KLIK - KLIK

December 13, 2010

kehendak si gadis

assalamualaikum...hai...dan salam 1 Malaysia buat semua...

ok...kali nie...cik slipper nak berbicara pasal

KEHANDAK SI GADIS YANG JEJAKA PERLU TAHU...

korunk pelik ke??...

jangan pelik2 k??...

nie adalah info yang perlu d kongsi bersama...

actually info nie cik slipper dapat daripada REMAJA edisi 15.dis.2010...



jom kita semak 9 kehendak yang jejaka perlu tahu tentang si gadis...



1. bermanja-manja

mungkin kedengaran pelik...tapi hakikatnya, lelaki perlu tahu bahawa wanita idamkan sesuatu yang manja dan boleh dikongsi bersama-sama.


2. mahu dipujuk

ada yang mengatakan si gadis mengada-ngada ketika merajuk. hal ini krn si gadis inginkan pujukan mesra dari seorg lelaki. pujukan juga perlulah ikhlas datang dari hati.


3.kejutan

jejaka boleh lakukan satu kejutan yang boleh menggamit memori indah ketika bersama dahulu.
*tips : berikan sesuatu yang manis spt kek, coklat, aiskrim atau sbg nya sbg kejutan.


4.perhatian

perhatian yang dimaksudkan ialah satu rasa tanggungjawab yang perlu ada dalam diri pasangan. elakkan dari memerhatikan gerak-gerinya kerana ia akan menyebabkan wanita menjadi rimas dan mudah bosan.


5.kesetiaan teman lelaki

kepada si jejaka, jangan terus menjadi buaya darat yang sentiasa mencari mangsanya. buat si gadis pula, hentikan lah drama 'bermuka-muka' agar kamu lebih disayangi.


6.kasih sayang

letakkan setiap kasih dan sayang kamu kepada keikhlasanmu terhadapnya. mungkin ia lebih berhasil.


7.melindungi

wanita amat memerlukan perlindungan dari lelaki. jadi, lelaki jangan ambil mudah hal ini ye??


8.sokongan

sokongan amat penting dalam sesebuah perhubungan. jika kamu tahu minat dan cita-cita teman wanitamu, jangan cuba menghalang, malah berinya kebebasan untuk membuat pilihan dan merealisasikan cita-citanya.


9.menerima seadanya

setiap si gadis hanya inginkan dirinya di terima seadanya. apa yang penting ialah keikhlasan mencintainya dan bukannya kecantikan paras rupanya.




*note : so...kepada lelaki2 di luar sana...cube renung2kan apakah anda sudah mampu memahami dan memenuhi kehendak si gadis??...



renung2kan dan selamat beramal...



PEACE!!



No comments:

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki