KLIK - KLIK

March 17, 2012

warkah dari seorang penganggur.....

salam ahad buat semua. ini adalah entry mengenai luahan seorang penganggur...nak tau sape penganggur itu?. mari aku perkenalkan. tapi sebelum tu, kalian baca dulu warkah daripada seorang penganggur macam dia itu okey?.

ke hadapan saudara dan saudari pembaca sekalian...saat kalian membaca entry ini, sudah tentu saya bukan lagi seorang pekerja. dan sudah tentu saya tidak mempunyai bos...tapi, saya masih bekerja untuk kedua ibu bapa saya, kepada adik beradik saya...

sebenarnya, bukan saya malas untuk bekerja tetapi...jiwa saya meronta untuk tidak meneruskan hasrat pekerjaan itu. sudah saya cuba untuk teruskan dan cuba untuk ikhlas kan diri saya. tapi nampaknya, itu sia2. malah, makin lama saya rasa makin tertekan.

memang banyak perancangan yang hendak d buat bila saya bekerja, mana taknya, saya berangan-angan nak kumpul duit bayar duit PTPTN, nak beli itu ini, nak buat simpanan. tapi, bila saya sudah berhenti berkhidmat d organisasi itu, lalu bagaimana harus duit2 itu menjadi milik saya?

walau macam mana pon, saya masih bersyukur kerana saya masih dapat melakukan kerja-kerja yang telah d amanahkan oleh Allah Maha Esa. dengan izin NYA, saya bisa menunaikan solat 5 waktu sehari semalam yang menjadi kewajipan saya sebagai hamba NYA. saya masih bisa membaca kitab suci al-Quran. dan saya masih bisa meneruskan yang lain walaupon saya adalah seorang penganggur.

bukan saya tak suka bekerja, tapi...saya ingin memberi kesempatan kepada diri saya untuk menikmati apa yang saya seronok lakukan. dan bagi saya, kalo saya tak suka itu semua...saya tak boleh dan tak mampu teruskan. kelak nanti bimbang akan ada kesan negatif pada organisasi tersebut.

saya akui bekas bos saya terlalu baik. terlalu menjaga adab antara majikan dan pekerja sebab beliau merupakan seorang yang kuat pegangan agama. saya amat menghormati beliau. tapi...cuma saya yang tidak dapat meneruskan khidmat saya d situ. and, saya pon tak tahun kenapa.

beliau sering memberi kata-kata semangat untuk saya memilih hanya yang terbaik untuk hidup saya. kata-kata beliau sentiasa saya ingat. dan beliau sebenarnya tak berapa jauh beza umor dengan mak saya. keluarga beliau juga sangat baik. terima kasih, bos. sebab penah bagi saya menimba pengalaman d organisasi bos.

sebenarnya, banyak planning yang ingin saya buat. tapi...buat masa sekarang satu pon planning tu tak menjadi lagi. tapi, saya tau...nanti saya akan mencuba dan berusaha untuk mencapai nya. inysa Allah.

bukan nya saya tak mahu bekerja dan berusaha mencari rezeki. malah, hati ini juga sering mendesak untuk saya mencari kerja supaya dapat mengubah hidup saya ini. tapi...ini adalah jalan terbaik yang saya rasa buat saya d masa ini. saya pasti dan yakin, satu masa nanti saya akan mempunyai satu kerjaya yang akan menjamin masa depan yang lebih baik dan bermakna. cuma, siapa saya d masa akan datang, saya juga tak mampu menjawabnya...sama-sama la kita nantikan. insya Allah.

kerana saya juga mempunyai cita-cita yang besar seperti orang lain. dan saya akan berusaha untuk mencapai nya. mencapai dengan kudrat saya sendiri. insya Allah. moga Allah permudahkan segala perancangan saya dan memberi rezeki kepada saya.

sekian sahaja lah luahan daripada seorang penganggur buat masa sekarang.

# pesan saya kepada orang-orang d luar sana, jangan lah memandang rendah pada penganggur macam saya.


yang benar,
saya...
(penganggur bertauliah)


inilah dia penganggur itu...hehehehe.


pesanan penaja : entry ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pon yang telah meninggal dunia.

ini adalah entry yang d reka semata-mata oleh pemilik blog dan hanya berkait dengan pemilik blog sahaja. thanks!.



*note : penganggur pon manusia beb.

No comments:

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki