KLIK - KLIK

November 26, 2012

Corat - Coret Pesta Konvokesyen UMT ke-10

Assalamualaikum wbt...

Hari Pertama Konvokesyen... 

Hamboih... lepas salam terus cerita pasal hari konvo. gelojoh betul la aku nieh. Anyway, seperti semua maklum, Hari Pertama Konvokesyen berlangsung 24hb November... baru lah aku beraksi (beraksi la sangat...). Aku tak beraksi lagi sewaktu Gerai-gerai konvo d bukak. Al-maklumlah... takut melayang duit - duit yang ada dalam kocek. (aku kan boros orang nya...nanti semua benda yang ada aku beli..) hehehe. psss!!..takut nanti orang lain tak leh beli sbb kena kebas kat aku.. Kalo nak ikut jadual acara - acara ini berlangsung... ianya bermula dari 22hb November lagi... tapi, aku tak rasa kepentingan ke sana sebelum graduan menerima sijil... betul tak?. hehehe.

Di pendekkan cerita, dek kerana aku dan Asiah kenal sejak dari sekolah menengah teknik. Maka, aku terima pelawaan beliau untuk menangkap gambar - gambar hari Konvokesyen abang beliau. So, aku tolong beliau kerana beliau sahabat aku. It's okay... gambar abang beliau konvo d ambil waktu sebelah petang hari pertama konvokesyen ini berlangsung... Sekalung Tahniah buat abang beliau...


 kanan sekali itulah abang beliau (Asiah)...

 lepas shot gambar konvo, singgah gerai Cik Ct. d tgh antara lelaki itu...

 sebelah malam, g tgk persembahan budaya... ini bacaan sajak.

 lakonan... menjadi!. tersentuh aku waktu tu. nasib baik tak nangis je...
kalo nangis, tak macho la... hahaha.

 acara membida barangan yang d sponsor oleh peniaga - peniaga Pesta Konvokesyen. 
duit hasil jualan barangan itu, akan d salurkan pada Tabung Palestine.

 nazam dan gurindam...

 persembahan mereka lah yang aku tunggu - tunggu. biasalah, anak jati Kelantan, tak lepas dari meminati dikir...

 ya.... mereka juga pandai beraksi depan camera.
senyum lebar semua nya...

 special edit... hahaha. padahal cikai je bg orang lain. pss!!... gmbr nie jd b/ground dekstop aku kot...

last.... bergabung semua nya.

antara yang memeriahkan persembahan malam itu...


Last sekali, balik bilik dan ZZZZZ....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam Kedua Konvokesyen...

Malam kedua hari konvokesyen ke-10 UMT d teruskan dan d serikan dengan persembahan dari student UMT sendiri, dari kumpulan Nasyid Ilham UMT, dan penampilan khas lagi istimewa dari kumpulan Hijjaz... sape tak kenal kumpulan Hijjaz beb?. Aku nie haaaa... peminat no 1 kumpulan nasyid Hijjaz nie. sumpah!. dalam banyak - banyak kumpulan Nasyid... kumpulan Hijjaz la aku paling minat. sebab, lagu mereka best - best...

 pengacara majlis... yang perempuan itu, orang Kelantan. sama negeri wei... bangga jap.

 suara mereka bagus....

 hehehe. Hijjaz... Kanan, Faizal (kalo tak silap aku..) ... Tengah, Munif... Kiri, Ariffin...

Ilham UMT... nyanyian BEST!

 si baju biru... tukang sambung lagu bak kata Ariffin... tapi, percubaan berani selepas Yo.. 
aku kan penakut. kalo aku naik pentas, gerenti CD tu aku dapat.

 kebetulan yang tak d rancang... dan aku tak perasan pon. hahaha.

 peneman aku ke sana... ke kelas, mereka juga... d Politeknik juga... selain, Syu dan Farah...

 wah... matching dah ngan bendera Palestine. cuma, kalo pakai seluar Hijau lagi masuk. 
macam la ada seluar hijau kan?

 bersama Fitri... kenalan dari Politeknik. terbawa sampai ke UMT. 

ya... Palestine negara Islam yang harus MERDEKA dari kekejaman Israel Laknatullah...
Allahuakbar... Moga saudara - saudara d sana d lindungi Allah SWT...


part yang tak leh blah, bila nak ambik gambar depan banner nie, member cakap, bateri dah kosong... haduh!. sayang... sayang seribu kali sayang sangka ku kan ke mati... eh!. itu kan lagu Iklim... 

kalo panjang - panjang lagi... menjadi - jadi aku melalut dalam blog nie. (la.... nie kan blog aku, aku punya suka la... ) hehehe. gurau jerk. tapi... aku rasa, konvokesyen kat UMT nie meriah la... aku suka. dan aku rasa, aku makin sayang UMT. tapi, UMT je la. hahaha. 

terima kasih pada yang sudi masuk ke dalam gambar koleksi - koleksi aku. aku simpan buat pekasam. hahaha. takdela sampai buat pekasam, buat kenangan je. kenangan kan untuk d kenang. so, akan ku kenang dirimu semua... 





*note : 3 tahun lagi, aku lak Konvo. 
lambat lagi lah...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
THANKS FOR READING...


No comments:

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki