Salam 3 Piala... yeah!!!... 1st of all, aku nak ucapkan Alhamdulillah. syukur kerana pasukan Kelate iaitu The Red Warriors telah menjadi juara bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 malam tadi. iaitu, pada 20hb102012. Pada perlawanan ini, Kelate layak ke final berdepan dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia atau ATM. perlawanan nya memang penuh kontroversi. mana tak nya, dengan pengadil yang seakan-akan 'bias' dan berat sebelah pada kami rakyat Kelate. pastu, pemain pula seakan-akan nak provok TRW agar pengadil mengenakan tindakan pada pemain Kelate. Namun, TRW tak goyoh. TRW mengikut 'rentak' yang ingin dimainkan oleh ATM.
Namun, semestinya kami rakyat Kelate merasa bersyukur dan berbangga kerana Misi Trebel iaitu Misi 3 Piala bagi musim ini telah tercapai. Kelate menang 3-2 ke atas ATM. dengan perlawanan berlanjutan hingga 30 minit. 100 minit lebih tu.. memang kesian semua pemain-pemain Kelate. kalau ATM tu takpelah, mereka kan semua nya Tentera. hik-hik-hik. sampai kan, Daudsu, Subramaniam dan beberapa lagi pemain Kelate injured. tapi, kami salute pada mereka kerana mereka berjuang habis - habisan untuk melengkapkan Misi 3 Piala itu...
walaupon banyak kontroversi tercetus... kami tak gentar. walaupon keputusan sengit bila gol berbalas gol. namun, Allah membantu kami. terima kasih Allah... dan sewaktu perlawanan akhir dalam merebut Piala Malaysia 2012 itu..kami iaitu Mahasiswa Kelate UMT, berpeluang mengadakan dan menonton Big Screen di bawah teflon berhampiran KKSAM. ini adalah acara julung - julung kalinya dicipta di UMT. oleh kami orang Kelate. (nampak tak betapa kami sentiasa menyokong pasukan kami?...) bagi kami rakyat Kelate. Berpantang Maut sebelum AJAL.bagi kami, sokongan tetap akan kami berikan. sehingga ke titisan akhir wisel. menang atau kalah, itu soal kedua.
acara Big Screen itu memang sangat meriah. kerana kami Mahasiswa Kelate UMT berhimpun di bawah satu bumbung untuk memberikan sokongan dan menonton TRW bermain. namun, tak kurang jugak penyokong ATM yang datang. its okey, nevermind... kita sekarang berada di UMT yang sama, bola tu bola la. berkawan tu tetap berkawan. itulah kami rakyat Kelate. tak kisah untuk berkawan dengan sesiapa jua. takde istilah anti dari kami., namun, ramai yang anti dengan kami hanya kerana kami rakyat Kelate?.
okeylah... aku taknak kata lebih - lebih... nanti ada yang kata entry aku nie bersifat kenegerian pulak. namun apa pon, sep kito jange pecoh!!...KELATE Gomo Sengoti semale. jom layan gambar sebelum, semasa dan selepas di UMT sewaktu perlawanan akhir berlangsung....
makan dulu sebelum menonton Big Screen....
menu aku malam tadi.... yeah!.
orang yang d pertanggungjawabkan untuk handle acara malam tadi...
dari satu sudut....
sudut lain pulak...
aksi spontan tatkala gol pertama di sumbat....o yeah!
four of us...
hehehehe. terlebih gembira..eksited bebenor..
hehehe. antara yang menggelikan hati malam tadi. dia d paksa untuk pegang 'arial' tv.
KELATE vs ATM
yak... eksited sungguh dia. sampai pegang mafla terbalik pon tak perasan.
yeyyyy!!!... reaksi sewaktu menunggu wisel akhir d bunyikan oleh pengadil yang 'bias'
kami menang...
wajah - wajah riang penyokong TRW wanita...
reaksi loncatan gembira bila perlawanan tamat...
yeaaaayyyy..... kito mene, kito mene.. (kita menang....)
KELATE vs ATM di game only. tidak putus persahabatan yang dibina. itu lah yang kita mahukan. bukan jadi anti macam sesetengah nya...
kami dan Abe Burn....
aksi kegembiraan aku dan kawan - kawan...
SEP KITO JANGE PECOH!!!...
spontan!
mereka dan cameraman malam tadi...sempoi!
THIS IS KOTA BHARU....
Matyo d pilih pemain terbaik Piala Malaysia 2012...jasamu d kenang Matyo...
hehehe. saat - saat yang d nantikan telah tiba...TAHNIAH!
seusai meng'uplod gambar - gambar nie. aku terlihat di page Mahasiswa Kelate UMT, abe Syahmi ada post sesuatu yang dibaca dari Twitter
*note : Rakyat KELATE d
mana - mana...
No comments:
Post a Comment