KLIK - KLIK

January 08, 2013

Kekasih Jenis apakah???...

Assalamualaikum wbt...

hai semua. apa cerita?. sory la, nie baru boleh update. mase kat UMT, wifi tak berapa nak support sebab ramai sangat pelajar kan. so, terpaksa la den melupakan hasrat nak update tambah-tambah bergelumang (cewah, bergelumang la sangat kan??..) dengan buku sempena Final exam.. anyway, Final exam aku habis semalam, so, pagi tadi... pkol 9.00 kitorang cabut dari sana ke Stesen Bas Kuala Terengganu. sebab tiket kan tak beli lagi, so, kena la pegi awal-awal. hik-hik-hik... nasib tiket pkol 10.00 pagi tu ada lagi...dan, syukur... tgh hari tadi sampai. pkol 1.00 lebih...

okey. back to our topic....hari nie, aku berbesar hati nak kongsikan 1 artikel mengenai

5 JENIS KEKASIH... yang di ambik dari Metro Ahad.

1. Si Arnab
Jenis 'gelojoh' dalam menghulurkan percintaan.  Dalam erti kata lain terlalu banyak kata-kata yang diucapkan.  Apabila terlalu banyak kata-kata yang diucapkan tanpa memberi ruang kekasih untuk meluahkan, mungkin kekasih bosan dan perkembangan cinta terlalu pantas.

Kelebihan, mungkin anda orang paling memahami, sensitif tetapi begitu keterlaluan dalam segenap aspek kerana ingin melangkaui tanggapan ataupun harapan kekasih.

Mengimbangi agar hubungan berterusan, belajar bersabar serta mengawal emosi agar tidak menyebabkan pasangan tidak selesa dengan sikap anda terlalu sensitif.



2. Si Kura-Kura
Terlalu malas berusaha dan pasangannya akan melihat dia sebagai terlalu dingin apabila membicarakan soal cinta dan komitmen.  Pengharapan si dia akan mengungkapkan kalimah, 'Saya cintakan awak' menjadi satu penantian yang menyeksakan.

Kelebihan, si kura-kura merupakan satu cabaran kerana 'terlalu mahal' untuk meraih cintanya.  Apabila mendengar si 'kura-kura' ini meluahkan perasaan ia bagaikan memenangi segunung emas.

Tukarkan perbualan terhad kepada satu perbincangan aktif agar kekasih tidak berasa bosan mahupun tertekan kerana 'kura-kura' kurang meluahkan perasaan.


3. Si Patung Beruang
Mungkin mereka yang pernah mempunyai kekasih jenis ini berasa perlu menyuapkan gula-gula setiap kali mereka merengek.  Sifat manja dan ingin dibelai adalah elemen utama yang ada pada si 'beruang' ini.

Kelebihan kekasih ini menyebabkan anda berasa seronok kerana tidak rela berjauhan.  Sering ingin dimanja membuatkan pasangannya turut dibuai perasaan cinta.

Elak kerap merengek dan mengadu perkara sama berulang kali.  Ia akan membuatkan pasangan berasa lemas kerana tidak pandai berdikari.




4. Si Kuda Hitam
Berasa yakin dalam setiap tutur kata.  Bagi lelaki tentu sekali mencuri perhatian wanita kerana sifat 'macho' manakal wanita menyajikan pesona cukup anggun pada jejaka yang memandangnya.

Kelebihan dia mungkin mempunyai pakej lengkap disebabkan oleh ketampanan, keyakinan, personaliti mahupun tutur kata begitu mempesonakan.  Namun terlalu menunjuk akan kelebihan akan membuatkan orang salah faham melihat dirinya kekasih yang ego.

Rendahkan diri dan mudah memberi senyuman agar dilihat sebagai lelaki budiman serta mudah dibawa berbincang.



5. Si Unicorn
Jenis kekasih ini jarang ditemui.  Ia masih wujud tetapi mungkin hanya satu dalam sejuta membuatkan kekasih sebegini cukup dihargai.  Sifat agresif, pasif, keghairahan, kepantasan serta kepekaan seimbang.

Kelebihan, semuanya cukup sempurna dan mungkin kelemahan menonjol adalah pasangan bergandingan dengannya.  Dia harus berusaha untuk menajamkan skil sedia ada agar hubungan bersama pasangan berkekalan.



agak-agak, korang punya kekasih atau teman hidup korang yang mana?. bila baca jenis-jenia yang telah dinyatakan, mesti korang dah boleh agak dalam kategori manakan?. semua nya punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. namun, kita boleh melengkapkan kekurangan itu, dengan syarat... menerima si dia tanpa syarat.




*note : dia yang mana ek?.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------
THANK YOU FOR READING









No comments:

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki