KLIK - KLIK

April 13, 2011

UBM~~

assalamualaikum dan hye.

okey.aku x nak panjang2 kan entry nie.cume aku nak bgtau, aku agak tertarik untuk sertai UBM.(Universiti Blogger Malaysia).sekarang nie masih d minggu orientasi.jadi, aku sangat2 tertarik nak sertai nye.boleh kan?.okey!.thank you.jom semak ape yang perlu ada untuk menyertai dan menjadi ahli UBM.




Bersempena dengan pembukaan rasmi Universiti Blogger Malaysia, pihak pengurusan sangat mengalu-alukan kehadiran para siswazah sekalian. dan bersempena itu juga, pihak pengurusan ingin mengadakan satu Minggu Orientasi sebagai pembuka acara bagi universiti kita ini.

Macam biasa lah. tak kenal maka tak cinta. so, untuk minggu orientasi ini, pihak universiti hanya ingin para siswazah sekalian untuk memperkenalkan diri anda masing-masing. berikut antara butir-butir yang perlu diisi secara mandatori (wajib) :

  1. letakkan banner UBM dalam entry anda.
  2. nama anda dan nama blog anda.
  3. sejak bila mula berblog.
  4. apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.
  5. pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.

    - Nama : Najibah binti Che Awang (Nama Belog : w.i.l.a.y.a.h n.b.c.a)

    - Mula menceburkan diri dalam dunia blogger sejak tahun 2009. 28 November 2009.

    - Pendapat mengenai dunia blog darsawarsa kini :

    Pada hari ini, kita dapat melihat terdapat pelbagai blog yang di daftarkan dan terdapat pelbagai nama blog yang wujud. Di sebalik blog-blog yang wujud, dapat kita saksikan terdapat pelbagai segmen-segmen menarik yang di adakan untuk menarik perhatian blogger-blogger baru untuk terus berblogger di dunia blog. Di samping itu, kita dapat melihat pelbagai infomasi yang menarik yang di kongsikan oleh blogger-blogger yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada blogger-blogger lain. Blog juga di jadikan sebagai satu medium di mana, terdapat pelbagai gambar-gambar yang menarik yang di ambil oleh photographer yang menjadikan blog sebagai satu alat untuk menunjukkan bukti-bukti kreatif mereka. Selain itu, kita dapat menambahkan jaringan persahabatan kita melalui alam maya yang tidak nampak, dan persahabatan terjalin melalui capaian pantas internet dan dengan adanya blog, kita dapat menjalinkan persahabatan tanpa sempadan. Konklusinya, blog menjadi medium untuk kita menterjemahkan apa yang kita rasa, apa yang kita tahu dan bakat kita.

    - Pendapat mengenai IPTM pertama ini :

    Penubuhan IPTM ini wajar kerana pelajar-pelajar mampu mengetengahkan bakat di dalam dunia blog. Selain itu, dengan adanya IPTM ini, Malaysia juga mampu melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran dalam mengendalikan blog dengan cara yang tersendiri dan dengan cara blogger yang berpendidikan dalam menguruskan blog agar blogger-blogger dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam pergaduhan di antara blogger-blogger kerana tujuan utama untuk berblogger ialah untuk menyampaikan maklumat dan mencari sahabat-sahabat baru tanpa sempadan.

    Sekian Terima Kasih.

    *kepada sesiapa yang ingin menyertai UBM. sila masuk mendaftarkan diri dan sila dapatkan tugasan anda di minggu orientasi di Universiti Blogger Malaysia.



    *note : saya sokong penubuhan UBM!




4 comments:

Anonymous said...

ai pun follow gak...UBM best...pecah dominasi!!!
haha

ke blogku

cik najibah said...

sebetulnye bro!.hope ngan adanye UBM.Blogger2 dapat berblog ngan lebih berhemah. ;)

Nizam said...

datang kenal member UBM... hehehe

cik najibah said...

nizam. nice to meet you

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki