KLIK - KLIK

October 18, 2012

Survivol Laut dan Penghayatan Warisan...

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi....

juga salam Jumaat... penghulu segala hari. well, aku rasa ramai yang suka bila Jumaat tiba. sama macam aku. sebab dari kecik, sekolah, poli sampai la dok uni nie... semua nya aku bercuti d kala hari Jumaat tiba. pendek kata, aku akan start bersekolah pada hari Ahad sahaja... cantik kan susunan yang Allah tetapkan dalam hidup aku. well.... mungkin kerana ade yang Allah nak berikan pada aku. atau mungkin aku tak cukup kuat untuk bersekolah pada hari Isnin. hik-hik-hik....

okey. back to our mission (ups..mission la sangat). aku nak update tentang kepergian aku dan kawan - kawan seperjuangan yang menuntut d UMT yang mengikuti program Pemasaran dan Bio-M ke Pulau Bidong dalam misi mengutip 20% markah untuk subjek ko - kurikulum. dan program itu d beri nama, SURVIVOL LAUT DAN PENGHAYATAN WARISAN 2012.. untuk pengetahuan semua, rombongan kami adalah batch H bagi tahun 2012...well, bilangan budak Pemasaran memang ramai. tapi, aku dan kawan - kawan sangat enjoy okey....tak kira, Pemasaran atau Bio-M, time nie kitorang bersatu dan sentiasa bekerjasama... apa yang penting, KERJASAMA...

dan tiba la masa yang d tunggu - tunggu... pada 08hb 10 2012... tepat jam 7.30 pagi padahal masa taklimat kata 7.15 dah kena kumpul tapi, realiti nya, 7.30 tu tak tau apa - apa lagi... hehehehe. biasa la. bila dah melibatkan ramai, ada la yang lambat sikit.... tapi before bertolak, kami d kumpulkan sekali lagi dan d briefing sikit lagi tentang Pulau Bidong... dan, Bidong Island... HERE I COME(dalam hati)!!!... tapi takdelah kami nie berlari, kami naik bas ke jeti Merang... hik - hik - hik....

dan, buat pertama kali aku dan kawan - kawan, tapi especially nya aku la kan... time nie la, aku kenal dan belajar Water Confident, tahu apa itu Snorkeling, belajar macam mana nak Memancing pakai tali macam la sebelum nie penah memancing pakai pancing?. hak-hak-hak. dan time nie, aku tahu macam mana sebenarnya berKayak... seriusly, semua tu memang dilakukan dalam sehari. memang penat, Ya Rabbi tak yah cakap. tapi, aku tak tipu korang...aku sangat - sangat enjoy. sepanjang berada dalam Pulau Bidong iaitu Pulau Penyelidikan kepunyaan UMT tu, memang semua masalah aku campak tepi dan memang tak ingat apa - apa. sebab gembira bersama kawan - kawan dan fasi yang memang sporting habis.

sebelum memulakan semua aktiviti itu, aku dan kawan - kawan d kehendaki mencipta satu cheersong... aku dok UMT nie, baru aku tahu apa itu cheersong... mana tak nya, dari Minggu Jalinan Mesra (MJM) sampai la ke Pulau Bidong... banyak nak guna cheersong sebagai identiti pasukan. hik - hik - hik... tapi, memang terbaik lah... masa atas bas, semua dok kalut dengan gaya masing - masing. dan aku dengan gaya aku, menjadi mamarazzi... menangkap gambar yang menarik perhatian dalam senyap.

ops.... lupa nak cerita dekat korang. masa mula - mula dapat tahu semua pelajar tahun 1, takde yang terkecuali melainkan yang sakit dengan kebenaran doktor untuk skip ke Pulau Bidong. aku memang cuak habis. mana tak nya, bila d katakan, semua kena terjun dan berenang dari bot ke gigi air... aduh. jauh kot. memang CUAK lah... rasa macam, boleh tak kalo aku tarik diri daripada belajar kat UMT nie?... 

dan, hari berganti hari... sebulan berlalu. seminggu sebelum berangkat... kami semua, budak  eh student Pemasaran dan Bio-M, wajib ke medical check up d PKU. dan wajib hadir dengar taklimat... masa check up tu, dalam hati aku tak putus - putus doa... moga aku lulus untuk ke Pulau Bidong tu. sebab kawan aku cakap, program ke Pulau Bidong tu memang terbaik. lepas medical check up tu, baru lah boleh tahu aku dan kawan - kawan dapat kumpulan mana... dan jeng - jeng - jeng... bajet macam suprise sangat...wek!!.. LU SAPE?. gua SHARK beb.... tadaaa... aku, farah, faridah, halimatul, aqilah, kesya, iena, fatihah dan ramai lagi... yang kebanyakannya classmate aku dapat kumpulan JERUNG....yeah!!!...

sampai d jeti, aku dan kawan - kawan perlu naik satu bot yang d khaskan untuk JERUNG punye group, sama la macam group lain... PARI, UDANG dan KETAM pon ade bot khas untuk bawak group mereka ke Bidong Island. sampai d jeti Pulau Bidong... ada lagi taklimat tentang aktiviti yang akan d lalukan mengikut kumpulan dan mengikut garis waktu yang d tetapkan...

aktiviti kumpulan JERUNG :

  • Snorkeling 
  • Memancing 
  • Jejak Warisan ( jungle traking)
  • Kayak
itulah aktiviti kumpulan aku (JERUNG)...kalo kumpulan lain, aku tak tahu... tapi, sebelum kumpulan Jerung melakukan semua aktiviti tu, semua daripada kami, iaitu kumpulan Jerung, Pari, Udang dan Ketam.. aku dan kawan - kawan d bimbing oleh fasi masing - masing yang telah d tetapkan perlu melakukan Water Confident iaitu satu - satu nya acara yang paling ngeri .mana tak nya, aku dan kawan - kawan kena berjalan dari gigi air hingga ke dalam air sedalam lebih kurang 30 kaki dalam nye (aku banyak bergantung pada tali yang ada dalam air tu.. u see macam mana takut nya aku... ) untuk sampai ke bot UMT yang tersadai d situ untuk aksi Terjun iaitu Water Confident...bukan terjunam ye... sebelum aku dan kawan - kawan d lepaskan untuk bergerak dalam kumpulan namun dengan bebas nya... aku dan kawan - kawan d ajar cara untuk berenang dan untuk buat aksi kuak lentang atau sesuka hati gaya apa, asalkan sampai ke bot UMT... dalam kepergian kumpulan Jerung ke bot UMT... aku dan kawan - kawan d sajikan dengan persembahan tejunan oleh kumpulan - kumpulan lain... ada macam - macam gaya, yang menangis, yang gayat dan yang takut mati  pon ada. kalo pompuan its okey beb. tapi nie lelaki... apa lagi, aku dan kawan - kawan yang ada kat air tu, bagi la sokongan... last sekali, terjun jugak... hik - hik - hik...

dan, giliran aku terjun untuk aktiviti Water Confident... berdiri d koridor bot, hati berdegup macam kena kejar anjing.. tangan di silangkan ke bahu, 1 tangan pegang B.A (life jacket) dan 1 lagi pegang hidung... time nie, aku memang tak confident. macam nak nangis pon ada. tapi kalo aku nangis, tak macho la beb. dengan kalimah Bismillahir-rahmanir-rahim... langkah d buka, aku terjun. glupppp!!!... masuk air, beberapa saat, yeayyy...Alhamdulillah. dengan izin Allah. aku timbul d permukaan air. namun, tetap ada air masuk hidung dan mulut. sebab, aku tak pernah buat aktiviti tu.

rasa nya tak sah la kalo aku taip aje, so... untuk korang semua... aku hidang kan, eh dah macam nasik lak sediakan dan upload gambar - gambar yang sepatut nye menceritkan ke-eksited-an aku dan kawan - kawan sepanjang program ke Pulau Bidong berlangsung... nantikan, Survivol Laut dan Penghayatan Warisan part II.


lets check-it-daut!...


 yeah... bergambar dulu.

 aku pon nak gak beb...

 mix group, JePaKeDang...

 taklimat dulu... d kala menunggu waktu berlepas dan sign attendant

 hehehehe. fofular kejap si kesya kerana memanggil ku utk snap gambar dia.

 yeah... say peace

 adoi... bapak Jerung terkejut dengan kamera ke ape nieh?

 turun dari bas. sudah sampai jeti Merang la....(d blurkan sbb nti nampak no plat bas UMT)

 awek - awek Jerung... Jerung aum-aum-aum!

 moh le kita naik bot Jerung... we are Shark-Ians...

 pihak lawan... hahaha. x tau la group ape. Ketam kot...

 safety first... pakai B.A betul - betul dulu ya... Malang itu tidak berbau.

what are great 'susunan' Malay - Chinese - Indian - Malay...

 sebelum kemabukan... hehehe. senyum dulu... ambik gambar sepukol!...yeah!

 terjah ke bahagian depan bot pulak ye...agak ramai yang teruja.

 eee eh... Nurul 5 la.. x tau la group ape. tapi, laju je. yelah, nama pon SpeedBoat...

 hehehe. mamarazzi pon d tangkap gambar nya...

 senyum...tak perlu kata apa - apa....

 Lu sape?.... Lu sape?.... gua SHARK beb... he is the leader.

 bincang ape la... bagi bimbingan dekat co-pilot ape???...

 hehehe. Bio-M rasa gayat. heheh. nasib tak jatuh.

 kami ingin ke situ... meneroka pemberian Allah... terima kasih, Allah. 

 hehehehe. cak!!!!... Hebat, Super, Terbaik.....

 yeay... Alhamdulillah. sudah sampai Jeti Pulau Bidong...

 we are here... for Survivol Laut dan Penghayatan Warisan 2012..

 ini baru lawa.... baru ado umphhh!!!... air membiru, bukit menghijau... yeah!!!

JERUNG... bukak mulut... telan semua.... hiyaaaahhhh!!!...


hehehe. itu untuk bahagian ketibaan ke Pulau Bidong. belum lagi cerita kisah - kisah memancing lagi... sebab memancing je ada gambar. kalo 3 lagi aktiviti kumpulan... tak leh ambik gambar. sebab Canon aku bukan waterproof da... ambik setakat yang termampu je...

tapi...kalo aku dapat pergi lagi. aku nak snorkeling sampai puas. sebab snorkeling paling BEST...masa senorkeling, semua yang ada dalam dasar laut, kita leh tengok... ikan nemo la, ikan tu la, ikan ni la... terumbu - terumbu karang... its best ever and forever... 

okey la... aku chow dlu... 
tunggu la entry ke-II mengenai Pulau Bidong...
a.s.a.p aku akan update...

thank you for reading this... babai....




*note : nak g lagi boleh tak?

No comments:

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki