KLIK - KLIK

November 22, 2012

Cinta yang Sukar Bersatu....

Assalamualaikum wbt..

orang selalu kata, dari sahabat, menjadi cinta... benar. namun, bagi aku.... seakan sukar sedikit kerana, aku pernah menerima sahabat aku untuk menjadi cinta aku. ia memang menjadi. namun hanya untuk masa yang singkat. kesudahan nya, aku yang menangis, kecewa, merintih, meratap...

bila dia lebih rela memilih orang lain. aku d tinggalkan. aku d lupakan. setelah itu, kami bersahabat lagi. namun cukup sekadar seperti baru berkenalan dan bersahabat waima, telah lama kami bersahabat. tapi, nevermind... sebab dia punya hak untuk bersahabat. begitu juga dengan aku, walau aku tak pernah ade sahabat lelaki lain melainkan dia, aku cuba sedaya upaya aku untuk tidak mengganggu dia. kerana itulah janji aku pada wanita pilihan dia itu.

sekalipon kami bersahabat tidak seperti dulu. dia selau bercerita tentang pilihan dia. ya. tipulah kalo aku kata aku tak cemburu lihat cara dia mengasihi pilihan dia tu, namun...apa pilihan yang aku ada?. aku pinjam kan telinga untuk aku dengar masalah dia, mendengar cerita kebahagiaan dia..

sekarang dia mengatakan ingin bersama dengan aku. aku bukan tak mahu, namun aku rasakan itu adalah sesuatu yang SUKAR. kerana, aku sudah tekad dalam hati satu masa dulu untuk tidak punyai hubungan istimewa dengan dia melainkan hubungan persahabatan sahaja. sekalipon dia kata dia sanggup tunggu, entah mengapa, aku rasakan itu hanya lah janji-janji kosong dia. Pengalaman cinta yang pelbagai yang aku rasakan dulu mengajar aku untuk berhati-hati dalam menerima kata-kata cinta. bagi aku, cukup selepas cinta aku pada orang SP d kala aku menuntut diploma dulu menemui jalan buntu, aku serik untuk serius. aku taknak hati aku remuk redam lagi. setelah aku berputus asa berkerat rotan d kala 03.08.2010... pintu hati aku seolah tertutup untuk lelaki. bukan aku tak berusaha untuk terima yang lain, tapi...apa lah guna nya kalo yang lain pon hanya meninggalkan aku begitu sahaja setelah melihat aku d kala pertemuan pertama. dan, apakah semua itu tidak cukup lagi untuk d buktikan bahawa nobody loves me?. tapi, aku tidak sekali-kali  melawan fitrah manusia yang Allah anugerahkan pada setiap hamba-hamba-NYA. aku pon ade rasa nak mencintai dan d cintai, namun... belum masa nya. aku tahu, Allah dah sediakan seorang lelaki untuk aku sejak dari aku dalam kandungan Mak lagi. Itulah lelaki yang d tulis d Loh Mahfuz untuk membimbing aku ke jalan kebenaran, ke jalan yang d redhai Allah... insya Allah. aku mengharapkan seorang lelaki yang sentiasa mengingatkan aku tentang Allah, yang mengingatkan aku tentang kehidupan d dunia adalah sementara. dan aku mengharapkan seorang lelaki yang tidak mengabaikan soal agama dalam hidup. aku mengimpikan seorang lelaki yang meletakkan agama nombor 1 dalam hidup nya. amin...

aku tak ingin menangis lagi. cukuplah air mata yang tumpah ke bumi hanya kerana sesuatu yang tak pasti. selagi wanita pilihan dia tak melucutkan gelaran cople diorang dalam FB, selagi itu aku anggap mereka masih punya hubungan. aku tidak mahu lagi d labelkan sebagai perampas seperti yang pernah d labelkan pada aku suatu masa dahulu. dan, jika aku tahu kedudukan aku, mengapa aku patut mengundang sejarah itu untuk berulang lagi? 

alangkah indahnya jika aku mampu menjadi diri aku yang dahulu. yang tidak mengenali kepahitan bercinta, yang selalu tersenyum dan ketawa. aku sungguh rindu kan diri aku yang dulu.

boleh ke kalo aku berdoa : "Ya Allah, jika dia bukan jodoh ku, jauhkan lah dia dari pandangan ku... pulihkan lah hati ku. ".....

sebab aku rasa, tak seorang pon akan paham konflik dalam jiwa aku. sekalipon aku punya sahabat baik. namun, aku tak mahu bebankan mereka dengan masalah aku. sungguh!. aku malu.... malu sebab tak mampu handle perasaan sendiri. lalu... hanya pada blog ini lah aku curah rasa hati selain berdoa pada Allah...

dan sekali lagi aku tegaskan... aku rasakan, antara aku dan dia... merupakan satu kisah cinta yang sukar bersatu... hatta, sudah 14tahun kami bersahabat...

Maafkan aku. Kepercayaan ini belum cukup kuat untuk aku serahkan pada mu jika diri mu tidak berusaha meyakinkan aku untuk percaya pada cinta mu... walaupon kau pernah cakap, kerana kita dah kenal sejak dari zaman sekolah maka kau melamar aku untuk jadi kekasih mu... itu belum cukup kuat untuk aku terima. kerana kelukaan dulu sentiasa membayangi aku... sehingga sekarang.

 pernah terjadi begini antara kita....

doaku... 






*note : Jodoh itu rahsia Allah. 
nobody knows....

2 comments:

Lalalatif said...

sabar dear...
sy paham perasaan awk...
sbb sy pun pernah rasa...
serahkan segalanya pada Allah...
masa akan tentukan...
kuat ok...:-)

cik najibah said...

thanks sis @lala latif...
saya akan kuat....

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki