hye guys!. lama dah tak update. urm. kadang - kadang takde idea, kadang - kadang takde masa... itulah kekangan yang sentiasa melanda kita kan?. even, aku nie masih menganggur atas sebab - sebab tertentu, bukan bererti aku ada mase dengan semua nie 24 hours. aku pon ade keje, mana taknya, buat keje umah tu biasa la. buat bahagian aku... kadang - kadang, tolong mak kat dapur. dan jika hari sekolah, rutin aku la kalo nak p hantar, p ambik anak sedara aku sekolah. yelah. dah dia dk kg ngan mak aku, jadi aku kena la libatkan diri dengan bantu mak aku dalam urusan anak sedara aku selagi mana aku ade d rumah. kesian mak, kalo semua mak kena buat. sedangkan aku??... (ps : ada tanda soal d situ).
anyway, macam yang semua tahu... bulan Mei lepas kita punya hari ibu., dan bulan nie pulak Jun, ade hari bapa... so, aku ade la bg sedikit penghargaan untuk parents aku. suprise kedua - dua mereka, aku bagi kek. mase hari ibu, aku komplot ngan kakak aku. dan untuk hari bapa, aku terpaksa buat sorang - sorang sebab kakak aku dah balik U dia. hahahaha. utk kedua - dua nya adalah last minute suprise.
only u, Mak. Orang sayang Mak. sampai bila - bila...
kek yang tak seberapa...
takdan nak edit. takpe la kan?. kekadang kena ade yang ori..
abah ku nampak teruja belah kek bersama cucu nya..
lepas belah kek, kita makan kek pulak kan?.
abah ku nampak teruja belah kek bersama cucu nya..
lepas belah kek, kita makan kek pulak kan?.
hari - hari adalah hari untuk mak dan abah. sebab, pengorbanan mereka membesarkan aku dan adik beradik yang lain memang tak dapat kami balas. abah kerja keras mencari rezeki untuk kami. bekerja sebagai pemandu bas menuntut pengorbanan bila abah kena belajar korban kan waktu tidur nya d malam hari untuk ke Johor Bahru dan Singapura. sementara mak pulak, menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga kami.
dan, apalah salah nya jika aku memberikan sedikit kejutan buat menghargai mak dan abah aku yang Allah berikan ini. selama mana mereka ada, insya Allah, akan aku jaga mereka, akan aku lakukan apa yang mereka kehendaki selagi mana aku terdaya. walaubagai manapon, mereka tetap mak dan abah aku. yang membawa aku ke dunia dengan izin Allah SWT. terima kasih Ya Allah kerana memberikan mak dan abah yang baik kepada aku. aku bersyukur.
kadang - kadang, aku alpa jugak bila berjauhan dengan mak dan abah. sebab tu, aku sayang nak pergi merantau mencari pekerjaan dan sayang jika aku harus meninggalkan mak dan abah aku d kampung. jadi, buat masa sekarang...aku hanya duduk d rumah membantu kedua - dua mereka. dan membuat kerja seperti yang d suruh dengan izin Allah dan dengan kemampuan yang Allah kurniakan. terima kasih Ya Allah kerana kesempatan yang d berikan untuk aku membantu kedua mak dan abah ku tersayang.
kerana itu aku katakan... ''Hari - hari adalah hari ibu dan bapa....'' bagiku....
*note : Jibah sayang mak ngan
abah sampai bila - bila.
No comments:
Post a Comment