KLIK - KLIK

August 19, 2013

Story Raya 2013


Hai semua. Selamat Hari Raya. Maafkan segala salah dan silap yang telah aku lakukan ye?. tak kira la directly or indirectly... nah, sekali speaking noks.  Okey. btw, sebelum apa-apa, marilah kita menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya, kita masih bernyawa dan masih d beri peluang dan ruang untuk beribadat kepada Nya. Sebelum segala nikmat d tarik balik, jangan tinggalkan seruan Nya yang WAJIB ke atas setiap Muslim ye. yang 5 waktu sehari semalam. itu lah dia Solat.. okey sebelum panjang lebar aku bg talk. baik aku berhenti. nanti korang tak nak baca entry sampai abis.

ermmmm.. back to our topic, Story Raya 2013. haaaaa... memandangkan masih dalam bulan Syawal dan masih dalam mood Raya. rasa nya tak terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA sekali lagi. hehehehe. dan, in advance Selamat Hari Raya bagi yang telah tamat berpuasa 6. hehehe. puasa 6 aku?. masih otw.... in shaa Allah...


 RAYA pertama... 
beraya bersama KELUARGA

 lepas sembahyang Raya, semua berpakaian kemas untuk 
sesi bergambar dan bermaaf-maafan sesama siblings dan mak and abah.

 lepas tu, terus ke rumah atuk. hehehe. 
*rutin kami selepas beraya d rumah, akan ke rumah atuk utk beraya.

 ini adalah saat-saat yang d nantikan. saat atuk memaafkan mak. 
*cerita nya, biar lah menjadi rahsia kami sekeluarga je.

 hehehe. giliran Makcik dan Kaisara beraya.
*we share same DOB.

hai laaa.... indah nya beraya d desa. bersama keluarga.
*nampak suasana kampung tak?. d rumah atuk sebelah abah.



Apa yang special raya tahu nie?. erm... bagi aku macam biasa. cuma raya dan puasa kali nie (eh...terbalik lak) special sebab masa puasa tu, dapat lah sekali berbuka puasa bersama kawan-kawan sekolah. pastu, dapat puasa sebulan  (walau x penuh sbb ABC) dekat rumah, bersama keluarga. dan raya pulak, siap ada OPEN HOUSE dari aku untuk kawan-kawan aku je. sebelum nie, aku ajak diorg tapi diorg x nak datang. tapi, mase 2nd raya tu, dah awal-awal lg aku ingatkan diorg suh datang jugak beraya umah aku. by hook or by crook.  dan raya kali nie, special sebab aku dapat ke rumah kawan-kawan yang buat open house dan tak kurang hebat nya yang adakan kenduri d musim perayaan.

Raya ke-2... OPEN HOUSE.
beraya bersama KENKAWAN...

 open house 2nd raya d rumah aku.
*thanks kepada kawan-kawan yang sudi datang.. 
*sori sbb sambal kicap terlampau pedas.

gegurl... yeay!!!...


 at last, ada jugak gambar aku bersama kawan dari sekolah Tadika... *Nur Amali Naimi*

 hey..hey..hey... ingat aku dah abis beraya ke?. belum lagi lah. itu baru raya ke dua. now, masuk ke raya ketiga. haaaa... raya ketiga nie, time untuk aku pulak ke rumah kawan-kawan yang buat Open House. hahaha. (padahal, sorang je yg buat open house raya ketiga.) raya ketiga, cerita nya, aku dan family ke Pantai Melawi untuk acara BBQ dan berkelah. dari pagi sampai tengah hari je aku d Pantai Melawi. sebab aku dah janji ngan BFF nak pergi kenduri umah kawan sekolah d Melor. 

walaupon, mak dan kakak cakap jalan jammed, aku tetap nak pergi kenduri tu., sebab aku dah janji ngan BFF aku. hehehehe. tak caya? jom lah layan gambar lagi. eh... jap. sebelum aku tunjuk gambar, aku lupa nak story pasal umah kawan aku yg buat open house. Raya ketiga, Amalina yang buat Open House. kebetulan aku balik dari kenduri, aku ngan BFF drop umah Amalina jap. lagipon, time aku buat open house, dia ada datang... so, aku kena la pergi Open House dia lak. okey, jom layan gambar lagi..

Raya ke-3
menjelajah Open House. hahaha.

 sesi makan-makan. 

 nasik lemak tu beb. my peberet!.

 that's what we called, Melawi Beach.

 mase utk bersama BFFtJ aku. hehehe. 
*thanks for the friendship, syg...

 selamat pengantin baru, eni... 
*dari kami, Jie dan Ety...

sempat la jugak d abadikan kenangan bersama pengantin baru.

 open house d rumah Amalina. 
*terima kasih for super duper Behun Goreng Singapore, Na!.

sempat lagi kami bergambar depan rumah Amalina. 

time nie, ramai jejaka-jejaka hensem dari sekolah datang beraya rumah Amalina.
*happy dpt kumpul ramai-ramai mcm dlu.


haaaa... happening tak raya aku?. kalo korang nak kata x happening, aku tetap kata happening. hahaha. suka hati aku la, nie kan blog aku?. aik.... tak lah. tak kisah la apa pon pendapat korang. yang penting, aku dapat share kisah raya aku ngan korang. 

heheheh. aku sebenar nya sayang semua kawan-kawan aku. cume, yelah.... aku takleh nak bebas sangat cam diorang sebab mak aku tak suka. walaupon, aku tak buat benda yang bukan-bukan... aku kena la dengar cakap mak. syurga kan d bawah telapak kaki ibu. ye tak? 

okey lah. nak kena stop sini dlu sbb nk g sahut seruan alam. hahaha. 

ps : tunggu entry baru pasal raya ke-4 dan ke-5 aku ye?. ada story bergambar... in shaa Allah. 






*note : dah jadi photographer ke?. 
wait for next entry yaw....






No comments:

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki