Selamat Pagi sayang-sayang ku... eh. kawan-kawan ku.... terima kasih kerana masih sudi menjenguk blog usang ini. fuh!. bytheway, aku sekrang tersangat lah busy. dengan study nya, dengan business nya, dengan hobi nya... aisssh!. tapi, yang lebih parah nie.... aku sekarang dalam fasa Peperangan. Perang ngan buku, kertas, pen, pensil dan sebagai nya lah... maklum lah, sekarang dah Minggu FINAL EXAM. wow!. cantik menarik tertarik kau memang da boom lah.... study tak abis ag. ngulo je banyak nya.
hadoi... terlalu banyak hal yang terjadi sepanjang aku mendiamkan diri.... antara nya ialah : - )
- beralih ke rumah asal ....
- dk p mai-p mai je dri KT ke KB....
- study kuat (wakakakak)
- maju setapak dgn DSLR....
- tinggalkan semua hal yang berkaitan dengan hati dan perasaan. yang tinggal, hanyalah kenangan. cewah!
- belajar utk tabah dengan semua dugaan.... yes! i can...
cerita terbaru aku sekarang, aku tengah dk pulun nak abis sem tiga. (pulun lah sangat kan) hehehehehe. lepas abis final exam, boleh la cuti. sebulan je.... kalo boleh nak cuti panjang sikit. bukan nya apa, nanti tak puas aku nak dk umah. bawah ketiak mak. hehehehe.
erm. tak ketinggalan dengan segala berita-berita sedih yang aku terima apabila ada beberapa orang sahabatku kehilangan insan tersayang dlm keluarga yang merupakan ayah mereka. sabar ye sahabat-sahabatku. Al-Fatihah untuk arwah ayah mereka. hurmmm... dan salah satu yang cukup terkesan d hati ini ialah Fenomena Almarhum Ahmad Ammar bin Ahmad Azzam... yang berusia 20tahun. Nama Allayarham menjadi sebutan ramai kerana keluhuran, keikhlasan dan segala yang baik mengenai beliau yang beliau tinggalkan sepanjang hayat beliau. aku juga turut tercuit hati untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau apabila kali pertama membaca kisah nya yang menjadi sebutan ramai. paling tersentuh apabila melihat video jenazah Allayarham yang menjadi rebutan rakyat Turki untuk usung bersama-sama sehingga ke liang lahad. beliau beruntung kerana, beliau mendapat gelaran syahid berikutan tanda-tanda yang jelas kelihatan pada jenazah beliau dan beliau d muliakan oleh Kerajaan Turki yang telah membenarkan untuk di semadikan d tanah perkuburan yang turut menempatkan sahabat-sahabat Nabi SAW. namun, sesungguh nya, beliau layak untuk dimuliakan sebegitu kerana keindahan akhlaknya.
dan, sepanjang penghijrahan aku dalam menutup aurat, aku berusaha sedaya upaya untuk melindungi setiap inci tubuh ku daripada terlihat dan syukur, Alhamdulillah.... Allah mempermudahkan segala nya. Terima kasih Allah....
meh tatap gambar dlu...
That's me!....
Husna Wedd
Family with THR.gegar Crew
eat "celup tepung"....
Outing with K'Fomia at Old Museum...
hehehehehe. kan....
okey lah. kena stop dlu kat sini. sebab nak sambung study. dah lama ngulo nieh. aish....
pst : follow me at instagram CIKSLIPPER...
*note : Samsung Y mogok ngan tuan dia.
No comments:
Post a Comment