Assalamualaikum wbt...
pertama kali, izinkanlah aku mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnia Nya aku masih mampu bernafas d tahun baru 1433H ini. semalam merupakan 1 Muharram 1433 H. yang merupakan tahun baru bagi umat Muhammad SAW.
setiap manusia pasti inginkan pernghijrahan yang lebih baik. begitu juga aku. antara hijrah yang ingin aku lakukan ialah :
setiap manusia pasti inginkan pernghijrahan yang lebih baik. begitu juga aku. antara hijrah yang ingin aku lakukan ialah :
- menjadi seorang hamba yang taat, bersyukur, redha, sabar di atas segala nikmat, perintah, dan ujian yang d turunkan oleh Allah SWT. Insya Allah.
- menjadi umat yang sentiasa mengingati baginda. yang sentiasa mengikut sunnah baginda. Insya Allah.
- menjadi seorang anak yang solehah kepada kedua ibu bapa. Insya Allah.
- menjadi contoh adik dan kakak yang baik kepada adik beradik. Insya Allah.
- menjadi sahabat yang baik kepada sahabat2. Insya Allah.
- ingin mendapat kekhusyukan dalam solat. apa yang aku tahu, hanya insan2 yang terpilih mampu mendapat kekhusyukan dalam solat. (yang pasti, aku adalah salah seorang insan yang tidak terpilih, dari dulu aku ingin kan perkara ni). sebab, bila solat khusyuk, maknya nya solat kita sempurna, bila solat sempurna, maka sempurna lah amalan2 lain. insya Allah. Amin.
- mengharapkan istiqamah aku dalam membaca al-Quran. sehingga mampu menjadikan al-Quran sebagai pendamping hingga hujung nyawa. sebab al-Quran merupakan sebuah buku panduan yang sangat lengkap isi kandungan nya. dan yang paling aku ingin kan ialah, nak memahami setiap ayat yang terdapat di dalam al-Quran. insya Allah. Amin.
aku terlalu inginkan harapan Hijrah aku menjadi kenyataan. insya Allah.
p/s : semoga azam hijrah aku mampu terlaksana dari masa ke masa.
No comments:
Post a Comment