ketinggalan daripada kawan-kawan yg lain... aku lebih suka ambik pendekatan, "buat ikut kemampuan... asalkan ada peningkatan...", ye...memang semua tu macam just nak lepaskan diri. tapi hanya itu yang aku mampu buat.
dalam aku menaip entry nie... aku terfikir, banyak hikmah yang aku dapat bila aku decide untuk buat PITA iaitu:
- aku boleh lupakan sebaris nama yang nak sangat aku lupa
- aku boleh lupakan kenikmatan atau keseronokan orang lain yang sedang bercinta
- aku boleh tahu dengan lebih mendalam berkaitan tajuk PITA aku
- aku boleh cabar diri aku dengan menyiapkan kerja yang supervisor mintak
mana taknya... bila sibuk, semua aku boleh lupa. i mean, yang tak penting untuk ada dalam fikiran aku. ye tak?. namun, dalam kesibukan aku... aku takkan lupakan DIA. kerana dari DIA aku mohon kekuatan, kesabaran, keberanian, dan tawakal.. dan, hanya pada DIA tempat pergantungan aku. tiada lain!
aku tahu... jika aku lupakan DIA, lalu siapa yang akan bantu aku? yang akan memberikan aku ilham untuk menggerakkan hati aku untuk melakukan apa yang perlu aku lakukan. Ye! aku memang huru hara...sebab kadang-kadang aku tak mampu nak urus diri aku. sebab tu aku masih taknak fikir tentang hidup berdua. sebab, andai berseorangan pon aku masih tak mampu uruskan, bagaimana aku nak uruskan kehidupan berdua?. macam mana aku nak jaga orang lain?
hurm... tapi bagi aku. itu semua lumrah hidup. semua yang berlaku adalah mengikut kehendak NYA. aku juga tahu dan ingat... "DIA takkan menduga aku melampaui kemampuanku...", dan aku yakin akan itu. kerana itu aku selalu memohon agar DIA menunjukkan jalan yang lurus pada aku.
pada aku... kita akan sentiasa memilih. sebab dalam hidup nie. kita hanya diberi dua pilihan dalam setiap bahagian cerita hidup kita. iaitu Take it OR Leave it... walaubagaimanapon, harus d ingat... "kita merancang, namun Allah juga merancang.", dan perancangan Allah itu pastilah yang paling hebat. kerana Allah sayang kan hamba-hamba Nya...
tipulah kalo aku kata aku mampu uruskan semuanya sendiri. tanpa bantuan dari NYA melalui dorongan keluarga, pensyarah, dan kawan-kawan yang aku sayangi...takkan mampu aku menjalani nya sendirian. terima kasih aku ucapkan kerana kalian mengerti dan menyokong apa yang aku pilih.
berkisar tentang kekecewaan lalu dalam percintaan.. aku sudah semakin mampu menerima jalan cerita hidup aku yang lebih indah apabila aku mendekatkan diri pada NYA berbanding daripada aku terbuai dengan cerita cinta palsu manusia... hurm! bila aku kecewa, sedih, berduka, lara...DIA lah tempat aku mengadu. DIA lah tempat aku memohon kekuatan untuk melalui liku-liku hidup sementara aku diberi kesempatan... ye! semua itu adalah cerita yang mengindahkan kisah hidup aku. aku tak salahkan mereka yang beri aku kelukaan. bahkan, aku mulai sedar...aku mulai yakin. mereka adalah insan terpilih untuk aku dampingi selain sebagai ujian untuk menguji imanku. Alhamdulillah. Allah masih menjaga aku. Allah masih sayangkan aku apabila Allah menjauhkan mereka yang tak ikhlas dengan aku.
aku yakin... sebab Hidup, Mati, Rezeki dan Jodoh itu rahsia Allah. bila sampai masa nya... semua akn berlaku dengan kehendak NYA. yang pasti lebih indah dari apa yang kita nak. dalam Quran pon ada sebut tentang "tak semestinya yang kita nak itu yang terbaik untuk kita, kadang-kadang apa yang kita tak suka, itu lah yang terbaik untuk kita...", ada jugak orang kata... "Allah nak dengar rintihan kita dengan ujian yang DIA berikan...", kerana Allah takkan biarkan tangan yang berdoa itu kosong...
cuba kita renungkan... Panas yang kita nak sampai ke petang tak berpanjangan kerana hujan mendatang... namun, d sebalik hujan...rupa-rupa nya... Allah hadiahkan kita pelangi yang cantik... itulah perumpamaan kita. kadang-kadang kita nak semuanya indah...tapi, rupa nya ujian mendatang...lalu kita bersedih...tapi, dengan tak terduga...Allah memberikan nikmat lain pada kita. jadi, untuk diri aku... aku perlu ajar diri aku jadi lebih bersyukur. yang tahu berterima kasih pada NYA...
Terima Kasih, Ya Allah...
Terima Kasih, Ya Allah...
okeylah... nti aku update lagi... tengah sibuk buat PITA nieh. hehehe.
btw, thanks for reading...
*note: INI lah yang aku pilih.
No comments:
Post a Comment