KLIK - KLIK

November 30, 2011

wordless wednesday # 5



1st step :


hasilnya begini. insya Allah.



*note : azam tahun 1433H.
aku nak kurangkan berat badan.

November 28, 2011

i'm speechless when.....

anda nampak ape yang d bawah nie?...aku memang speechless bila lihat semua yang aku kumpulkan...ada dari 2005 lagi...huh!!. tapi kalo majalah tu since 2008...


# 1. koleksiku.

# 2. MAGNUM Classic juga nak enterframe. saja nak bg korunk jelos. hek3.

# 3. antara pembacaan bukan dari Alaf 21.

# 4. lihat??.. longgokan atas meja.


# 5. pandangan dari atas...

# 6. longgokan remaja 2009 dan 2011.

# 7. longgokan remaja 2008 dan 2010
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ps : kalo nak jual..ade orang nak beli tak?.




*note : kalo di congak semua,
berapa RM sudah abis utk semua nie ye??

Info Islam yang perlu anda tahu sedikit sebanyak

assalamualaikum wbt...

selamat pagi buat readers and bloggers, today...i would like to share a few info from Dara magazine...
so...lets cek-it-dout...

  1. Masjid Yang Petama Di Dunia
# tahukah anda tapak masjid yang pertama didunia dibina semasa zaman Nabi Ibrahim A.S iaitu Masjidil Haram. Manakala tapak masjid yang kedua ialah Masjid Al-Aqsa. Tiga masjid utama yang dimuliakan oleh umat islam iaitu :- Masjidil Haram di Makkah, Majidil Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Al-quds Jerusalem, Palestin.


(copyPaste from Google)



2. Nama Yang Paling Banyak DiGuna Di Dunia

# tahukah anda? Tenyata nama yang paling banyak diguna di dunia adalah "Muhammad" disusuli nama "Jack."



3. Satu-satunya Di Benua Eropah

# Albania merupakan satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.



4. Perkataan Berasal Dari Bahasa Arab

# perkataan-perkataan berikut adalah beraal dari bahasa Arab : Algebra, Zero (0), Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony bahkan Alcohol juga berasal dari bahasa Arab yang kemudiannya diserao ke dalam bahasa Inggeris.



5. Kata-kata Akhir Nabi Muhammad SAW

# Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah "Ummati...ummati...ummati" yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.



6. Penambahan Penduduk Islam

# pemeluk Islam betambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.



7. Perkara Yang Dilakukan Oleh Rasulullah SAW

# Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulllah SAW menghadap Masjidil Haram adalah Solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.



8. Contoh Dari Ratusan Cendikiawan

# Al-Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendiakawan.



9. Kelahiran Anak Lelaki Nabi Muhammad

# semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia dua tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.



10. Kisah Musa Dan Maryam

# Musa A.S adalah nama yang sering disebut dalam Al-Quran, sedangkan Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.



p/s : dari tak tahu kepada tahu.





*note : Islam itu agama yang lengkap.

November 27, 2011

Hijrah...........


Assalamualaikum wbt...

pertama kali, izinkanlah aku mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnia Nya aku masih mampu bernafas d tahun baru 1433H ini. semalam merupakan 1 Muharram 1433 H. yang merupakan tahun baru bagi umat Muhammad SAW.

setiap manusia pasti inginkan pernghijrahan yang lebih baik. begitu juga aku. antara hijrah yang ingin aku lakukan ialah :
  1. menjadi seorang hamba yang taat, bersyukur, redha, sabar di atas segala nikmat, perintah, dan ujian yang d turunkan oleh Allah SWT. Insya Allah.
  2. menjadi umat yang sentiasa mengingati baginda. yang sentiasa mengikut sunnah baginda. Insya Allah.
  3. menjadi seorang anak yang solehah kepada kedua ibu bapa. Insya Allah.
  4. menjadi contoh adik dan kakak yang baik kepada adik beradik. Insya Allah.
  5. menjadi sahabat yang baik kepada sahabat2. Insya Allah.
amin. semoga Hijrah yang ingin aku lakukan akan terlaksana dengan usaha aku sendiri dan dengan bantuan daripada NYA. kalau nak d ikutkan terlalu banyak yang aku ingin Hijrah kan tapi...cukup lah sekadar yang aku mampu katakan d sini. yang selebih nya, biarlah aku lakukan yang terbaik d setiap langkah2 d setiap hari2 aku. moga2 mendapat keberkatan daripada NYA. kerana d sebalik apa yang aku nyatakan, aku tak terlepas daripada melakukan dosa kepada NYA. itulah khilaf nya aku. walaupon telah mengingatkan diri agar berhati2 dalam setiap langkah. nyata, pincang jua. dan yang paling aku ingin kan daripada Hijrah aku ialah :

  • ingin mendapat kekhusyukan dalam solat. apa yang aku tahu, hanya insan2 yang terpilih mampu mendapat kekhusyukan dalam solat. (yang pasti, aku adalah salah seorang insan yang tidak terpilih, dari dulu aku ingin kan perkara ni). sebab, bila solat khusyuk, maknya nya solat kita sempurna, bila solat sempurna, maka sempurna lah amalan2 lain. insya Allah. Amin.
  • mengharapkan istiqamah aku dalam membaca al-Quran. sehingga mampu menjadikan al-Quran sebagai pendamping hingga hujung nyawa. sebab al-Quran merupakan sebuah buku panduan yang sangat lengkap isi kandungan nya. dan yang paling aku ingin kan ialah, nak memahami setiap ayat yang terdapat di dalam al-Quran. insya Allah. Amin.

aku terlalu inginkan harapan Hijrah aku menjadi kenyataan. insya Allah.

p/s : semoga azam hijrah aku mampu terlaksana dari masa ke masa.


wajah polos yang ingin menjadi wanita solehah. insya Allah.



*note : aku jua manusia biasa,
yang tak lepas daripada
melakukan khilaf.


November 25, 2011

sape yang kawen taknak BERSANGDING oi?!......

assalamualaikum wbt...

di kala musim cuti sekolah nie, ramai bebenor yang berhajat nak mendirikan masjid. jadi, aku pon td tengah tak tau nak wat ape, nak bukak FB takpayah la kalo dah tak jadi. so, surf2 internet sal info2 menarik yang leh d share kan. so...meh kita baca

BERSANDING MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

www.Halaqah.net
MOHD NAZRUL ABD NASIR,
Editor : Ummi Munaliza

dan info nie aku dapat dari SINI (klik)

dan semua info di bawah ini tidak d edit satu pon oleh aku...


SEJARAH DAN ASAL USUL PERSANDINGAN



Sejarah persandingan pula tidak diterangkan secara jelas di dalam kitab-kitab sejarah. Sebahagian mengatakan bahawa persandingan ialah adat yang dilakukan oleh bangsa Melayu sejak zaman dahulu.Sebahagian lagi mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India.Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.


HUKUM DAN PERBAHASAN

Jika dinilai pada maksud sebenar bersanding seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tersebut maka ianya adalah HARUS. Sekadar pengantin lelaki dan perempuan duduk bersebelahan maka tiada masalah padanya. Cuma jika dibahaskan daripada sudut adat dan budaya yang diamalkan sekarang seperti disediakan pelamin yang mahal, wanita berhias berlebih-lebihan serta tidak menutup aurat , adat bertepung tawar dan sebagainya maka perkara seperti ini perlu dibahaskan satu persatu secara terperinci.

PELAMIN

Berkenaan dengan pelamin yang mahal maka ianya tidaklah dituntut di dalam Islam. Walaupun kita kaya sekalipun maka tetap disarankan agar kita bersederhana di dalam berbelanja.Ramai yang menggunakan hujah bahawa pelamin sebegini perlu dilaksanakan sebagai kenang-kenangan untuk masa hadapan dan sebagainya. Hujah-hujah sebegini tidaklah boleh diterima pakai kerana lebih menjurus kepada hawa nafsu. Hukum dan saranan Baginda sallallahu alaihi wasallam sepatutnya lebih kita turuti.

Tetapi jika cuma disediakan tempat untuk bergambar bersama pengantin dan tempat tersebut dihias dengan seadanya, maka beberapa adab perlu diraikan.Antaranya ialah tidak berlaku percampuran bebas antara lelaki dan wanita, wanita wajib menutup aurat di hadapan lelaki yang ajnabi( yang boleh dikahwininya) dan begitu juga golongan lelaki ,wajib bagi mereka menutup aurat di hadapan wanita ajnabiah. Jika kesemua perkara ini diraikan maka tiadalah masalah padanya.

Kesimpulan tentang hukum pelamin ini ialah kita melarang berlakunya pembaziran dan percampuran lelaki dan perempuan yang berlaku seperti zaman sekarang. Tetapi jika semua perkara tersebut boleh kita elakkan maka hukumnya adalah HARUS.

Sebelum kita membahaskan lebih panjang sebaiknya kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan membazir. Di dalam bahasa arab terdapat dua kalimah yang digunakan iaitu الإسراف dan التبذير. Sebahagian ulama mengatakan bahawa kedua-dua kalimah ini maksudnya adalah sama.

Al-Imam al-Jurjani rahimahullah mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).
Kata Guru kami yang mulia, Yusri Rushdi Al-Sayyed Jabr Al-Hasani di dalam satu kuliah beliau:

“Contoh mudah bagi al-Israf ialah seperti kita memerlukan untuk seminggu kehidupan kita sebanyak sekilo daging,tetapi kita membeli sebanyak 2 kilo daging maka ini dinamakan Israf.Manakala al-Tabzir ialah kita mengeluarkan walau sedikit wang untuk membeli perkara yang diharamkan maka ianya dikira al-Tabzir.Seperti membeli sebatang rokok yang berharga 50 qurush(matawang mesir lebih kurang 30 sen Malaysia) maka ini dinamakan al-Tabzir”
Kedua-dua perkara yang kita sebutkan ini adalah dicela dan tidak dituntut di dalam Islam. Jika berlebih-lebihan didalam perkara yang harus seperti contoh yang kita berikan tidak dituntut maka lebih-lebih lagi jika perkara itu menjurus kepada haram.
BERTEPUNG TAWAR DAN MENABUR BERAS KUNYIT

Ini merupakan adat turun-temurun yang dilakukan ketika majlis persandingan dilangsungkan. Sepanjang pembacaan saya tentang perkara ini , antara tujuan dilakukan perkara ini ialah untuk menambahkan semangat berdasarkan kekuningan padi kepada kedua pengantin. Terdapat juga jampi dan mentera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan menghalau roh-roh jahat dam sebagainya.

Jika perkara sebegini dilakukan maka hukumnya jelas HARAM. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:
عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من أتى عرّافا أو كاهنا فصَدَّقَه بما يقول فقد كفر بما أُنزِل على محمد.

Maksudnya: "Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu katanya: Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam."

Perkara-perkara sebegini wajib ditegah berlaku di dalam masyarakat Muslim.
Alternatifnya, kita boleh melaksanakan majlis doa selamat bagi mendoakan kepada kedua pengantin agar dipelihara oleh Allah taala daripada sebarang kecelakaan. Maka ini sangat-sangat dituntut di dalam Islam.
WANITA BERHIAS DAN TIDAK MENUTUP AURAT

Bersanding dikatakan tujuannya adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin. Perkara ini berbalik kepada hukum asal melihat wanita bagi lelaki ajnabi.Menurut para ulama, lelaki ajnabi diharamkan melihat wanita ajnabi walaupun bukan dengan tujuan syahwat. Ini jika tiada sebab yang mengharuskan bagi seorang lelaki tersebut melihat kepada wanita ajnabiah. Jika mempunyai sebab yang dibenarkan syarak seperti meminang, di dalam majlis pengajian, berubat dan ketika jual beli maka tiadalah masalah untuk lelaki ajnabi melihat kepada wanita ajnabiah.

Jika ada golongan yang mengatakan bahawa tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin. Maka kita katakan, tiadalah masalah jika kita ingin memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada orang yang hadir dengan syarat adab-adab yang kita sebutkan sebelum ini diraikan . Jika perkara ini diraikan maka syarak tidaklah menghalang perkara ini dilaksanakan.

Masalah aurat juga perlu dititik-beratkan oleh pengantin dan orang ramai yang hadir.Firman Allah taala di dalam surah al-Nur ayat 31:
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka , atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat wanita, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah taala, wahai orang-orang yang beriman , supaya kamu berjaya."

Ayat ini sangat jelas menunjukkan arahan daripada Allah taala supaya menutup aurat.
ETIKA PEMAKAIAN

Antara syarat-syarat pakaian bagi wanita dan lelaki ialah:

1. Mestilah pakaian tersebut daripada jenis yang menghalang daripada orang mengetahui warna kulitnya. Ini bermakna, seseorang tersebut tidak boleh memakai pakaian yang nipis sehingga orang boleh mengetahui warna kulitnya.

2. Mestilah pakaian tersebut menutup keseluruhan aurat lelaki dan wanita tersebut.
3. Mestilah pakaian yang dipakai tidak membolehkan orang mengetahui bentuk tubuh dan auratnya iaitu tidak ketat.

Kebanyakkan orang pada zaman sekarang tidak memahami masalah menutup aurat ini dengan baik. Maka mereka melakukan kesilapan dalam keadaan mereka tidak sedar. Ketiga-tiga syarat yang kita sebutkan perlulah diraikan kesemuanya. Jika kurang salah satu daripada syarat-syarat tersebut maka seseorang tersebut masih dikira tidak menutup aurat. Kita mendapati ada golongan yang berpakaian ketat dan bilamana kita melarangnya maka mereka mengatakan bahawa yang penting orang tidak mengetahui warna kulit . Maka ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak faham syarat-syarat berpakaian yang diletakkan oleh syarak.

Maka para pengantin dan orang ramai perlulah meraikan perkara ini. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah berkenaan make-up pengantin. Berhiaslah sekadarnya, berpadalah dengan kecantikan asli yang diberikan Allah kepada kita. Tidak perlu membazir wang menjemput juru solek bagi mengkaburi mata orang lain . Malah kita bimbang termasuk di dalam ayat Allah taala di dalam surah al-Ahzab ayat 33:
وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى

Maksudnya: Janganlah kamu bertabbarruj sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah pada zaman dahulu.
WARNA PAKAIAN
Masalah warna pakaian juga menjadi perbahasan dikalangan orang ramai. Adakah syarat-syarat tertentu bagi warna pakaian bagi wanita? Menurut Syeikh Ali Jum’ah Hafizahullah di dalam kitabnya Fatawa Asriyah(Fatwa semasa) warna tidaklah ditetapkan oleh syarak bagi wanita cuma yang wajib bagi mereka ialah mengikut syarat-syarat yang diletakkan oleh syarak di dalam etika berpakaian .

Syarat berpakaian ialah seperti yang telah disebutkan oleh saya sebelum ini.

Pendapat yang mengatakan bahawa wanita perlulah memakai warna yang gelap-gelap agar manusia tidak memandang kepada mereka tidaklah terlalu tepat. Ini kerana ada terdapat golongan manusia yang menyukai warna yang gelap. Maka mereka tetap akan memandang kepada wanita yang berpakaian gelap.
KESIMPULAN

Setelah kita membahaskan hukum bersanding ini , saya mengharapkan sidang pembaca dapat memahami dengan sebaiknya tentang perkara ini. Hukum asalnya adalah harus.Cuma perkara-perkara yang berlaku disebaliknya yang menyebabkan ianya menjadi haram seperti bertepung tawar, jampi serapah, percampuran bebas wanita dan lelaki, membuka aurat dan pembaziran. Jika kesemua perkara ini dapat kita elakkan maka tiadalah masalah bagi kita meraikan adat tersebut.Jika perkara yang kita sebutkan ini tidak dapat diraikan maka hukumnya tetap menjadi haram. Wallahu a’lam.


Psssst : tetiba teringat kat JY, mse cople dulu...dia kata xnak pelamin2 nie.
tapi...semua tu tinggal kenangan je sbb aku ngan dia dah clash.
sobs..sobs..sobs..


nie real punya gambar majlis persandingan paksedara ku...berlangsung 25 nov 2011.
selamat pengantin baru kali kedua buat beliau setelah kepergian isteri beliau yang pertama beberapa tahun lepas...lupa la tahun bila isteri beliau meninggal dunia. dan semoga perkahwinan beliau kekal bahagia.


pst2 : budak dalam picture nie dah layak kawen tak?, ade orang nak tak?..hahaha.





*note : suka tengok pelamin yang shantek2.

sakit hati.....

assalamualaikum..

hari nie mood aku memang down. sebab daripada malam tadi laptop aku tak dapat on facebook. adui!!!. tension. nak kena bwak laptop g kedai r nie. nak kena "basuh" (format la tu)...tapi tulah, aku nie sekarang tengah sayang duit. nak belanja2 yang tak tentu pasal. mana nak beli DSLR lagi. duit pon belum cukup2 lagi. nasib la blog nie boleh d update. kalo tak dapat gak, memang payah la!. tapi serius tension bila x dapat on facebook. dah rutin harian aku nak kena online facebook kan.





*note : tersangat sakit hati!!!

November 24, 2011

malam nie kan malam jumaat....

assalamualaikum...

sedang buat ape semua?. urm. bosan lah. facebook aku seolah2 beku je. tak jalan. mungkin tak bagi aku on9 facebook malam nie. nak marah pon ade gak, tapi pasrah je lah. nak marah banyak2 pon takguna. nak sumpah seranah banyak pon x guna. tambah dosa lagi ade la. anyway, esok masih ade kan?.

entah lah. entry nie sesaja aku buat. taktau la ade orang nak bace or not. urm. lagipon, im not famos blogger u know?.






*note : stat tutttt......hari nie.

November 23, 2011

spotaneous thursday # indah nya jika....

assalamualaikum


memandangkan hari nie hari Khamis. maka, dengan berbesar hati nye...aku nak entrykan sesuatu secara spontan mengenai Indah nya Jika....... jika ape ye?. kalo aku, aku akan katakan bahawa...Indah nya Jika Mimpi2 yang Indah yang kita lalui setiap malam2 tido kita itu menjadi kenyataan...tambah2 lagi jika mimpi indah itu untuk kita, cinta kita, diri kita, keluarga kita...pendek kata sesuatu yang membahagiakan kita..

anyway, aku takde la nak menyangkal kata2 bahawa "mimpi itu mainan tido...", so....amatlah tipis or jarang sekali ape yang kita mimpikan akan jadi kenyataan...btw, malam td aku mimpi tentang seseorang...siapa seseorang tu?. adalah...but the person not JY. sebab tu aku kata indah nye jika mimpi menjadi kenyataan. dan pagi tadi, bila bangun...terus aku senyum sorang2. hak3. mungkin agak kelakar ngan mimpi tuh. sbb Mustahil sekali orang yang muncul dalam mimpi aku tu tau tentang isi hati aku. hak3.

dan aku sepatut nye melupakan mimpi tu. tak sepatutnya aku ingat mimpi yang tak tau kejelasan nya. sekadar mimpi je, bukan nyata pon. dan harus d ketahui, aku tak akan sesekali menyatakan perasaan aku pada orang2 yang aku suka or minat or sayang. sebab aku seorang yang pemalu. sebab tu jugak...aku banyak KEHILANGAN insan2 yang aku sayangi. mana taknya, aku x nyatakan perasaan aku. aku takut, dan bagi aku...cukup la kalo aku menyukai or meminati or mencintai seseorang tu dalam diam. sebab aku taknak rosakkan feel itu. andai baik penerimaan nya, its okey la. but if penolakan yang aku terima??...pasti akan melukakan hati aku sendiri kan?...

kalo aku terluka...takdelah aku nak senyum macam nie...

maaf!!...gmbr dalam gelap. but i like...

akhir kata...terima lah lirik lagu Hatiku Milikmu by NeraAF9...btw, aku suka lagu nie...tak jemu-jemu dengar nya...

mungkin jugak sebab lagu nie sesuai dengan diri aku...yang sentiasa merindui dia..

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini



*note : bagiku,Mustahil sekali

untuk mimpi jadi nyata.


wordless wednesday : miss u and them....


rumate tersayang since Jun 2010 till April 2011...



classmate aku dan PA sekali. since Jul 08 till April 2011.

.
.
.
.
dan...........
.
.
.
.
JENG...JENG...JENG...

perkenalkan satu-satu nye insan yang masih aku sayangi...

Aku RINDU Kau.


p/s : semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah sesuatu yang belum dapat d pastikan.





*note : rindu kalian semua.






November 03, 2011

Pencarian Blog Follower Bawah 500




assalamualaikum wbt..

selamat pagi bloggers and readers...tadi jengah blog FIERUL...nampak segment nie (klik utk lihat syarat penyertaan). nak join la...huhuhu. sadis sangat melihat follower yang hanya 100 orang. hik4. malu ngan blog and blogger lain. tapi takpelah...janji blog aku tetap blog aku, takleh nak jadi persisi seperti blog orang lain. kitakan bersaing secara SEHAT dalam bidang blog nie. kan3??...




*note : takdapat 500 follower pn xpe.
asalkan jumlah nye semakin meningkat.

thanks to FIERUL...

assalamualaikum...

selamat pagi readers and bloggers...

alhamdulillah...sekarang follower dah 100 org. thanks dan TAHNIAH kepada FIERUL (klik utk ke blog beliau)

atau klik d sini http://fiesayangrul.blogspot.com/....

oleh kerana beliau telah menjadi follower ke-100 aku...



terima kasih kepada anda...




*note : thanks ya...

AMALAN MALAM JUMAAT

sambungan dari last entry :

AMALAN MALAM JUMAAT.


Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang mesti kita lakukan dalam usaha kita memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT. Di dalam kita melaksanakan segala amal ibadah yang dianjurkan, janganlah kita mengharapkan keutamaan semata-mata sehingga kita lupa bahawa semuanya itu merupakan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan. Jadikanlah keutamaan yang ada dalam setiap amalan itu merupakan motivasi untuk kita mempertingkatkan lagi mutu ibadah kita. Yang paling penting kita mengharapkan keredhaan Allah SWT. Diantara amalan-amalan malam Jumaat yang perlu kita lakukan adalah:


1.MEMBACA SURAH AL-KAHFI

Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu, diampuni Allah dosanya dari Jumaat ke Jumaat (ia diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat). Sabda Rasulullah SAW:

“Dari Abu Said Al-Khudri ra. dari Nabi SAW bahawa Baginda bersabda: Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat. ”Dan pada suatu riwayat lain: “Diampuni oleh Allah dosanya antara Jumaat hingga ke Jumaat yang lain.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)


2.MEMBACA SURAH YAASIN.

Dari Abu Hurairah ra. sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:

“Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan. ”Dalam hadis lain Rasulullah SAW menjelaskan keutamaan surah Yaasin tersebut: “Siapa yang membaca surah Yaasin dengan tulus ikhlas kerana Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu, maka bacakanlah pada orang-orang yang akan mati (atau orang yang telah mati )”(HR Baihaqi)


3.MEMPERBANYAKKAN ZIKIR,DOA DAN SELAWAT.

Banyak sekali hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi ini, baik berhubung dengan keutamaannya,atau anjuran membacanya. Di antaranya: Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra. sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:


“Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak megucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi )

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata Rasulullah SAW bersabda:

“Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku, kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku, dimana kamu berada.” (HR Abu Daud)

Dari Aus bin Aus ra.ia berkata,Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya hari yang paling afdhal bagi kamu ialah hari Jumaat, oleh kerana itu perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu. Sebabnya selawat kamu ucapkan itu akan dinampakkan kepadaku. Maka mereka berkata : Wahai Rasulullah bagaimana selawat yang kami baca itu jelas bagimu, padahal(nanti) (jasad kasar) kamu sudah hancur. Baginda bersabda :Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi (memakan) atas jasad para Ambiya (nabi-nabi).” (HR Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah dengan isnad-isnad sahih)


4.SOLAT MALAM JUMAAT.

Mendirikan Solat Malam Jumaat adalah antara waktu Maghrib dan Isyak dengan 12 rakaat.Tiap dua rakaat dengan satu malam.

a)Lafaz niat:

“Sahaja aku solat dua rakaat sunat kerana Allah Taala.”

b)Rakaat pertama selepas doa iftitah, baca al-Fatihah dan kemudian baca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali.

c)Rakaat kedua selepas al-Fatihah jug abaca surah al-Ikhlas 11 kali.

d)Dirikanlah solat tersebut hingga cukup 12 rakaat.


5.QIYAMULLAIL (SOLAT MALAM)

Qiyamullail iaitu bangun pada malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Kemudian bermunajat kepada-NYA untuk memohon keampunan dengan mengerjakan ibadah solat sunat seperti solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir serta solat-solat sunat yang lain. Oleh itu banyakkanlah berzikir, bertasbih, bertahmid dan bertakbir, serta memperbanyakkan permohonan dan doa kepada Allah SWT. Di antara ayat-ayat al-Quran yang menerangkan Qiyamullail iaitu: Firman Allah SWT ertinya: “Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu berdiri (Solat) kurang daripada dua pertiga malam atau seperdua malam atau sepertiganya dan demikian pula segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. ”Firman Allah SWT ertinya: “Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk tuhan mereka. Dan orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahanam daripada kami, sesungguhnya azab itu adalah kebinasaan yang kekal.”


AMALAN SUBUH JUMAAT

Setelah kita bangun dari tidur pada subuh hari kita masih dituntut supaya memperbanyakkan amal kepada Allah SWT walaupun pada malamnya telah memperbanyakkan membaca al-Quran, berdoa, berzikir serta berselawat kepada Nabi SAW, ditambah pula dengan solat malam, namaun pada subuh dan siang Jumaat masih banyak lagi amalan yang perlu kita lakukan. Semuanya untuk menambah nilai amalan kita. Diantara amalan-amalan yang perlu kita lakukan pada subuh Jumaat itu ialah:


1.DOA SEBELUM SOLAT SUBUH

Sebelum solat subuh kita perlu membaca doa ini sebanyak tiga kali.

“Aku memohon keampunan Allah, tiada Tuhan selain Dia yang hidup lagi berdiri dengan sendirinya, aku bertaubat kepada-NYA.”

Semoga Allah akan mengampuni dosa-dosa yang ada pada kita sekaligus diri kita terhindar dari perbuatan dosa kecil dan dosa besar. Sabda Rasulullah SAW : Dari Anas ra.dari Nabi SAW bersabda :

“Sesiapa sebelum solat subuh Jumaat membaca: Aku memohon keampunan Allah, tiada Tuhan selain Dia yang hidup lagi yang berdiri dengan sendirinya, Aku bertaubat kepada-NYA” sebanyak tiga kali, nescaya Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun seumpama (banyak) buih di laut.” (HR Ibnu Suni)

2.MEMBACA SURAH AS-SAJADAH.

3.MEMBACA SURAH AL-INSAN

Diharapkan atau di usahakan kedua ayat ini di baca dalam solat subuh.

4.MEMPERBANYAK ZIKIR KEPADA ALLAH.

Setelah mengerjakan solat Jumaat,maka usahakanlah dengan banyak mengingat Allah SWT.Di antara zikir-zikir yang boleh kita amalkan iaitu:

Ertinya: “Ya Allah,selamatkan hamba Mu daripada api neraka.”

5.MEMPERBANYAKKAN DOA.

Kita hendaklah memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT, kerana pada hari Jumaat ada masa yang paling mustajab yang akan di kabulkan Allah terhadap hamba yang bermohon ketika itu. Banyak sekali doa-doa yang di anjurkan oleh Rasulullah SAW agar kita mengamalkannya. Doa-doa tersebut hendaklah kita baca dan amalkan bukan saja pada hari Jumaat tetapi juga baik diamalkan pada hari-hari yang lain. Antara doa-doa yang perlu diamalkan ialah doa kebaikan dunia dan akhirat, doa mendapat kenikmatan (syurga) Ilahi, doa menjauhi gangguan syaitan, doa agar diampunkan dosa dan doa terhindar perkara buruk.


AMALAN SIANG JUMAAT

Antara amalan menjelang solat Jumaat ialah:

1.SOLAT SUNAT DHUHA.

Solat Dhuha dilakukan ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Jumlah rakaat tidak terbatas dari dua rakaat sehingga 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam.


2.MANDI SEBELUM PERGI SOLAT JUMAAT.

Dalam sebuah hadis diterangkan dari Ibnu Umar ra. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa di antara kamu yang datang ke Jumaat maka hendaklah ia mandi. ”Tentang permulaan waktu mandi, mulai dari terbit fajar sadik di hari Jumaat itu hingga masuk waktu sembahyang Jumaat. Tetapi yang lebih utama mandi ketika hendak berangkat ke Jumaat, kerana tujuannya ialah untuk menghalang bau yang tak sedap melekat di badan.


3.MEMAKAI WANGI-WANGIAN.

Rasulullah sangat suka dengan wangi-wangian. Dan baginda tidak pernah menolak hadiah yang diberikan seseorang dalam bentuk minyak wangi ini. Di samping Rasulullah SAW bersifat zuhud, tawaduk serta mengutamakan orang lain, baginda gemar kepada kebersihan badan dan pakaian. Baginda suka menampakkan dirinya kepada keluarga dan sahabatnya dengan sikap yang baik dan dengan pakaian yang baik. Rasulullah SAW suka kepada wangi-wangian dan tidak menyukai bau yang tidak sedap, baginda mempunyai sakkah(minyak wangi) yang baginda pakai. Oleh kerana itu, baginda mahu menerima hadiah yang berupa minyak wangi dan tidak pernah menolak. Pernah Sayidatina Aisyah membuat baju jubah dari bulu untuk baginda, ketika di pakai keluarlah peluh baginda berbau bulu lalu baginda lepaskan baju itu. Baginda juga mempunyai selimut yang diberi za’faran. Kadang-kadang baginda solat bersama orang ramai dengan memakai selimut itu. Rasulullah SAW memotong kukunya, menggunting rambutnya pada hari Jumaat sebelum berangkat ke masjid untuk solat.



p/s : apa yang boleh d amalkan, amalkan lah semoga mendapat berkat dari Allah.




*note : sharing is caring

KEISTIMEWAAN MALAM DAN HARI JUMAAT

assalamualaikum...copypaste dari FB.

Sejarah permulaan Solat Jumaat dalam hadis-hadis yang sahih di jelaskan bahawa permulaan Rasulullah SAW mengerjakan solat Jumaat ialah di Madinah. Setelah Rasulullah SAW sampai di Quba’ dalam perjalanan hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW berhenti di kampung Amr Ibn ‘Auf. Baginda menetap di situ dari Isnin hingga hari Khamis. Dalam masa empat hari itu baginda membangun sebuah masjid bersama dengan kaum Muslimin. Pada hari Jumaat Rasulullah SAW meneruskan perjalanannya. Ketika tiba waktu solat Jumaat baginda telah sampai ke Kampung Bani Salim Ibn ‘Auf. Maka baginda mengerjakan solat Jumaat di suatu masjid yang didirikan ketika itu dalam sebuah lembah. Maka itulah permulaan solat Jumaat yang di laksanakan Rasulullah SAW di daerah Madinah.



ABSTRAK

Sebab solat ini dinamakan dengan solat Jumaat, kerana dikerjakan pada hari Jumaat. Nama Jumaat adalah nama yang diberikan oleh Islam. Pada zaman jahiliyah mereka menamakannya dengan “urubah”. Setengah ulama mengatakan bahawa dinamakan dengan solat Jumaat kerana pada hari itu para penduduk berkumpul atau berjemaah. Golongan ini mensyaratkan sahnya solat Jumaat itu kerana jamaah.


HIKMAH HARI JUMAAT DAN AMALANNYA.

1.HARI YANG PALING UTAMA.

Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus r.a berkata. Rasullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari jumaat, didalamnya terjadi Nabi Adam as, dan pada hari itu juga ia wafat, dan pada hari itu juga akan ditiupkan sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk. Maka perbanyaklah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku. Sahabat bertanya ya Rasulullah, bagaimana selawat kami sampai kepadamu padahal engkau telah rusak dan habis Nabi SAW bersabda: “Dapat kamu katakan aku akan rusak, sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas bumi untuk memakan jasad para Nabi-nabi.”


2.MASA YANG MUSTAJAB BERDOA.

Pada hari jumaat ini ada yang paling mustajab jika kaum muslimin berdoa dan mengharap sesuatu dari Allah SWT. Dari Abdurrahman bin Yazid dan Abu Lubabbah bin Abdil Munzir, Rasulullah SAW bersabda:

“Pada hari itu ada saat mustajab, tiada seorang pun yang yang berdoa saat itu melainkan Allah pasti memberinya, selama tidak meminta yang haram”

Mengenai masa yang mustajab memohon doa kepada Allah ini, dari Abu Hurairah ra. Rasulullah SAW menyebutkan:

“Sesungguhnya Rasulullah SAW membicarakan tentang hari jumaat ia berkata: “Padanya terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba(Allah)yang muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonnya akan diberikan kepadanya. Ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatnya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Para Ulama baik Ulama Kalaf mahu pun Ulama Salaf berselisih pendapat tentang perkara ini. Ada yang mengatakan sesudah terbit matahari, ada yang mengatakan sesudah tergelincir matahari. Ada yang mengatakan sesudah Asar, dan ada yang mengatakan selain daripada saat tersebut. Namun demikian ada hadis yang mustajab tersebut. Dari Abu Musa Al-Asya’ari ra.ia berkata:

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ia(saat mustajab)itu adalah antara Imam duduk di atas mimbar sampai ia salam daripada solat.” (HR Muslim)


3.HARI UNTUK UMAT NABI MUHAMMAD SAW.

Dalam buku “Durratun Nashihin” dijelaskan, pernah suatu ketika Nabi Musa as. pergi ke Bukit Baitul Maqdis. Di sana ia melihat suatu kaum yang tengah beribadah kepada Allah SWT dengan kesungguhan yang tinggi. Nabi Musa terus bertanya kepada mereka dan mereka menjawab:

“Kami termasuk umat tuan, kami telah beribadah kepada Allah SWT disini semenjak 70 tahun dengan kekhusyukan yang sesungguhnya. Pakaian kami adalah kesabaran, dan makanan kami adalah tumbuh-tumbuhan di bumi, sedangkan minuman kami adalah air hujan.”

Melihat itu Nabi Musa as. merasa senang. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepadanya:

“Hai Musa, ada satu hari untuk umat Muhammad, yang solat dua rakaat pada hari itu lebih utama daripada ini semua. Tuhanku, hari apakah itu? Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya hari itu adalah hari jumaat.”

Hari jumaat menurut keterangan Rasulullah SAW penghulu segala hari yang mengandungi ketinggian. Dari Abu Labahah bin Abdul Munzir ia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya hari jumaat itu ialah kepala sekalian hari yang terbesar disisi Allah lebih besar dari Aidil Adha dan Aidil Fitri.” (HR Ibnu Majah dan Baihaqi)


4.TERPELIHARA DARI FITNAH KUBUR.

Orang-orang yang matinya pada hari atau pada malam jumaat, dipelihara Allah ia dari fitnah kubur. Dalam sebuah hadis dinyatakan:

“Dari Abdullah bin Amr ra.dari Nabi SAW beliau bersabda:

"Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau pada malam jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari fitnah kubur.” (HR Tarmizi)


5.BAIK UNTUK MELANGSUNGKAN PERNIKAHAN.

Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata, Rasulullah SAW ditanya orang tentang hari jumaat. Maka baginda menjawab: "Hari jumaat adalah hari silaturrahim dan pernikahan. Kemudian sahabat bertanya lagi: Mengapa demikian ya baginda? Rasulullah SAW menjawab: Kerana para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut.

Jika kita ingin mengadakan walimatul urus bolehlah dilakukan pada hari-hari yang lain seperti hari cuti sekolah, hari ahad serta hari yang dirasa sesuai untuk mengadakannya. Namun usahakanlah hari pernikahan itu dilakukan pada hari jumaat. Sebahagian ulama mengatakan; Telah terjadi tujuh pernikahan antara anbiya’ dan antara para aulia’ pada hari jumaat iaitu:

1.Pernikahan antara Nabi Adam dengan Siti Hawa.

2.Pernikahan antara Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha.

3.Pernikahan antara Nabi Musa as. dengan Shafrawa.

4.Pernikahan antara Nabi Sulaiman as.dengan Puteri Balqis.

5.Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah.

6.Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah.

7.Pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah


p/s : amalan2 malam jumaat bersambung ke next entry.




*note : keep ur reading.






speechless Friday # 2

assalamualaikum wbt..

selamak (selamat) pagi readers and bloggers...thank you for drop here.


1. hari nie punggoh bare2...bakpo?

(hari nie punggah barang2..kenapa? )

2. sebak nok kelik kapong la..bakpo nok kelik kapong?

(sebab nak balik kampung la..kenapa nak balik kampung?)

3. sebak nok make daging lembu la..urm. soalan ngelah bakpo nok make daging kapong?

(sebab nak makan daging lembu la..urm. soalan last kenapa nak makan daging kat kampung? )

if tanpa kat jadi lain pulak maksud nya kan?

4. adula!. bakpo la lembak sangat nie. key ore nok rayo haji ari ahad nie. sebak tu la nok kelik kapong, Rayo..rayo..tau dop rayo? ...

(aduhla!. kenapa la lembab sangat nie. kan orang nak raya haji hari ahad nie. sebab tu la nak balik kampung, Raya..raya..tau x raya?...)



p/s : mari belajar bahasa kelantan. sikit pon tak pe. ;)

p/s 2: kata speechless...tapi nie dah jadi speechmore kot. hek4.


*note : aku anak kelantan.





November 02, 2011

lama dah aihhh....

assalamualaikum.....

selamat petang readers dan bloggers...


cheq tak tau la nak cakap pa....cuma cheq heran camne blog cheq nie tak maju-maju macam blog orang len. mana tak nya, orang len baru ja berjinak2 ngan blog nie dah beribu yang jadi follower. tapi cheq nie?. huihhhh!. dah lama cheq jadi blogger. dah hampir 2 taoon (tahun). cuba hangpa semua tengok bape follower cheq?.

agak-agak cheq nie tak sesuai jadi blogger kot norh?. haiya. cheq pon tak tau..cheq cume tau, cheq suka dapat berblogger sebab cheq boleh berkongsi ngan hanpa semua pasal apa yang cheq tau, pasal apa yang cheq nak kongsikan ngan hangpa, pasal hati cheq, pasal ape yang cheq tau..pokok pangkal nya semua yang cheq boleh kongsi ngan hangpa semua.

pasai apa, sebab bagi cheq, hangpa semua yang sudi singgah masuk blog cheq nie, hangpa kawan cheq sebab hangpa tau apa yang cheq tulis pada setiap2 entry cheq. cheq berterima kasih dekat hangpa semua sebab dah memeriahkan blog cheq. walaupon, blog cheq nie tak ramai yang follow. atleast, ade jugak hangpa-hangpa yang sudi tinggalkan jejak untuk cheq.

(kenangan cinta luka cheq pon berlaku kat Kedah....)

tapi..awat la cheq nie tetiba guna loghrat Kedah?. cheq bukan ape, cheq suka baca komen member-member Kedah cheq. hangpa takkan tak tau, dulu kan konon-konon nya cheq nak jadian ngan orang Kedah. tapi tulah, jodoh cheq ngan dia tak tahan lama. lagipon, hangpa semua pon tau yang aku nie lulusan Politeknik kat utara Malaysia. kat mana lagi kalo bukan kat Kedah. kalo tak, mana nya cheq nak jatuh sayang dekat orang Kedah?. cheq pernah dok Kulim 3 taoon (tahun) hangpa tau?. cheq bukan nya tak tau bahasa Kedah. cuma, cheq segan nak cakap Kedah. tapi cheq suka dengaq orang Kedah cakap.



selok belok Kedah tu cheq tau jasa dok study Kulim tu la. kalo tak, sampai bila pon cheq tak tau. apa pon yang terjadi, dan walaupon ade kenangan cinta yang tertinggal di situ..walaupon agak pahit kenangan tu. cheq tetap berterima kasih pada dia sebab penah buat cheq bahagia. dan cheq takkan lupakan kenangan belajar d sana.



upssss!!. rasanya cheq dah melalut, merapu, meraban dah nie. okeylah, jumpa nanti d entry yang akan datang.


p/s : cheq suka semua loghrat yang ada dalam M'sia nie.
kitakan 1 Malaysia. hehehe.




*note : cheq tunggu follower ke-100.

November 01, 2011

wordless wednesday # 3


assalamualaikum...

selamat pagi readers dan bloggers...








*note : korang paham2 jela ye?...

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki