KLIK - KLIK

August 24, 2012

Kek Ohsem.... As Simple As Possible

Assalamualaikum wbt.

hai semua. selamat hari raya aidilfitri yang ke-6. hehehehe. masih dalam mood raya kan?. sekarang nie, berpusu - pusu rakyat jelata yang merantau nak pulang ke tempat perantauan atas tuntutan kerja dan belajar. tapi, mesti mood raya masih berkobar - kobar kan?. terpikir nak buat juadah kek yang simple dan tak perlu guna ketuhar? sini aku ade resepi nye. hehehehe. nie kali kedua aku buat resepi yang ringkas ini. sangat ringkas. tak perlu guna mesin pengadun. tak perlu ada ketuhar.


nie kali kedua aku buat kek batik nie...


bahan - bahan I :

1 packet biskut marie... (apa jua jenama...asalkan nama nya biskut marie)



bahan - bahan II :

1/2 tin susu pekat / susu krimer manis
1 atau 2 sudu makan esen vanilla... (kalo nak bau, kasi 2 sudu...)
100 gram milo...
200 gram serbuk koko...
250 gram Buttercup... (Buttercup yang kecik tu, yang seketul kecil..., masukkan semua)

# alternatif lain, boleh guna milo 200 gram atau lebih. lagi banyak milo atau serbuk koko, lagi banyak salutan dekat biskut marie... dan lagi sedap...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

langkah I :

pecah kan atau belah kan biskut marie kepada 4 bahagian, pastu asingkan dulu biskut dan bahan lain. 



langkah II :

campurkan semua bahan - bahan II ke dalam kuali... iaitu, 1/2 tin susu, 1 sudu makan esen vanilla, 100g milo, 200g sebuk koko, dan seketul Buttercup yang seberat 250g. setelah itu, letakkan d atas api atau d atas dapur. then, kacau sehingga cair, dan pastikan ianya sebati dan tanpa ketul - ketulan. 

setelah itu, masukkan bahan I iaitu biskut marie yang d belah 4 ke dalam bahan II ... bahan campuran.

selepas itu, masukkan semua itu ke dalam loyang. dan tekan sehingga mampat. hehehehe. tekan guna sudu pon boleh. tunggu 2 - 4 jam, (lebih afdal, 4 jam la kan....), pastu, leh la makan. insya Allah sedap. itu resepi aku. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tips

1. untuk kekalkan keanjalan biskut marie itu, jangan kacau terlalu lama.
2. untuk elakkan kek batik daripada melekat dekat loyang tu, jangan lupa sapukan majerin d dalam loyang itu.
3. nak lagi sedap, simpan dalam peti sejuk selepas masukkan dalam loyang. then, makan sejuk - sejuk. best wooo!!!.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

nota kaki :

resepi ini fleksibel. sebab, boleh buat kek batik dengan telur atau kek batik tanpa telur. resepi aku nie, tanpa telur. menjadi gak... takde lah lembik pon. hehehehe.



           -----> Guys, SELAMAT MENCUBA <-----




*note : tak cuba tak tahu...






No comments:

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki