Insanku Sayang Kini Menghilang
Mengapakah sayang
Engkau sanggup hancurkan
Cinta kita yang dibina bersama
A... a... a...
Tergamaknya kau tinggalkan
Kau biarkan hidupku sepi
Mengapa sayang mengapa katakan
Dahulu hanya diriku
Kau berikan pengharapan
Ku serah cinta yang sepi
Pernah ku ragui
Kiniku rayu memujuk hatimu
Tidakku terdaya
Lantaran berulang kali kau kata kebencian hatimu
Mengapa sayang beginikah akhirnya
Apakah ini suratan takdir
Suka duka kita dalam nafas cinta berdua
Insanku sayang kini menghilang
Musnahlah sudah harapan cinta selamanya
Tidakkah kau ingat dulu kenangan bersama
Indah cinta yang kau beri
Bersaksi rembulan
Ku sangka engkau setia
Rupanya engkau berpura-pura
Setelah kasih ku serah
Diriku kau tinggalkan
Mengapakah sayang
Engkau sanggup hancurkan
Cinta kita yang dibina bersama
ps : tak tau la nape aku jadi tak ketahuan sampai macam nie. rasa macam nak nangis je. nape perlu ade rasa ingin d sayangi dan d cintai?. ape masih tak cukup kelukaan yang pernah d lalui dulu?. perlu ke aku lalui kekecewaan tu lagi?. masih tak serik kah aku?. nape aku masih jugak tak sedar diri yang takde orang pn sanggup terima aku apa ada nya aku? tapi...benarkah semua itu?. atau hanya aku terlalu prejudis?. jika ya...maafkan aku. aku hanya terlalu ingin menjaga sekeping hati yang sudah hancur remuk redam kerana terlalu menyayangi hamba Allah yang hanya membuat aku kecewa suatu masa dulu sampaikan aku tak mampu fikir apa2 selain dia. dan setelah aku mampu tersenyum tanpa dia...tiba2 muncul pula hamba Allah yang datang mengetuk pintu hatiku secara diam.
" Ya Allah...hanya ENGKAU yang tahu apa yang terbaik untuk aku. dan aku berserah segalanya pada MU. dan aku hanya mengikuti takdir yang telah engkau tetapkan. aku serahkan pada MU tentang Jodoh aku. kerana aku tahu, ENGKAU telah ciptakan Jodoh yang baik untuk aku. Insya Allah. "
*note : tinggalkanlah aku jika
itu kemahuanmu.
No comments:
Post a Comment