KLIK - KLIK

February 09, 2012

Jaga Solat untuk Akhirat kelak...





Maksudnya : " Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian, dan sungguh di hari kiamatlah disempurnakan pahala kamu. Sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan. Dan kehidupan di dunia hanyalah kesenangan tipuan belaka."

(Surah ali-'Imran : 185)

begitulah realitinya kita sebagai hamba Allah dan sebagai makhluk Allah. dan sebenarnya, tiada penyakit yang tiada ubat melainkan mati. jadi, kita seharusnya tahu bahawa bila kita hidup semakin lama..itu bermakna kita semakin dekat dengan mati.

tanya lah kepada sesiapa pon tentang mati. pasti semua orang tahu. cume, kekadang kita lupa. mati itu semakin dekat dengan kita kerana jodoh, maut sudah tertulis d Loh Mahfuz. jadi, sudilah kiranya untuk kalian mengetahui sedikit sebanyak salah satu amalan yang berkait rapat dengan kita sebagai orang Islam yang pasti dapat menyelamatkan kita semua daripada seksa kubur. Insya Allah. di samping menyeru kalian semua, diri ini juga akan cuba memperbetulkan kekhilafan yang selalu terwujud di dalam melaksanakan perintah terhadap NYA. insya Allah.

pernah dengar pepatah " Solat itu Tiang Agama" ?. yes!. itulah yang ingin diri ini ceritakan kepada kalian tentang kebaikan yang akan di peroleh bila kita memelihara solat. Ini dijelaskan oleh Imam Ahmad bin Hajar al-Haitami dalam kitabnya al-Zawajir : Tersebut dalam hadis :

Siapa yang menjaga solat lima waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan lima perkara :

  1. Dihindarkan daripada kesempitan hidup.
  2. Dihindarkan daripada seksa kubur.
  3. Dia akan menerima kitab amalnya dengan tangan kanannya.
  4. Berjalan di atas sirat (titian) bagaikan kilat.
  5. Masuk syurga tanpa hisab.
Sedangkan orang yang mensia-siakan solat medapat ancaman seksa sebanyak 15 ancaman. Dari lima belas ancaman itu, lima diantaranya akan diterimanya di dunia, tiga pada waktu matinya, tiga di dalam kubur dan tiga ketika keluar atau berbangkit dari kubur.

Hukuman di dunia ialah :

  1. Dicabut keberkatan umurnya.
  2. Dihapus tanda orang soleh dari mukanya.
  3. Tiap amal yang dikerjakannya tidak diberi pahala oleh Allah.
  4. Doanya tidak dinaikkan ke langit.
  5. Tidak dapat bahagian dari doa orang-orang yang salihin.

Hukuman ketikan mati :

  1. Mati dalam keadaan hina.
  2. Mati dalam keadaan lapar.
  3. Mati dalam keadaan haus.

Hukuman di dalam kubur :

  1. Disempitkan kuburnya sehingga hancur tulang - tulang rusuknya.
  2. Dinyalakan api di dalam kuburnya.
  3. Didatangkan kepadanya ular yang bernama Syuja'. Matanya dijadikan dari api sedangkan kukunya daripada besi. Setiap kuku panjangnya perjalanan sehari.

Sedangkan hukuman ketika bangkit dari kuburnya ialah :

  1. Dihisab dengan teliti.
  2. Allah murka kepadanya.
  3. Dimasukkan ke dalam neraka.

Bersedekah juga dapat mengurangkan seksa kubur, sesuai dengan hadis yang bermaksud :


Maksudnya : " Sesungguhnya sedekah itu dapat menghindarkan daripada ahlinya akan panas (seksa) kubur, dan seseorang pada hari kiamat akan bernaung di bawah naungan sedekahnya."


(HR al-Tabrani)


Sekian saja untuk malam ini. Moga2 perkongsian dari buku Liku-Liku Perjalanan ke Alam Barzakh ini dapat di jadikan panduan untuk kita mencapai redha Allah. dan moga, kita akan selalu berada di bawah naungan Nya dan sekaligus memperoleh nikmat di saat datangnya Maut.


(sumber : google)
sediakah kita untuk ke sini??




*note : sama2 lah kita memperbaiki diri.
aku jua ingin memperbaiki diri.
Sharing is Caring.

No comments:

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki