sekrang nie musim Final Exam. Orang dok kalut study, aku masih nak update blog. Huk-huk-huk... nak wat entry je. rehat jap je nie. orang panggil take five. hahaha. *padahal lebih daripada five kalo aku take.,
erm. actually, d hari Jumaat 10 Jan nie, aku masih berbaki dua paper. iaitu paper Pengurusan Kewangan dengan Sales Force... dua-dua paper nie akan aku ambik 12hb dan 14hb... tapi, yang masalahnya, aku dah tak sabar tunggu 15hb.... sebab nak balik. fuh!
kenapa tak sabar nak balik?. sebab dah bosan dk teganu nie. hik-hik-hik.... bosan sebab takde kawan rapat. takde kawan yang boleh study dalam bilik sesame. yang boleh borak-borak time study. yang ada cume radio... hurm!. bukan lah tak ada langsung. ada, dan aku hargai mereka yang sudi study dengan aku. btw, terima kasih kawan-kawan.... mintak halal ilmu yang korang curahkan pada aku ye....
lagi satu, hati nie dah tak tertahan nak bercuti... balik kampung. dk ngan mak, abah, kakak, anak sedara dan adik pon ada. hik-hik-hik..... time bercuti tu memang lah syok sbb takde wat keje pape. melainkan melangut je kat umah. tp takpe, boleh tgk tv, boleh main intenet sampai lebam. hahahaha. kalo bosan lagi, boleh la g jenjalan ke bandar ngan family. kat kampung pon ada family je. kawan-kawan sumer dah keje. mana nak ada masa ngan aku. sobs3!.
urm... nak story sikit lah. sebenar nya, aku bersyukur.... bersyukur sebab Allah masih beri peluang, ruang dan kesempatan untuk aku bernafas d bumi Nya yang sangat Indah. kerana, tiap hari... aku mampu melihat, keindahan ciptaan Nya. Alhamdulillah atas kurniaan Nya. Nikmat dari Allah memang tak mampu aku hitung kerana terlalu banyak....sungguh!.
hari Khamis minggu lepas, aku terasa sesuatu. sesuatu yang sangat asing pada aku. hal nie jadi malam Jumaat tuh... aku sebenarnya tak tahu apa-apa. yang aku tahu, malam tu.... aku sungguh rasa berdebar. debaran itu terlalu kuat. ianya, bermula bila aku dengar Kasih Sayang Nabi s.a.w. terhadap umat baginda. bila dengar kisah itu, aku menangis.... sangat-sangat menangis malam tu. bertambah kuat apabila penceramah itu menyebut tentang Kasih Sayang Allah pada hamba-hamba Nya. dan, aku terus menangis. sambil tu, dada aku sangat berdebar. sungguh aku tak tahu kenapa. sampai terpikir, apakah sebentar lagi aku akan mati? sampaikan malam tu aku takleh nak fokus study. terus mati mood sebab perasaan tersentuh itu. terpikir, adakah sudah cukup Aku Cintai Nabi s.a.w? Layakkah aku mendapat syafaat baginda? Layakkah aku berada d syurga Allah?. sungguh aku takut. takut andai aku terlepas peluang untuk tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat baginda. takut andai aku akan d campak ke dalam neraka jahannam. wanauzubillahiminzalik....
perasaan itu sungguh mendalam. 2-3 hari jugak aku berkeadaan macam tu. bermuhasabah diri. sampai kan terkesan pada mata sahabatku bila keluar makan.... ketara sekali mungkin kelakuan aku itu. tapi, aku tak berdaya. sebab debaran itu memang terasa. tiap kali menjelma nya malam.... debaran memang merusuh dalam dada. sampai satu hari, aku ingin bercerita dengan mak aku yang tersayang. aku ceritakan dari A-Z.... yang mampu aku cerita je lah. kalo ikutkan, aku taknak mak aku risau, tapi....aku dah tak tau nak luahkan pada siapa. Alhamdulillah. setelah meluahkan pada mak, aku tenang sikit. Mak desak suh g cek doktor....
urm.... then, aku berjanji nak ke doktor. huhuhuhu. tapi, mau nya makan masa dua hari jugak aku nak g jumpa doktor. cuak kot. kot-kot ada masalah darah tinggi ke apa ke. dan, Alhamdulillah sekali lagi. doktor kata awak sehat. cuma asid dalam perut berlebihan. sbb tu awak rasa berdebar. hurm.... doktor bg garis masa untuk makan yang teratur untuk aku kurangkan asid dalam perut.
dan, lagi sekali.... syukur Alhamdulillah. aku semakin sehat. walaupon aku melalui detik-detik itu. aku tahu, itu pasti peringatan daripada Allah agar aku tidak terlalu leka dengan dunia. in shaa Allah. aku akan ingat sentiasa peristiwa yang telah aku lalui. dan, Aku berterima kasih kerana Allah memilih aku untuk melalui semua itu. sebagai peringatan bahawa, Setiap Manusia, memang PASTI SEPASTI PASTI nya akan mati... akan kembali kapada Nya.
beryukur juga kerana Allah mengirimkan orang-orang yang baik dan prihatin d sekeliling aku. walaupon, aku tak punya teman istimewa yang ambil berat tentang aku.... aku cukup bersyukur kerana aku punya keluarga yang sememangnya akan bersama aku sampai bila-bila. ada sahabat-sahabat..... terima kasih semua. aku sayang kalian. kalian terbaik untuk aku. jasa kalian tak mampu aku balas. yang aku mampu hanya lah mendoakan kalian agar sentiasa dalam lindungan Nya....
okey. yang selebihnya, biarlah aku simpan sebagai rahsia aku dan DIA. tak semua nya kita mampu berkongsi. sebab, aku tahu.... hanya Allah tempat aku bergantung dan berdoa.
gambar nie dah lama. saje nak buh....
Alhamdulillah. kalo nak hitung Nikmat Allah yang d berikan pada aku., memang tak terhitung. dari kecik sampai lah ke sekarang., terlalu banyak, terlalu melimpah... cuma aku je yang terleka. terlena. lalai dengan kehidupan dunia yang penuh tipu daya, penuh pancaroba....
hurm. chow dlu lah. dah taktau nak taip apa dah. hik-hik-hik....
*note : saya sayang Allah. :)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
THANK YOU FOR READING
No comments:
Post a Comment