KLIK - KLIK

June 22, 2012

entry lewat malam --> selamat pengantin baru....

Assalamualaikum wbt...

aku tak tau apa perasaan aku sekarang. aku cuma boleh cakap, aku terkejut dan tak percaya dengan apa yang aku lihat. aku masih sayang dia. tapi... rupa nya, dia dah sah menjadi suami orang. okey. even aku dan dia dah lama tak contact. aku masih mengharap dia kembali menjalin hubungan dengan aku. tapi... sudah lah!. sudah cukup.... aku tau, sekarang... aku tak boleh kacau dia. sekalipon!. setelah aku ucapkan selamat pengantin baru melalui sms, baru tadi... aku harap, aku dapat lupakan dia. dapat kuburkan dia dari ingatan aku. dan...aku berdoa semoga dia bahagia selalu.

masih aku ingat saat dia menyanyikan lagu cinta pada aku. saat dia memberi syair kepada aku. saat dia menangis kerana aku. saat semua nya yang aku lalui bersama dia. tapi... akhirnya, dia bukan milikku. its okey. aku yakin dan pasti... Allah telah merencanakan yang terbaik untuk aku. tapi... aku merasakan yang aku makin takut untuk mencintai. mungkin jugak rasa takut itu akan kekal sehingga aku betul - betul dapat lupakan dia. dan mungkin rasa takut itu akan hilang bila aku sedar bahawa tiada kepentingan nya untuk aku terus memikirkan dia.

dan aku tak rasa gambar itu berbohong. sebab, aku kenal sangat persis dia. aku kenal dia. aku tahu dia. aku cam dia. dan dengan keadaan menyarungkan cincin ke jari gadis itu. apa lagi?. dengan berpakaian pengantin, apa lagi?. aku yakin itu adalah upacara pembatalan air sembahyang atau pon wudhu'. dengan keadaan gadis itu memakai inai d jari runcing... apa itu belum cukup?. dengan dulang - dulang hantaran d atas katil. itu sudah cukup membuktikan bahawa dia sudah memegang title SUAMI.

even aku masih terkejut dan tak percaya. aku harus tanamkan dalam hati. semua harapan itu harus d hentikan. semua perasaan itu harus d buang. aku tahu itu sukar. tapi aku akan lakukan, aku boleh lakukan dan aku kena paksa diri aku untuk lakukan. melepaskan dia dan melupakan dia adalah yang terbaik yang harus aku lakukan. 3 keping fotonya, mungkin akan aku buang atau bakar...atau ape - ape saje.

mungkin Allah nak beri petunjuk pada aku untuk lupakan dia, kerana itu aku tergerak hati nak bukak tgk fb adik dia. terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku petunjuk ini bukan salah dia, dan ini bukan salah sesiapa., tapi inilah sebuah takdir yang terbaik untuk aku dan dia. dia akan jadi masa lampau aku. akan jadi sejarah dalam hidup aku. nevermind.... aku mungkin akan anggap dia kawan., tp kawan yang jauh. bukan lagi kawan baik seperti d poli dulu.

aku akui aku masih rindukan dia. aku akui dialah yang aku dambakan. aku akui...dia lah yang aku cinta teruk. tapi.... aku akui dan aku akur dengan takdir. Selamat Pengantin Baru sekali lagi buat dia.




*note : SELAMAT TINGGAL SAYANGKU.

22 June : Flash Workshop with CANON EOS

Assalamualaikum wbt..


hai semua. ade ke yang menunggu entry dari ku?. ohhh... kalo ade, terima kasih. (tapi mcm syok sendiri jerk?. ) hahahaha. tak kisah la kan?. tapi...thanks pada sesape yang sudi singgah sini. tanpa korang - korang yang sudi singgah sini. tak meriah la kan?. anyway... hari nie ade sedikit story dan gambar mase aku masuk kelas Flash anjuran Canon EOS. tapi yang paling best... aku takde flash, tapi masuk kelas flash. hahaha. best tak?.

kata dealer Canon tu, its okey even u takde flash tu, sebab u nak timba ilmu... nanti flash tu boleh kongsi - kongsi. dan, yang paling best... ade seorang lelaki yang boleh aku panggil abang. yang baik hati, dan kebetulan dia dok sebelah aku.. dia tawarkan aku untuk guna flash dia. sebab dia bawak flash lebih, so...dia tawarkan. even flash tu jenama biasa - biasa je atau bukan jenama Canon. aku berterima kasih dekat abang itu sebab beri aku pinjam. dan beliau seorang yang baik hati. sebab ade bagitahu aku sedikit sebanyak tentang foto. sebab aku kan masih baru dalam bidang nie. so... semua itu amat membantu aku untuk handle EOS 1100D aku.

tapi kan...semua Canon orang lain mantap - mantap. tak macam Canon aku. dan bila aku berada dekat dengan diorang semua. aku makin bersemangat untuk cintakan dunia foto. dan... memberi aku cabaran untuk berusaha dengan lebih gigih dalam bidang foto dan beri aku satu cita - cita untuk membeli Canon baru yang mantap one fine day. not now okey. sebab, sekarang nie aku masih penganggur setia yang tak bergaji tapi memuaskan hati sebab aku tolong parents aku buat keje. its okey. sebab aku pon masih belum ready sepenuh nya nak keje betul - betul...

okey. meh tengok gambar - gambar sepanjang mengikuti EOS Workshop - Flash...

hehehehe. ku frame kan gambar kita di dalam blog ku ini. last moment on the day, but on the top of the story.

pengukir cahaya as a model, kata nye.. okey?

Form utk Photo Hunt... masih confuse, nak join ke tak?. tapi, borang dah ambik. huhu. teruk betul.

hehehe. she was with me on Canon EOS Workshop on 4.May.2012. and now, we meet again.

yang nie la abang yang baik hati tawarkan aku flash dia yg satu lagi. hehehe. time nie, aku curik - curik ambik gambar dia. dan tetiba dia kata, "mana aci...tak ready lagi. sekali lagi - sekali lagi..."so, ku turutkan kan je permintaan nya.

 so, ini hasilnya.  yang nie, time dia benar - benar ready, dan abang nie dah lihat gambar ini. huhuhu.

pembelajaran berterusan...

 bile masing - masing dari mereka sedang sibuk mengambil foto dengan menggunakan flash.

goodies yang kami semua dapat. huhuhu. yang kecik tu, tempat simpan memory card.

hehehe. itulah sedikit sebanyak yang aku boleh tunjukkan dkt korang semua. sory, no model photo in this entry. seperti yang lain - lain yang tiada model. okeh?. aku nie belum profesional lagi... hehehe. tapi, aku enjoy masuk kelas foto, sebab aku leh jumpa orang - orang yang satu hobi dengan aku. even, aku masih baru... diorang tak lokek untuk sumbang kan ilmu. lebih - lebih lagi bila makin ramai, makin happening tau?. dan makin seoronok. mungkin, satu hari nanti aku akan jadi jurufoto bebas untuk apa - apa perkara, event atau untuk apa jua yang aku nak abadikan dalam bentuk foto. itulah kepuasa bagiku, dan dengan foto... memori akan tersimpan bersama ingatan. itulah pandangan aku mengenai dunia foto. dan kepentingan foto. 

okey lah guys. setakat ini saje lah ye?. 



*note : esok outing bersama Canon..


***thanks for reading.

June 20, 2012

hari - hari adalah hari ibu dan bapa....

Assalamualaikum wbt...

hye guys!. lama dah tak update. urm. kadang - kadang takde idea, kadang - kadang takde masa... itulah kekangan yang sentiasa melanda kita kan?. even, aku nie masih menganggur atas sebab - sebab tertentu, bukan bererti aku ada mase dengan semua nie 24 hours. aku pon ade keje, mana taknya, buat keje umah tu biasa la. buat bahagian aku... kadang - kadang, tolong mak kat dapur. dan jika hari sekolah, rutin aku la kalo nak p hantar, p ambik anak sedara aku sekolah. yelah. dah dia dk kg ngan mak aku, jadi aku kena la libatkan diri dengan bantu mak aku dalam urusan anak sedara aku selagi mana aku ade d rumah. kesian mak, kalo semua mak kena buat. sedangkan aku??... (ps : ada tanda soal d situ).

anyway, macam yang semua tahu... bulan Mei lepas kita punya hari ibu., dan bulan nie pulak Jun, ade hari bapa... so, aku ade la bg sedikit penghargaan untuk parents aku. suprise kedua - dua mereka, aku bagi kek. mase hari ibu, aku komplot ngan kakak aku. dan untuk hari bapa, aku terpaksa buat sorang - sorang sebab kakak aku dah balik U dia. hahahaha. utk kedua - dua nya adalah last minute suprise. 

only u, Mak. Orang sayang Mak. sampai bila - bila...

 kek yang tak seberapa...

takdan nak edit. takpe la kan?. kekadang kena ade yang ori..

 abah ku nampak teruja belah kek bersama cucu nya..

lepas belah kek, kita makan kek pulak kan?.


hari - hari adalah hari untuk mak dan abah. sebab, pengorbanan mereka membesarkan aku dan adik beradik yang lain memang tak dapat kami balas. abah kerja keras mencari rezeki untuk kami. bekerja sebagai pemandu bas menuntut pengorbanan bila abah kena belajar korban kan waktu tidur nya d malam hari untuk ke Johor Bahru dan Singapura. sementara mak pulak, menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga kami.

dan, apalah salah nya jika aku memberikan sedikit kejutan buat menghargai mak dan abah aku yang Allah berikan ini. selama mana mereka ada, insya Allah, akan aku jaga mereka, akan aku lakukan apa yang mereka kehendaki selagi mana aku terdaya. walaubagai manapon, mereka tetap mak dan abah aku. yang membawa aku ke dunia dengan izin Allah SWT. terima kasih Ya Allah kerana memberikan mak dan abah yang baik kepada aku. aku bersyukur.

kadang - kadang, aku alpa jugak bila berjauhan dengan mak dan abah. sebab tu, aku sayang nak pergi merantau mencari pekerjaan dan sayang jika aku harus meninggalkan mak dan abah aku d kampung. jadi, buat masa sekarang...aku hanya duduk d rumah membantu kedua - dua mereka. dan membuat kerja seperti yang d suruh dengan izin Allah dan dengan kemampuan yang Allah kurniakan. terima kasih Ya Allah kerana kesempatan yang d berikan untuk aku membantu kedua mak dan abah ku tersayang.


kerana itu aku katakan... ''Hari - hari adalah hari ibu dan bapa....'' bagiku....




*note : Jibah sayang mak ngan 
abah sampai bila - bila.

June 07, 2012

Spontaneous Thursday : TMK 2012 - Pesta Wau Antarabangsa...

Assalamualaikum wbt...

semalam dah Wordless. hari nie jadi Spontaneous pulak. hehehe. okey. masih berkisah tentang Pesta Wau Antarabangsa kali ke - 30 yang berlangsung di Pantai Geting, Tumpat Kelantan... event nie diadakan sempena jugak dengan Tahun Melawat Kelantan tahun 2012. okey. ekceli, mase nie aku dan family sampai sini, semua nye macam tak seronok. sebab takde banyak wau yang dinaikkan atas faktor angin kurang cukup untuk menaikkan wau - wau besar atau lebih dikenali dengan wau gergasi. mana taknya, semua nya besar. wau - wau nie semua macam belon, tapi perlu kepada angin. bukan pakai gas. sebab tu ia dipanggil wau. dan dah alang - alang sampai, kita tengok sampai puas. masa aku ngan family sampai, kami pergi solat zuhur dekat masjid berhampiran dulu. solat di dahulukan dan barulah kerja lain menyusul. masa kami sampai, baru hampir jam 2 petang.

aku nak bagitau korang semua, memang tak rugi pergi. selain boleh lihat wau -  wau yang pelbagai. kita jugak boleh bukak minda kita dengan event - event macam nie. sebab penyertaan pesta wau nie memang antarabangsa, beb. ade dari Australia, dari Jepun, dari Brunei dan banyak lagi lah. aku sebenarnya bukan nak cakap apa, tapi aku bangga jadi orang Kelantan, sebab... hiburan yang di sediakan oleh pihak pengurusan negeri memang terbaik. boleh memberi pengetahuan luaran, seperti penganjuran pesta wau nie la. kan banyak wau yang kita tak sangka ade, sebenarnya wujud. macam tak percaya aku leh lihat semua nie depan mata. sekarang pon masih ade dua event yang aku belum sempat pegi. iaitu, pesta pantai dan ekspo pertanian. aku suka berjalan - jalan ke tempat yang ade event macam nie. sebab aku boleh lihat apa yang pihak penganjur nak tunjukkan dalam event tuh. dan aku suka snap gambar apa yang aku rasa menarik untuk di kongsikan di Facebook. dan di blog nie sendiri.

hehehe. okeylah. meh tengok gambar sambungan dari entry yang lepas.
hehehe. cantik kan?. ade yang panjang, ade yang besar, ade yang belum ke udara...

Octopus Kite sedang di naikkan ke udara. ohsem......

hehehehe. Panda Kite pon ade la. aku suka yang Piramid tu selain yang panjang....

cantik bukan?. 

Ball Kite...

anda lihat...anda rasa...

Piramid Kite tinggi ke udara. angin cukup. hehehehe.

Angry Bird Kite pon ade.... kaler biru.

 wau - wau - wau....

kanak -kanak bersama Ring Kite... cantik kan?

gambar banyak lagi. tapi... aku malas nak edit gambar. rasa nya, akan bersambung ke Speechless Friday lak. hehehe. harap semua sabar menunggu.. sabar ye semua. sabar tu kan separuh dari iman?. tahu kan?. okey lah. see u next entry. mahu solat dulu... babai... hope korang suka tgk gambar - gambar tu. terima kasih.




*note : Hari - hari ade Pesta. 



June 06, 2012

Wordless Wednesday : TMK 2012 - Pesta Wau Antarabangsa...

Assalamualaikum wbt....

mula - mula sampai...

 khemah urusetia... 

i guess this kite from India...

antara yang ada..

pari or ular?.

yeah... 

semakin banyak d udara.

betapa panjang nye wau itu...

thats we called, Ring Kite...




ps : sbb kan takleh cakap banyak, aku nak stop kat sini. sbb mata pon dah ngantuk. 





*note : see u on next entry.  ( Part II )



June 03, 2012

adakah itu normal?....

Assalamualaikum wbt...

seingat aku.. last aku fall in love sebetul - betul nya tahun 2010. bertarikh 1 June 2010. but...now, i think, i'm in love at the same date. tapi.... aku tak sure jugak sebenarnya. sebab aku tak berapa kenal dengan that guy. dia pon takdela say I LOVE U or what so ever. because of that... aku malas nak beban kan otak aku dengan perkara itu. but... dalam sehari ade lah msg ngan that guy.

bila fikir - fikir balik...aku macam taknak percaya yang that guy ade perasaan sayang dekat aku. sebab aku ngan that guy hanya lah kawan. dan aku tahu, dia pernah ade cople yang bagi aku...jauh lebih baik, lebih cantik dari aku. sebab tu aku malas nak bersungguh mengatakan perasaan aku. dan aku cuba avoid, aku taknak terlebih - lebih. sebab, bila jauh beribu batu macam nie... macam - macam jadi, tak mustahil benda yang dua tahun lepas terjadi.

but... aku sebenar nya, cuba hindar kan daripada meletakkan kesalahan pada that guy. sebab setiap orang berbeza perasaan. cuma, benda yang aku takut akan terjadi itu tak mustahil akan jadi kan?. so, lebih baik aku berhati - hati. even, aku jugak nak bahagia macam orang lain.. aku taknak letakkan harapan terlalu tinggi. sebab, that guy tak pernah bagitau sayang aku atau cinta aku. cuma.. that guy ade bagi hint. tapi... takkan aku nak bagitau hint tu?. hehehehe.

cara layanan that guy itu, seakan - akan memberi harapan pada aku. cuma, aku rasa...jika that guy ikhlas nak ade kan special relationship ngan aku... that guy harus lah bersabar dan menerima kelebihan dan kekurangan aku. dan, aku cuma harap that guy boleh lengkapi hidup aku. dan, lagi indah bagi aku jika that guy ingin kan aku sebagai suri hidup nya. atau lebih tepat, that guy inginkan aku sebagai kekasih halal nya. itu lebih afdal pada aku.

tapi...buat masa sekarang nie, mungkin that guy pon nak mengenali hati budi aku macam aku nk mengenali that guy. dan, bagi aku...jika ade keserasian dan jodoh. tak salah teruskan. dan jika sebalik nya, aku harus rela melepaskan that guy.

so...untuk ketahu cerita selanjut nya... kita tunggu dan lihat je la. buat masa sekarang, aku lebih selesa rahsia kan identiti that guy. itu lebih baik bagi aku.





(so... do u think, aku layak ??...)
 
*note : rahsia tetap rahsia.

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki