KLIK - KLIK

September 25, 2011

mengimbau kenangan~~


assalamualaikum.

hye. setelah agak terlalu lama tak update (eh...jap,jap,jap...betul ke lama tak update?. rasanya tak pon kan?...)
anyway, entry nie hanya untuk mengimbau kenangan d Langkawi bersama staff tempat aku wat LI aka Latihan Industri aka praktikal tahun 2010. okey aku akui aku rindu semua saat indah sama ada pahit atau manis yang pernah aku lalui.

okey. dah!!..jum lihat photo2 yg sempat d snap...photo's from camera Tuan Azyah.















hehehe. photo's snapped by En. Rokemi...
















from Siti Zaidah...








hehehe. korang layan je photo's d atas ye?. im leaving u olls...btw, nantikan photo's lain d next entry...dah tak larat den nak upload photo's yang banyak nie.


waktu nie...pertama kali ke Langkawi. nasib baik la organisasi tempat aku wat LI bermurah hati nak bawak aku dan kawan p sana. walaupon, kami hanya lah menumpang selama 6 bulan d sana. layanan mereka sangat tiptop pada kami. actually, memang aku rindu sangat2 time tuh.




*note : kenangan bersama
d abdikan d hati.


September 18, 2011

maafkan aku !~~

assalamualaikum....

kali nie entry nie d tulis d kala aku mengingati semua kenangan aku dan dia.

siapa dia?.

siapa lagi kalo bukan....

JY....

berapa penting kah dia d hati aku?. well. sungguh aku sendiri tak paham nape aku masih perlu ingat semua kenangan2 aku dan dia dulu. maafkan aku wahai, sayang ku... mengapa begitu mendalam makna kehadiran mu terhadap hidup aku?. betapa banyak nye impak kehadiran dirimu sayang. betapa banyak nya makna kasih sayang yang dirimu berikan pada ku.

aku akui...aku telah berjanji berbanyak-banyak kali untuk meninggalkan mu, untuk melupakan mu...untuk menjauhi kamu, untuk tidak mengganggu kamu...tapi hasilnya, TIADA kan?. dalam banyak2 hari...tiada satu hari pon hari aku melupai kamu. why?. kamu memang bukan pertama, but...kamu memang berjaya mengubah aku, aku hampir2 mensia2 kan kejayaan aku kerana tergila-gila kan kamu. betapa aku hanyut kerana kamu. apa masih belum cukup kuat untuk aku meyakin kan kamu bahawa aku sayang kamu? mujur...mujur aku mampu menyekat kerinduan dan kegilaan aku kepada kamu demi ibu bapa tercinta yang ingin melihat kejayaan aku.

tapi..maaf!!. aku tidak menyalahkan kamu d atas segala yang pernah terjadi. mungkin semua yang pernah terjadi antara kita adalah salah aku sendiri sebab telah membiarkan kamu masuk ke dalam hati aku, membiarkan kamu mengetuk pintu hati aku, membiarkan kamu menggetarkan jiwa aku. sehingga sekarang, hatta aku melihat wajah kamu...aku merasa sayu, merasa rindu dan sayang masih menggebu. merasakan aku dan kamu masih seperti dahulu sedangkan itu semua tidak benar sama sekali.

walaupon aku mengingati kamu sehingga terbawa2 ke dalam mimpi. aku merasa sudah cukup bahagia kerana Allah masih membiarkan kamu singgah dalam mimpi aku walaupon mimpi itu jugak la yang akan membuatkan aku menunggu kamu. menunggu panggilan kamu, menunggu sms kamu. tapi...sayang nye T.I.A.D.A. mungkin benar kata orang...TAKKAN BERBUNYI JIKA BERTEPUK SEBELAH TANGAN.

dalam sedar tak sedar, sudah setahun sebulan dua minggu dua hari kita berpisah sebagai cople. dan dalam ingat tak ingat jugak lah aku telah meminta hubungan d putuskan pada hari lahir kamu atas sebab - sebab yang hanya perempuan tahu mengapa perempuan meminta itu semua. perempuan mana tak sayu, tak sedih bila dia merasakan bahawa diri nya tak layak d cintai oleh lelaki yang d sayangi dan bila dia merasakan bahawa...APALAH ADA PADA HUBUNGAN JIKA TIADA KEJUJURAN. aku memang meragui kamu!. maafkan aku sebab meragui kamu.

aku pernah kan kata bahawa aku takut untuk jatuh cinta sbb aku pernah d kecewakan. dan kamu berjanji akan bersama dengan aku untuk menjaga hubungan kita. but.. maafkan aku sekali lagi jika aku meragui kejujuran kamu atas sikap kamu yang sangat berlainan.

erm...sudahlah. kalo nak d ceritakan, terlalu banyak. tapi...cukup lah, biarlah aku saja yang tahu betapa aku merindu kamu. betapa aku seksa tanpa kamu. betapa aku sedih kerana ketiadaan kamu.

jika kamu bukan jodoh aku, aku redha!. aku jugak akan menunggu sang ADAM datang membawa aku ke arah cinta ABADI, yang bisa membimbing aku ke jalan yang benar, yang akan memperisterikan aku...yang akan menjadikan aku sebagai PERMAISURI nya untuk bertakhta d singgahsana hati nya. aku perlukan sang ADAM yang mampu menghargai aku selayak nya aku kerana aku jua manusia biasa seperti kamu.

sekali lagi...maafkan aku kerana wujud nya entry ini. dan maafkan aku kerana telah meyesakkan hidup kamu.





*note : tetiba malam nie aku sangat
merindui kamu hingga
aku mampu entrykan entry nie.


September 15, 2011

kitaran hidup saya mula berubah~~

assalamualaikum wbt dan hye olls...

dah lama tak hapdate, bukan taknak hapdate..cuma mase tak mengizinkan dan idea pn takdak, sekarang nie idea dah datang...kena la cepat2 menaip, takut idea dah lari..tak dapat la nak entrykan tajuk nie. anyway, SELAMAT HARI RAYA . kita kan raya selama sebulan. itulah spesel nye kita sebagai umat Islam.

bagi yang dalam usaha, mengerjakan puasa sunat syawal aka puasa enam...teruskan usaha. hehehe. saya pon baru dua hari puasa enam. teruk tak?. saya puasa ngan mak saya. kalo saya puasa sorang2 kesian mak saya. ahhhh!!.. saya dah start nak merapu panjang la nie. anyway, please enjoy reading...

-------------------------------------------------------------------------------------

hehehe. cam peliks je kan tetiba ade entry yang bertajuk "kitaran hidup saya berubah..."

hahaha.

padahal takde la berubah sangat. but, starting from 6 september 11' jadual hidup saya sedikit berubah...

berubah yang macam ne?. berubah ke arah yang lebih terisi bila...saya telah d terima bekerja d sebuah kedai buku.
kedai buku yang terletak tidak lah jauh dari rumah saya sbb saya masih sempat balik makan d waktu rehat saya yang hanya sejam dan sejam setengah.

btw, sejam untuk shift pagi..sejam setengah untuk shift malam. dan saya merasa bertuah bila saya semakin mengetahui perubahan d dalam dunia pembelajaran.

mana taknya, seingat saya...kalo dulu mse saya d tingkatan 5..novel bertajuk lain, sekarang dah bertajuk lain. anyway boleh d katakan semua novel2 dan buku antologi bagi sekolah menengah telah bertukar ke syllabus baharu. yang terbaharu tajuk novel student tingkatan 5 ialah "Catch Me If U Can...", kelah ko jah tajuk nye. hehehehehehe.

paling syok bila semua staff macam masih berjiwa remaja..dan walaupon ade staff dari Thailand, 'itu tak bermakna kami tak mampu bertegur sapa seperti yang lain. kami masih bisa ber'say hi and so on...

apa yang penting, bila saya bekerja...ia secara tak langsung dapat bantu saya untuk lupakan seketika dunia saya dan JY sedikit sebanyak, dan sebenarnya ape yang aya mampu katakan ialah dunia aya dan JY hanya tinggal kenangan yang tak kan mungkin jadi kenyataan lagi setelah dia hanya mendiamkan diri selepas hari raya hari tu. kalo nak ikutkan hati, memang saya taknak tanya khabar dia langung but...saya tak mampu.
memang la kalo d ikutkan jugak, nak je saya selalu sms dia or bertanya khabar dia...sebab setiap hari saya mengingati dia..but, saya sabarkan hati. sabarkan hati saya untuk melepaskan dia dan sekaligus, sabarkan hati saya untuk menerima dugaan hidup saya.

bila saya kerja, saya dapat menimba pengalaman baru. dapat kawan baru. dapat semua la baru.

hehehe. dalam pad tu ade jugak kenangan kelakar sewaktu tempoh mas eberkerja d tempat baru nie.

kejadian nie latest punya..latest sbb benda nie baru je terjadi petang td...

nak d jadikan cerita, motor aku aka sayang bucuk2 aku memang dah lama meragam, cume sebelum nie takdelah meragam macam tadi. kali nie, mungkin sayang bucuk2 aku nie dah tak tahan sakit agaknya. bila dah tiba waktu balik td, aku try start dia, tetiba sayang bucuk2 aku keluarkan suara kencang dia, bila dah try banyak kali akhir nye tak jadi, ade seorang staff tempat aku bekerja tanya...nape?. saya jawab, motor tak hidup. bile dia pn try, memang tak hidup la. then, ade seorang lagi staff bg suggestion supaya staff tu tolak dari belakang dan saya cume sedia untuk masukkan gear.
ok!!. first nye memang saya mencube, but bile dah lama sikit, tetiba sayang bucuk2 saya berbunyi lagi. kali nie siap ngan semput2 dan akhirnya berhenti bergerak. naib baik mase tu saya tak berada d jalan raya besar lagi. hahaha. bila abah saya datang, saya minta abah saya tukar motor. saya suh abah saya drive motor saya aka sayang bucuk2 saya, dan saya drive balik ngan honda cup50. hik2. kadang rase geli hati bile teringat saya drive motor abah saya.

hehehe.

this picture was snapped after back from work.

snapped when i still worked at PPT once upon a time. valid from 29 May till 2 July 2011.





*note : selama menganggur, sudah dua kali
bekerja d tempat yang berbeza.

September 04, 2011

sekali bersahabat, sahabat selamanya~~

assalamualaikum wbt dan hye.

btw, salam syawal buat semua. hari nie kita masih dalam mood raya. hari nie sudah 6 syawal. cepat nye masa berlalu kan?. kalo d fikir2 balik, memang benarlah orang kata..."masa itu emas", mana tak nya, andai d teliti secara halus...sememangnya, masa tidak penah berhenti berdetik dan tak kan pernah menunggu kita. kerana itu, kita harus menghargai masa yang tak penah jemu untuk bergerak meninggalkan kita yang masih lagi mancari masa. okey lah.

bagi yang masih beraya. teruskan beraya sebab kita kan beraya selama sebulan. masa beraya nie la kita nak eratkan hubungan yang semakin jauh. nak rapatkan silaturahim, mungkin jugak boleh menjalinkan persahabatan baru. atau apa2 saja. sambil tu, boleh la kita menikmati juadah yang hanya d hari raya saja kita dapat nikmatinya. seringkali kita melihat, bila time raya nie..kita akan hangout ngan member2 lama. beraya bersama. saling ziarah menziarahi.

okey. CN tak nak bebel panjang. jum lihat photo CN bersama sahabat dari sekolah menengah teknik bachok batch 2006/2007.

CN dan Amalina

wana, piyo dan CN.

kami suka angin pantai.

kami happening

kami bersahabat dari SMKKK2 lagi. then, terus bersahabat d SMTB. untill now.

SMTB tempat penyatuan kami. d situlah bermulanya persahabatan kami.
dari kiri : wana, mina, jie (CN) dan piyo.

snapped by wana. pandangan yg comey.

snapped guna enset canggih sgt. sbb tu ter'snap pic macam nie.

suka gambar nie. tapi CN takde dalam picture nie.

saya gemook!!!..

dua sahabat Kej Elektrik.

dalam rumah piyo.

ahhh...nampak gemook sangat CN oiii...

mereka ini kawan saya dari SMTB.

anyway, CN perlu berterima kasih pada Amalina sebab Amalina yang rajin ajak CN pergi beraya umah member2 dari SMTB. walaupon tak rapat, kami bersahabat. wana dan piyo merupakan sahabat CN yang bergiat sama dalam Netball yang CN sertai. hehehe. wana dan piyo nie memang expert Netball kalo nak bandingkan ngan CN. CN mane expert. main pon ikut suka je. hehehe. lawak jugak bila d ingat2 balik.

banyak kenangan yang tercipta antara kami. sbb itulah CN katakan. SEKALI BERSAHABAT, SAHABAT SELAMANYA.





*note : kalo boleh nak
sahabat sampai bila2.





trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki