KLIK - KLIK

August 29, 2012

Selamat Pengantin Baru Junaid....

Assalamualaikum wbt...

hai semua. sehat?. alahai.... dah tak lama nak daftar UMT. lagi 3 hari sebelum daftar. hope everything will be okay...

oh...by the way... tadi aku on9 facebook, then...ternampak adik angkat aku post photo hadiah, so... i guess... itu gambar hadiah kawen abg dia. atau Junaid. kawan aku. tapi... sebab kan masalah, sampai sekarang aku lost contact ngan dia. so, aku hanya tahu khabar dia melalui adik dia. alah... dia tu sahabat aku je. tak kisah lah. benda lama jangan d ungkit. aku pon tak nak ade hati yang terluka. sudah bukan ketentuan aku. so, aku terima... Alhamdulillah... aku sudah mampu menerima seada nya. dan, aku tetap anggap Junaid tu kawan aku sampai bila - bila.

d kesempatan nie... aku nak la ucap kan Selamat Pengantin Baru kepada Junaid dan isteri. semoga panjang jodoh nya sehingga ke syurga dan d kurniakan anak yang soleh dan solehah. walaupon, dia dah buang aku sebagai kawan. aku tetap akan doakan dia bahagia selamanya....

d sini.. aku nak uplod gambar kawen dia....

 ( haaa... nilah Junaid.. dan sebelahnya tu, isteri dia... )

tak sangka. ramai kawan - kawan aku kawen tahun nie. yelah... umo dah layak kawen. dah ade calon. so, bina masjid la. hehehe. aku tunggu kawan - kawan aku dulu. aku?. lambat lagi kot, sebab aku pon nak study lagi. dan untuk pengetahuan semua, banyak lagi benda yang aku nak capai. so, sementara aku masih single dan tak terikat dengan apa - apa ikatan, rasa nya... lebih baik aku capai dulu harapan - harapan aku tuh. hehehe. insya Allah. sampai jodoh, kawen la aku. dengan siapa?. dengan seorang Adam dan dengan jodoh aku la. itu je yang aku mampu bagitau semua korang. hehehehe. 

ops... tiba - tiba aku teringat yang Junaid, kawan aku nie pernah la cerita kat aku. dia kata, kalo dia kawen nanti... dia tak nak la bersanding - sanding nie. sebab bersanding kan tak d galakkan dalam Islam. so, aku agak... mesti lah, dia hanya buat dalam bilik. ala... tak kisah la. apa yang dia cakap tu hanya rancangan dia. bukan nye ketentuan Allah. so, apa pon, aku doakan dia bahagia ke akhir hayat. tapi, terkilan sebab dia tak jemput aku pon. huk3. 




*note : pasni, sape lak kawan aku kawen ek?

August 28, 2012

Edisi Suami Mithali : Kain sutera untuk isteri

Assalamualaikum wbt... cerita nie aku copy and paste daripada page http://www.facebook.com/TumpangLaluTuan .... cerita nie memang menyayat kan hati. aku tersentuh... aku sebak.. sebak kerana masih ade seorang suami yang sanggup korbankan segalany untuk isterinya yang sedang terlantar sakit. aku mendoakan insan berhati mulia nie d beri ganjaran d sisi NYA. insya Allah.

ini kisah nya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------




SEREMBAN – “Jika tahun lalu saya menyambut Aidilfitri dengan linangan air mata, tapi kali ini saya akan menjadikan sambutan hari raya saya dan isteri sebagai yang paling meriah dalam kehidupan kami berdua,” kata Abil Fikri Ahmad, 44.

Abil berkata, Jun tahun lalu sememangnya amat menguji dirinya apabila isterinya, Fauziah Muhamad, 38, yang dikahwini
 sejak tiga tahun lalu disahkan lumpuh, selain saraf otaknya tidak lagi berfungsi selepas diserang penyakit asma.

Menurutnya, dia mengambil masa tiga bulan untuk menenangkan diri kerana sukar menerima kenyataan itu.

“Saya memang cukup tertekan ketika itu dan sambutan Ramadan dan Syawal tahun lalu saya raikan dengan rasa tertekan dan sedih.

“Tapi tempoh saya bersedih dan menangis sudah berlalu kerana dalam fikiran saya sekarang hanya mahu pastikan segala keperluan Fauziah disediakan secukupnya dan sempurna sekalipun dia kini hanya mampu terlantar di atas katil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Puteh, Rasah, dekat sini.

Oleh kerana nasib menimpa isterinya, Abil mengambil keputusan berhenti kerja kerana nekad mahu menjaga isterinya sepenuh masa dengan sebaik mungkin kerana percaya inilah ujian anugerah daripada ALLAH yang menguji keagungan cintanya kepada isteri.

Kembali tabah, bersemangat

Menurut Abil, setelah setahun berlalu, dia kini tabah dan semakin bersemangat untuk menjaga isterinya dan berharap keajaiban akan muncul suatu hari nanti.

“Saya rindukan isteri yang dulu sebagai tempat bermanja, penghibur dan peneman hidup saya dari kesunyian tetapi kini dia sudah tidak mampu bergerak dan bercakap lagi.

“Setiap hari celik sahaja mata, saya akan perhatikan Fauziah dengan harapan dia akan sembuh, tapi saya percaya semuanya ketentuan ALLAH,” katanya.

Ketika ini, Abil hanya mengharapkan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan serta bantuan ahli keluarga selain pernah menerima bantuan sebanyak RM500 daripada Baitulmal.

“Bantuan yang diterima saya gunakan untuk membiayai perbelanjaan perubatan isteri yang mencecah RM2,500 sebulan termasuk beberapa keperluan harian lain seperti bil elektrik dan air.

“Bagi mengurangkan beban tanggungan kos sara hidup dan ansuran pinjaman rumah, saya terpaksa menjual rumah baru dibeli di Kuala Lumpur.

Sutera kesukaan Fauziah

Sementara itu, untuk persia-pan Syawal kali ini, katanya, dia telah membelikan tiga helai kain sutera dan dua selendang untuk Fauziah.

Kata Abil, semasa sihatnya sememangnya setiap kali Syawal pilihan baju raya isterinya ialah baju kurung kain sutera.

“Kalau dulu saya tidak tahu pun jenis kain sutera ini kerana biasanya dia akan pilih sendiri dan saya hanya memberi pandangan sama ada pilihannya cantik atau tidak.

“Tapi sekarang saya perlu ambil tahu kerana ia kesukaan Fauziah dan kain tersebut saya akan pakaikannya ketika Syawal tahun ini,” katanya yang gembira menyambut Syawal bersama Fauziah,

Malah, katanya, bukan sahaja rumah dihias cantik, malah bilik isterinya juga dikemas rapi.

Abil berkata, walaupun isterinya tidak mampu bergerak, namun daripada sinar matanya seakan-akan memahami pengorbanan suami yang sanggup bersama ketika susah mahupun senang.

“Nikmat dunianya telah hilang. Jadi, saya sebagai suami akan pastikan dia dijaga paling terbaik. Tipu kalau saya kata tidak susah menjaga orang sakit, tapi bagi saya ini adalah amanah ALLAH.

“Ini Syawal kali kedua Fauziah terlantar, besar harapan dan doa saya agar Syawal tahun depan ada sinar baru buat kami berdua,” katanya.

Paling menarik setiap hari Abil akan mengambil masa mengemas kini laman blog yang mula dibuatnya sejak awal tahun lalu dengan harapan jika Fauziah pulih, dia sendiri akan membaca bagaimana kesusahan dan ketabahan seorang suami menjaga isterinya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Abil di talian 016-2634258 atau menyalurkan sumbangan menerusi bank CIMB di nombor akaun 0506-0040577-52-1.

Sumber: Sinar Harian









*note : sama - sama ambik iktibar 

dari cerita d atas.

August 24, 2012

Kek Ohsem.... As Simple As Possible

Assalamualaikum wbt.

hai semua. selamat hari raya aidilfitri yang ke-6. hehehehe. masih dalam mood raya kan?. sekarang nie, berpusu - pusu rakyat jelata yang merantau nak pulang ke tempat perantauan atas tuntutan kerja dan belajar. tapi, mesti mood raya masih berkobar - kobar kan?. terpikir nak buat juadah kek yang simple dan tak perlu guna ketuhar? sini aku ade resepi nye. hehehehe. nie kali kedua aku buat resepi yang ringkas ini. sangat ringkas. tak perlu guna mesin pengadun. tak perlu ada ketuhar.


nie kali kedua aku buat kek batik nie...


bahan - bahan I :

1 packet biskut marie... (apa jua jenama...asalkan nama nya biskut marie)



bahan - bahan II :

1/2 tin susu pekat / susu krimer manis
1 atau 2 sudu makan esen vanilla... (kalo nak bau, kasi 2 sudu...)
100 gram milo...
200 gram serbuk koko...
250 gram Buttercup... (Buttercup yang kecik tu, yang seketul kecil..., masukkan semua)

# alternatif lain, boleh guna milo 200 gram atau lebih. lagi banyak milo atau serbuk koko, lagi banyak salutan dekat biskut marie... dan lagi sedap...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

langkah I :

pecah kan atau belah kan biskut marie kepada 4 bahagian, pastu asingkan dulu biskut dan bahan lain. 



langkah II :

campurkan semua bahan - bahan II ke dalam kuali... iaitu, 1/2 tin susu, 1 sudu makan esen vanilla, 100g milo, 200g sebuk koko, dan seketul Buttercup yang seberat 250g. setelah itu, letakkan d atas api atau d atas dapur. then, kacau sehingga cair, dan pastikan ianya sebati dan tanpa ketul - ketulan. 

setelah itu, masukkan bahan I iaitu biskut marie yang d belah 4 ke dalam bahan II ... bahan campuran.

selepas itu, masukkan semua itu ke dalam loyang. dan tekan sehingga mampat. hehehehe. tekan guna sudu pon boleh. tunggu 2 - 4 jam, (lebih afdal, 4 jam la kan....), pastu, leh la makan. insya Allah sedap. itu resepi aku. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tips

1. untuk kekalkan keanjalan biskut marie itu, jangan kacau terlalu lama.
2. untuk elakkan kek batik daripada melekat dekat loyang tu, jangan lupa sapukan majerin d dalam loyang itu.
3. nak lagi sedap, simpan dalam peti sejuk selepas masukkan dalam loyang. then, makan sejuk - sejuk. best wooo!!!.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

nota kaki :

resepi ini fleksibel. sebab, boleh buat kek batik dengan telur atau kek batik tanpa telur. resepi aku nie, tanpa telur. menjadi gak... takde lah lembik pon. hehehehe.



           -----> Guys, SELAMAT MENCUBA <-----




*note : tak cuba tak tahu...






August 21, 2012

Tolong... ada Open House (entry gambar)

Assalamualaikum wbt...

sedar tak sedar dah raya ketiga kita hari nie kan? macam mana raya? tipu la kalo korang kata korang tak eksited nak raya. macam aku gak la. cuma, aku tak de lah x sabar - sabar sebab dah besar kan? hahaha. bukan besar saiz. tapi sudah mencapai umo matang. dah layak jadi mak budak. tapi, bapak budak takde lagi. macam mana nak jadi mak budak. ooopppsss!. terlebih sudah.

well...bila dah matang nie. dah tak layak dapat duit raya, tak layak kumpul angpau banyak - banyak. cuma, kalo kena bagi duit raya dan angpau banyak - banyak ada lah. tapi... aku tak mampu beri lagi. sebab aku tak bekerja atas sebab -  sebab tertentu.

tapi... tahun nie ada lagi rezeki aku nak dapat duit raya. daripada atuk, daripada sedara dan daripada adik beradik aku. boleh RM55. hehehe. okey la tu kan?. lepas la kalo setakat nak topup.. hik3.

 first group yang datang.... ke open house

 terima aku apa ada nya aku...

 mereka...

 meet my friend., BFF. Shamsuriayanti....

 mereka sahabat....

 kakak cium mak ngah....

 yeah!. kakak sayang atuk....

nenek pon kakak sayang. sangat!!!.


banyak lagi gambar, insya Allah entry ke dua akan menyusul lepas ini. tapi... tak tahu bila. nak tengok gambar? kena la tunggu. 

hari - hari, hari raya. sebab Syawal itu sebulan.... kan, kan, kan?



*note :  salam sayang,
cik slipper... 

August 15, 2012

semakin hari, semakin hampir...

Assalamualaikum wbt...

dan selamat berpuasa hari ke 27. okey... pasti ramai dah siap -  sedia nak sambut aidilfitri kan?. baik orang muda, tua, kanak - kanak dan semua golongan. mana tak nya. hari raya nie merupakan hari kemenangan pada setiap orang Islam yang menjalani ibadat puasa dengan penuh kesabaran dan berjaya berpuasa sebulan d bulan Ramadhan melainkan bagi orang wanita yang punya keizinan yang MEWAJIBKAN puasa d tinggalkan dalam tempoh itu. rasa nya semua dah tahu kan?.

Lelaki dan Wanita nie masing - masing punyai keistimewaan tersendiri d sisi Allah. so, jangan pernah anggap kalo jadi wanita tak boleh ini itu, kalo jadi lelaki pon ada pantang... sebab, lelaki dan wanita saling melengkapi kerana itu d cipta berpasang - pasangan dan itu adalah fitrah nye.

aduh... melalut lak. SEMAKIN HARI, SEMAKIN HAMPIR...hampir dengan apa?. dengan Raya?. hehehe. itu salah satu nye. lebih kurang 36 jam daripada sekarang, umat Islam akan ber Aidilfitri... itu pon kalo jadi raya hari Ahad, insya Allah. tapi tajuk kali nie semakin hampir dengan bulan September. atau lebih tepat tarikh 02 September... nak tau apa ada pada tarikh itu?.

kemasukan ke UMT.

hehehe. mesti confuse kan?. 02 September tu tarikh kemasukan ke UMT. tarikh pendaftaran bagi pelajar baru intake September 2012. itu tawaran untuk aku. apakan daya, Terengganu lebih dulu memilih aku sebelum KL, PERAK... hahaha. 

tapi okey gak la. sbb lagi dekat ngan umah. Chicha - K. Terengganu dalam 3 jam. tak jauh kan?.  okey la tu. kalo rasa nak balik jumpa mak, leh balik.... 

itulah, kadang - kadang rasa tak sabar nak masuk study. tapi, minggu first tu ada minggu Orentasi atau lebih tepat minggu suai kenal. mase kat SMT Bachok (2006/2007) ada gak minggu nie, minggu pendedahan kepada sekolah dan senior - senior. d Poli Kulim @ PTSB juga ada minggu suai kenal. minggu pengenalan kepada politeknik, peraturan, senior, politeknik dan macam - macam lagi lah.

urm.... hope semua baik - baik saja masa dok Terengganu nanti. insya Allah.



*note : aku serasi bersekolah pada 
setiap ahad - khamis.

August 13, 2012

spread ur Love on this Aidilfitri.......

kreatif jugak aku nie kan?. hahahah.


Assalamualaikum wbt...

nampak tak betapa ekstited nye aku?. aduh!. macam budak - budak. umo dah tua kot. kalo org - org yg x biasa tgk aku pn, dah anggap aku nie mak budak. tp excuse me... aku masih muda belia. hak2. belia la sangat kan?.... 

aku still takde special one dalam hati aku. yang cuma ade special person in my life. itulah family dan kawan - kawan sejagat yang tak penah jemu bersama aku. so, aku hargai itu. selagi mereka d sisi, itu sudah cukup untuk aku jadi kuat. yeah!. tapi mungkinkah sekuat Hulk?. oh tidak. aku masih ade ciri - ciri wanita melayu... tettttt!. puji diri lak. so, how was ur fasting?. 

okey lah. melalut lak. padahal asalnya nak tunjuk gambar d atas sahaja. tp macam kosong lak kalo gambar saje. okey guys...



*note : semua org tak sabar raya.

barang baru beb!

Assalamualaikum wbt...

hai semua. macam mne puasa?. hehehehe. kejap je puasa sebulan nie. pejam celik, pejam celik... dah 24Ramadhan...

cik slipper lak... tak lama dah nak masuk study. daftar pengajian d UMT. lepas nie, jarang la dapat berFB. berBlog. masa sekarang pon jarang - jarang ke...

rasa nya semua dah tau cik slipper sekarang sibuk ngan kegiatan mengait. nie pon baru je settle yang d order dari member poli merangkap roomate cik slipper mase sem 5 dan sem 6. beliau adalah salah seorang daripada roomate cik slipper. kamcing gak r. mana - mana nak pergi, jarang pergi tanpa berteman ngan diorg semua.

nak tgk barang baru itu?. tapi dah d pos ke Arau, sbb member yang nak barang nie dok study sana. kata nya nak bagi dekat insan istimewa. untung la dia ada orang sayang. huhuhuhuh.

nak tgk?. OK jom!...

mafla dan pencil case.


huhu. harap dia puas hati la ngan hasil keja tangan aku nie. sbb nie first time aku coretkan nama atas mafla. dan mafla tu sendiri pon first time aku buat.




*note :  kena tido awal. sbb ngantuk!

August 06, 2012

menu : kek batik... asap!

Assalamualaikum wbt...

tengah buat ape?. hari nie dah 18 Ramadhan. rasa mcm kejap je mase. hehehe. so, setakat nie, ade tak apa - apa yang korang nak makan tapi tak dapat?.

sepanjang Ramadhan tahun nie sekali baru cik slipper p Bazar... ntah, rasa mcm takde mood. sbb... minggu 1st puasa kan cik slippe mencuba nasib menjadi peniaga kat Bazar Selayang Baru. ngan mak. yeah!. mungkin sbb cik slipper tahu keadaan bazar tu. so, nafsu nak ke bazar tu tak tinggi sangat. but... 2 - 3 hari lepas... cik slipper berjaya gak ke bazar Stadium KB.

okey, back to our question... ade tak apa - apa yang korang nak makan tapi tak dapat?. sebab kan cik slipper ade beli kek batik mase ke bazar tu. cik slipper teringin nak makan yang lebih sedap. mungkin dengan tangan cik slipper sendiri. so... dengan daya nya dan dengan semangat yang Allah kurniakan pada hari nie. cik slipper pegi beli barang yang d perlukan. dan, balik terus buat...

rasa tak sabaq nak makan, tapi... nie kan tengah puasa. so, tunggu waktu berbuka ye?. syok je dapat buat kek batik sendiri. leh try nasib kan. mana tau, nti kalo dh teringin sangat. tak yah beli... buat je sendiri lagi banyak leh makan dengan sekali adunan itu. tapi... yang tak syok nye... Canon EOS1100D cik slipper takde. kakak pinjam bawak p tempat dia study. kata nya ada majlis bukak puasa. nak abadikan kenangan dengan picture itu sbb nie sem last dia. so, cik slipper bagi la dia pinjam. tau sebab apa tak syok?. tak syok sbb cik slipper takleh nak snap kek batik itu dan tunjukkan dekat korang. ahhh!!!.. memang sangat tak syok. nak guna C510 pon... takleh nak transfer. memang sakit hati kan?. ah..

tapi takpe. cik google sentiasa ade untuk bantu cik slipper tunjukkan korang rupa kek batik itu. nak tengok?...

 yeah...inilah rupa kek batik dari cik google.TQ cik google.

dan resepi yang awesome sbb ia ringkas dan padat tapi berkesan kek batik itu... cik slipper aplikasikan dari blog cik epal... TQ cik epal atas resspi itu. 

dan... cik slipper sendiri tertanya - tanya macam mana rasa. adakah awesome seperti resepi nye?. insya Allah. sama - sama nanti kan mase berbuka nti... cik slipper tambah kacang tanah goreng dalam nie. nti, cik slipper akan masukkan resepi kek batik yang awesome jika kek batik itu menjadi. sama - sama nantikan.




*note : lama lagi nak maghrib.

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki