KLIK - KLIK

November 27, 2012

Wordless Wednesday : Sembuhkan Atuk...

Assalamualaikum wbt...


semoga Atuk cepat sembuh selepas operate... dan moga kembali sehat seperti sedia kala.

untuk MB Kelate, TGNA yang khabarnya masuk ICU kerana serangan jantung juga. moga beliau cepat sembuh dan dapat berjuang menegakkan agama. amin...

kami masih memerlukan khidmat TGNA. amin.... insya Allah, mereka akan sembuh dengan kehendak Allah... insya Allah. amin....

November 26, 2012

Corat - Coret Pesta Konvokesyen UMT ke-10

Assalamualaikum wbt...

Hari Pertama Konvokesyen... 

Hamboih... lepas salam terus cerita pasal hari konvo. gelojoh betul la aku nieh. Anyway, seperti semua maklum, Hari Pertama Konvokesyen berlangsung 24hb November... baru lah aku beraksi (beraksi la sangat...). Aku tak beraksi lagi sewaktu Gerai-gerai konvo d bukak. Al-maklumlah... takut melayang duit - duit yang ada dalam kocek. (aku kan boros orang nya...nanti semua benda yang ada aku beli..) hehehe. psss!!..takut nanti orang lain tak leh beli sbb kena kebas kat aku.. Kalo nak ikut jadual acara - acara ini berlangsung... ianya bermula dari 22hb November lagi... tapi, aku tak rasa kepentingan ke sana sebelum graduan menerima sijil... betul tak?. hehehe.

Di pendekkan cerita, dek kerana aku dan Asiah kenal sejak dari sekolah menengah teknik. Maka, aku terima pelawaan beliau untuk menangkap gambar - gambar hari Konvokesyen abang beliau. So, aku tolong beliau kerana beliau sahabat aku. It's okay... gambar abang beliau konvo d ambil waktu sebelah petang hari pertama konvokesyen ini berlangsung... Sekalung Tahniah buat abang beliau...


 kanan sekali itulah abang beliau (Asiah)...

 lepas shot gambar konvo, singgah gerai Cik Ct. d tgh antara lelaki itu...

 sebelah malam, g tgk persembahan budaya... ini bacaan sajak.

 lakonan... menjadi!. tersentuh aku waktu tu. nasib baik tak nangis je...
kalo nangis, tak macho la... hahaha.

 acara membida barangan yang d sponsor oleh peniaga - peniaga Pesta Konvokesyen. 
duit hasil jualan barangan itu, akan d salurkan pada Tabung Palestine.

 nazam dan gurindam...

 persembahan mereka lah yang aku tunggu - tunggu. biasalah, anak jati Kelantan, tak lepas dari meminati dikir...

 ya.... mereka juga pandai beraksi depan camera.
senyum lebar semua nya...

 special edit... hahaha. padahal cikai je bg orang lain. pss!!... gmbr nie jd b/ground dekstop aku kot...

last.... bergabung semua nya.

antara yang memeriahkan persembahan malam itu...


Last sekali, balik bilik dan ZZZZZ....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam Kedua Konvokesyen...

Malam kedua hari konvokesyen ke-10 UMT d teruskan dan d serikan dengan persembahan dari student UMT sendiri, dari kumpulan Nasyid Ilham UMT, dan penampilan khas lagi istimewa dari kumpulan Hijjaz... sape tak kenal kumpulan Hijjaz beb?. Aku nie haaaa... peminat no 1 kumpulan nasyid Hijjaz nie. sumpah!. dalam banyak - banyak kumpulan Nasyid... kumpulan Hijjaz la aku paling minat. sebab, lagu mereka best - best...

 pengacara majlis... yang perempuan itu, orang Kelantan. sama negeri wei... bangga jap.

 suara mereka bagus....

 hehehe. Hijjaz... Kanan, Faizal (kalo tak silap aku..) ... Tengah, Munif... Kiri, Ariffin...

Ilham UMT... nyanyian BEST!

 si baju biru... tukang sambung lagu bak kata Ariffin... tapi, percubaan berani selepas Yo.. 
aku kan penakut. kalo aku naik pentas, gerenti CD tu aku dapat.

 kebetulan yang tak d rancang... dan aku tak perasan pon. hahaha.

 peneman aku ke sana... ke kelas, mereka juga... d Politeknik juga... selain, Syu dan Farah...

 wah... matching dah ngan bendera Palestine. cuma, kalo pakai seluar Hijau lagi masuk. 
macam la ada seluar hijau kan?

 bersama Fitri... kenalan dari Politeknik. terbawa sampai ke UMT. 

ya... Palestine negara Islam yang harus MERDEKA dari kekejaman Israel Laknatullah...
Allahuakbar... Moga saudara - saudara d sana d lindungi Allah SWT...


part yang tak leh blah, bila nak ambik gambar depan banner nie, member cakap, bateri dah kosong... haduh!. sayang... sayang seribu kali sayang sangka ku kan ke mati... eh!. itu kan lagu Iklim... 

kalo panjang - panjang lagi... menjadi - jadi aku melalut dalam blog nie. (la.... nie kan blog aku, aku punya suka la... ) hehehe. gurau jerk. tapi... aku rasa, konvokesyen kat UMT nie meriah la... aku suka. dan aku rasa, aku makin sayang UMT. tapi, UMT je la. hahaha. 

terima kasih pada yang sudi masuk ke dalam gambar koleksi - koleksi aku. aku simpan buat pekasam. hahaha. takdela sampai buat pekasam, buat kenangan je. kenangan kan untuk d kenang. so, akan ku kenang dirimu semua... 





*note : 3 tahun lagi, aku lak Konvo. 
lambat lagi lah...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
THANKS FOR READING...


November 22, 2012

Cinta yang Sukar Bersatu....

Assalamualaikum wbt..

orang selalu kata, dari sahabat, menjadi cinta... benar. namun, bagi aku.... seakan sukar sedikit kerana, aku pernah menerima sahabat aku untuk menjadi cinta aku. ia memang menjadi. namun hanya untuk masa yang singkat. kesudahan nya, aku yang menangis, kecewa, merintih, meratap...

bila dia lebih rela memilih orang lain. aku d tinggalkan. aku d lupakan. setelah itu, kami bersahabat lagi. namun cukup sekadar seperti baru berkenalan dan bersahabat waima, telah lama kami bersahabat. tapi, nevermind... sebab dia punya hak untuk bersahabat. begitu juga dengan aku, walau aku tak pernah ade sahabat lelaki lain melainkan dia, aku cuba sedaya upaya aku untuk tidak mengganggu dia. kerana itulah janji aku pada wanita pilihan dia itu.

sekalipon kami bersahabat tidak seperti dulu. dia selau bercerita tentang pilihan dia. ya. tipulah kalo aku kata aku tak cemburu lihat cara dia mengasihi pilihan dia tu, namun...apa pilihan yang aku ada?. aku pinjam kan telinga untuk aku dengar masalah dia, mendengar cerita kebahagiaan dia..

sekarang dia mengatakan ingin bersama dengan aku. aku bukan tak mahu, namun aku rasakan itu adalah sesuatu yang SUKAR. kerana, aku sudah tekad dalam hati satu masa dulu untuk tidak punyai hubungan istimewa dengan dia melainkan hubungan persahabatan sahaja. sekalipon dia kata dia sanggup tunggu, entah mengapa, aku rasakan itu hanya lah janji-janji kosong dia. Pengalaman cinta yang pelbagai yang aku rasakan dulu mengajar aku untuk berhati-hati dalam menerima kata-kata cinta. bagi aku, cukup selepas cinta aku pada orang SP d kala aku menuntut diploma dulu menemui jalan buntu, aku serik untuk serius. aku taknak hati aku remuk redam lagi. setelah aku berputus asa berkerat rotan d kala 03.08.2010... pintu hati aku seolah tertutup untuk lelaki. bukan aku tak berusaha untuk terima yang lain, tapi...apa lah guna nya kalo yang lain pon hanya meninggalkan aku begitu sahaja setelah melihat aku d kala pertemuan pertama. dan, apakah semua itu tidak cukup lagi untuk d buktikan bahawa nobody loves me?. tapi, aku tidak sekali-kali  melawan fitrah manusia yang Allah anugerahkan pada setiap hamba-hamba-NYA. aku pon ade rasa nak mencintai dan d cintai, namun... belum masa nya. aku tahu, Allah dah sediakan seorang lelaki untuk aku sejak dari aku dalam kandungan Mak lagi. Itulah lelaki yang d tulis d Loh Mahfuz untuk membimbing aku ke jalan kebenaran, ke jalan yang d redhai Allah... insya Allah. aku mengharapkan seorang lelaki yang sentiasa mengingatkan aku tentang Allah, yang mengingatkan aku tentang kehidupan d dunia adalah sementara. dan aku mengharapkan seorang lelaki yang tidak mengabaikan soal agama dalam hidup. aku mengimpikan seorang lelaki yang meletakkan agama nombor 1 dalam hidup nya. amin...

aku tak ingin menangis lagi. cukuplah air mata yang tumpah ke bumi hanya kerana sesuatu yang tak pasti. selagi wanita pilihan dia tak melucutkan gelaran cople diorang dalam FB, selagi itu aku anggap mereka masih punya hubungan. aku tidak mahu lagi d labelkan sebagai perampas seperti yang pernah d labelkan pada aku suatu masa dahulu. dan, jika aku tahu kedudukan aku, mengapa aku patut mengundang sejarah itu untuk berulang lagi? 

alangkah indahnya jika aku mampu menjadi diri aku yang dahulu. yang tidak mengenali kepahitan bercinta, yang selalu tersenyum dan ketawa. aku sungguh rindu kan diri aku yang dulu.

boleh ke kalo aku berdoa : "Ya Allah, jika dia bukan jodoh ku, jauhkan lah dia dari pandangan ku... pulihkan lah hati ku. ".....

sebab aku rasa, tak seorang pon akan paham konflik dalam jiwa aku. sekalipon aku punya sahabat baik. namun, aku tak mahu bebankan mereka dengan masalah aku. sungguh!. aku malu.... malu sebab tak mampu handle perasaan sendiri. lalu... hanya pada blog ini lah aku curah rasa hati selain berdoa pada Allah...

dan sekali lagi aku tegaskan... aku rasakan, antara aku dan dia... merupakan satu kisah cinta yang sukar bersatu... hatta, sudah 14tahun kami bersahabat...

Maafkan aku. Kepercayaan ini belum cukup kuat untuk aku serahkan pada mu jika diri mu tidak berusaha meyakinkan aku untuk percaya pada cinta mu... walaupon kau pernah cakap, kerana kita dah kenal sejak dari zaman sekolah maka kau melamar aku untuk jadi kekasih mu... itu belum cukup kuat untuk aku terima. kerana kelukaan dulu sentiasa membayangi aku... sehingga sekarang.

 pernah terjadi begini antara kita....

doaku... 






*note : Jodoh itu rahsia Allah. 
nobody knows....

November 18, 2012

again....

Assalamualaikum wbt dan selamat petang...

macam biasa. bila dah habis cuti, kena la back to basic orang putih cakap. mana taknya, aku kan sudah bergelar pelajar balik. so, kena la balik ke tempat pengajian. terpikir gak, kalo lah aku dapat futher study dekat ngan kawasan rumah. rasanya, ulang - alik dah... tapi, sebab jauh. kata dekat pon, ada la 3 - 4 jam perjalanan beb.

kalo 3 tahun lepas. aku dah travel  (travel la sangat...) ke kulim sepanjang 3 tahun itu. lagi lama perjalanan nya. makan masa 5 - 6 jam gak r. kadang - kadang lebih daripada tu pn ade.

dalam pada tu, aku simpati dan merasa sedih dengan penderitaan yang d alami oleh penduduk d Palsetine. mana tak nye, Palestine sekali lagi d serang oleh Israel Laknatullah... dari jauh, aku hanya mampu doakan kesejahteraan rakyat Palestine dan moga tiada lagi yang terkorban gara - gara Israel Laknatullah yang jahat itu.

huhuhu....... marilah kita berdoa semoga Palestine bebas dari cengkaman Israel Laknatullah itu...


اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ

اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ


(اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي

اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ

اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Wahai Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami,
Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka
















*note : hanya doa yang mampu aku berikan.






November 12, 2012

kerana kau sahabat....

Assalamualaikum wbt...

hai semua. tgh buat ape?. hehehe. title macam gempak je.. okey. sebenar nye, aku berbesar hati nak kongsi cerita tentang seorang kawan.. yang lama ngan aku. dia special. even dia tidak lah seperti BFFTJ aku yang lain... tapi, dia memang special.

nak tau nape?. jom cek...

  • awal kenal mase sekolah rendah..
  • selalu gaduh before declare utk jadi kawan...
  • dia kawan lelaki aku yang satu - satu nya dalam ingatan aku sepanjang masa...
  • sentiasa meluahkan rasa masing - masing tanpa ada selindung... (masa sekolah dulu la...)
  • dalam banyak-banyak tahun persekolahan, aku banyak dapat sekelas dengan dia...
  • aku dengan dia selalu gaduh, baik....gaduh, baik... 
  • penah gaduh besar...namun, akhirnya rujuk balik (rujuk la sangat... rujuk bersahabat je la...)
  • d sebalik persahabatan aku dan dia, ade 1 peristiwa d mana...kami penah copel. namun, keserasian tu takde... so, be friend balik lah...

special kan?. sekarang, aku dan dia hanya kawan... tak lebih dari tu, even dia ada cakap dia ngan makwe dia ade krisis. aku taknak ambik kesempatan. sebab, aku taknak rosakkan persahabatan seperti yang penah aku lakukan beberapa tahun dulu... dan sekarang, aku dan dia masih menjalinkan persahabatan seperti dulu. walaupon, tak mungkin sempurna seperti dulu... aku tak harap kesempurnaan, cukuplah jika dia masih anggap aku kawan dan nak berkawan dengan aku. aku tak kisah perangai dia macam mana, sebab aku dah lama kenal dia. 

sebelum aku kawan ngan dia, aku selalu gaduh ngan dia. opssss!!!... tapi, bukan aku yang cari gaduh dulu. dia yang start dulu... mase tu, aku dan dia masih d bangku sekolah rendah. time tu, aku dan dia darjah dua... memang macam tak percaya. sebab, dia panggil aku KAPAS. ada ke patut?. jauh benar nama aku yang BAH dengan PAS tu... tapi, aku lupa gelaran apa yang aku bg dekat dia. sumpah aku lupa... hek-hek-hek. namun, ade gelaran special aku beri pada dia...

daripada, gelaran-gelaran... akhirnya, jadi kawan... sampai sekolah menengah. ada satu peristiwa, mase aku pindah ke sekolah teknik. aku tak bgtau dia. dia cari aku berhari - hari.... sampai lah, one day...member aku kata, Jibah dah pindah sekolah la.... then, dia marah aku giler-giler... sampai taknak kawan ngan aku. aku bukan sengaja pindah sekolah tak bgtau dia, mase tu aku de sebab lain... plus, nak rasa mcm mana perasaan bila pindah sekolah. 

tapi, gaduh tu tak lama... aku pujuk dia. pastu, dia terima untuk kawan ngan aku balik... sampai tingkatan 5... aku dengar ura-ura daripada member-member aku, yang dia ada makwe.... makwe dia tu pulak member aku, namun... musuh dia time sekolah tu.. start situ lah, bergolak nya hubungan aku, dia dan makwe dia...ceh, macam cinta segi tiga lak...

pejam celik, pejam celik.... (kerana masih panjang umo...)  dah lebih 22 tahun umo aku dan dia. dan maknanya, sudah hampir 14 tahun lebih aku kawan ngan dia. walaupon, ade ketikanya,...aku langsung tak tahu tentang berita dia kerana kekangan yang ada. namun, Alhamdulillah... Allah masih mengizinkan aku untuk terus berkawan dengan dia. sampai sekarang...... aku akui, sepanjang berkawan dengan dia... macam-macam dugaan yang ada. yang kami tempuhi... walaupon sampai satu tahap, aku rasa macam dah putus asa nak kawan ngan dia... sebab kekangan yang ada datang dari pelbagai sudut... namun, aku buat - buat biasa je. masih macam dulu. sampaikan aku ambik tindakan untuk sepikan diri dari dia, bukan nya apa...saja nak beri dia ruang untuk bernafas... ruang untuk dia lupakan kawan yang tak berguna macam aku... namun, pernah dia msg aku...guna no baru dia, aku memang x kenal dia. atlast, dia ngaku gak... then, aku save la no dia... kalo dulu, betul la aku akan ingat no dia. namun, dh makin tua nie...ingatan pon dah tak berapa kuat... hik-hik-hik... sedar diri pon kan?  

dulu, aku penah berkata pada diri aku sendiri... walau macam mana pon, aku rasa aku takkan putus sahabat ngan dia... namun, dalam rasa ketidakputusan itu, dugaan tetap mendatang... menguji kesetiaan aku dalam bersahabat. dan dia, walaupon dengan perangai gile-gile dia... tetap dia anggap aku kawan dia. u see...betapa special nya dia dalam hidup aku dan betapa dia anggap aku kawan dia...as a friend only...  dan sejujurnya, aku senang berkawan ngan dia... sebab, d sebalik gile-gile dia... dia masih punye waktu dan ruang untuk mendengar kan aku. walaupon kadang-kadang, idea dia tak boleh pakai dan kadang-kadang... hanya menyakitkan hati aku. dia tetap kawan aku... dan aku kalo boleh taknak lagi kehilangan dia sebagai kawan baik aku... 


Bro, boleh tak ko jadi BeFriendForeverTillJannah aku? 

namun, aku nak mintak maaf ngan ko. aku susun sepuluh jari sebab kadang-kadang, aku de terlanjur berkata-kata tentang ko.. maafkan aku ek?. 

because u are my friend...so i cares about u...


please, always remember this, Friend...



*note : terima kasih kerana
 menjadi sabahat aku...






November 09, 2012

rutin telah bermula....

Assalamualaikum wbt...

hai semua. tgh buat ape semua?. 10.11.12....itulah tarikh hari ini. cantik bukan?. erm... semalam aku pulang kampung untuk bercuti... selama seminggu. UMT buat cuti sem kitorg sekali ngan cuti sekolah. cuma bezanya, kami bercuti seminggu je. budak sekolah cuti 2 bulan. beza kan? d kala cuti sekolah bermula, maka bermulalah aktiviti rutin setiap kali cuti sekolah. iaitu, memenuhi undangan serta jemputan majlis perkahwinan... yelah. time cuti sekolah nie...ramai yang nak dirikan masjid. sebab utama tunggu cuti sekolah, tentulah sebab nak kumpulkan sanak sedare. ye tak?.  kalo time x cuti, susah la nak kumpul...

awak... kita nak pelamin yang simple - simple macam nie je. boleh?. hik3


cantik kan? warna memang menyerlah. menaikkan suasana. ewah!. aku lak, hanye mampu berangan je la...



ada x cadangan aktivtiti ape yg boleh aku buat d kala cuti nie?. boring kot.... aku ingat nak buat aktiviti kait - mengait. tp tgk la dulu... huhuhuhu....




HAPPY HOLIDAY TO UMTians...





*note : kebosanan...


November 05, 2012

10 Golongan Yang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T


Assalamualaikum wbt....

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”



*note : marilah kita baiki diri kita...
supaya ibadah kita d terima...


November 01, 2012

wats going on now....

Assalamualaikum wbt...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

no words available...just want to say...








*note : sem nie x banyak paper.
sem depan blm tahu lagi..

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki