aku tak tau apa perasaan aku sekarang. aku cuma boleh cakap, aku terkejut dan tak percaya dengan apa yang aku lihat. aku masih sayang dia. tapi... rupa nya, dia dah sah menjadi suami orang. okey. even aku dan dia dah lama tak contact. aku masih mengharap dia kembali menjalin hubungan dengan aku. tapi... sudah lah!. sudah cukup.... aku tau, sekarang... aku tak boleh kacau dia. sekalipon!. setelah aku ucapkan selamat pengantin baru melalui sms, baru tadi... aku harap, aku dapat lupakan dia. dapat kuburkan dia dari ingatan aku. dan...aku berdoa semoga dia bahagia selalu.
masih aku ingat saat dia menyanyikan lagu cinta pada aku. saat dia memberi syair kepada aku. saat dia menangis kerana aku. saat semua nya yang aku lalui bersama dia. tapi... akhirnya, dia bukan milikku. its okey. aku yakin dan pasti... Allah telah merencanakan yang terbaik untuk aku. tapi... aku merasakan yang aku makin takut untuk mencintai. mungkin jugak rasa takut itu akan kekal sehingga aku betul - betul dapat lupakan dia. dan mungkin rasa takut itu akan hilang bila aku sedar bahawa tiada kepentingan nya untuk aku terus memikirkan dia.
dan aku tak rasa gambar itu berbohong. sebab, aku kenal sangat persis dia. aku kenal dia. aku tahu dia. aku cam dia. dan dengan keadaan menyarungkan cincin ke jari gadis itu. apa lagi?. dengan berpakaian pengantin, apa lagi?. aku yakin itu adalah upacara pembatalan air sembahyang atau pon wudhu'. dengan keadaan gadis itu memakai inai d jari runcing... apa itu belum cukup?. dengan dulang - dulang hantaran d atas katil. itu sudah cukup membuktikan bahawa dia sudah memegang title SUAMI.
even aku masih terkejut dan tak percaya. aku harus tanamkan dalam hati. semua harapan itu harus d hentikan. semua perasaan itu harus d buang. aku tahu itu sukar. tapi aku akan lakukan, aku boleh lakukan dan aku kena paksa diri aku untuk lakukan. melepaskan dia dan melupakan dia adalah yang terbaik yang harus aku lakukan. 3 keping fotonya, mungkin akan aku buang atau bakar...atau ape - ape saje.
mungkin Allah nak beri petunjuk pada aku untuk lupakan dia, kerana itu aku tergerak hati nak bukak tgk fb adik dia. terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku petunjuk ini bukan salah dia, dan ini bukan salah sesiapa., tapi inilah sebuah takdir yang terbaik untuk aku dan dia. dia akan jadi masa lampau aku. akan jadi sejarah dalam hidup aku. nevermind.... aku mungkin akan anggap dia kawan., tp kawan yang jauh. bukan lagi kawan baik seperti d poli dulu.
aku akui aku masih rindukan dia. aku akui dialah yang aku dambakan. aku akui...dia lah yang aku cinta teruk. tapi.... aku akui dan aku akur dengan takdir. Selamat Pengantin Baru sekali lagi buat dia.
*note : SELAMAT TINGGAL SAYANGKU.
No comments:
Post a Comment