Assalamualaikum wbt...
SETELAH agak lama menyepi. cooup!. bukan setelah agak. tapi memang lama...
setelah lama menyepi. kini aku kembali. kembali menconteng blog. dengan cerita-cerita semasa. student life nie memang agak mencabar. bila makin naik sem. naik tahun. makin sibuk. makin banyak benda nak kne fikir. padahal tak sangat pon.
pejam celik, pejam celik. sekarang dah sem 5. tahun 3. yakni...tahun akhir. atau FINAL YEAR. tahun akhir nie berganda la busy nye. sebab aku ambik PITA. Iaitu, Projek Ilmiah Tahun Akhir. awal-awal sem ari tu. masa baru je datang sini. aku rasa tak confident dan hampir-hampir beralih pada elektif. tapi... bila kawan-kawan tak henti beri sokongan. plus dengan niat aku bila beli yang baru...sebab PITA. kena la aku teruskan.
Alhamdulillah. lepas jumpa supervisor. hati makin terbuka kembali untuk teruskan niat buat PITA. huhuhu. walaupon orang lain dah buat banyak dan aku masih teraba-raba. syukur. bila lecturer masih bagi peluang untuk aku tunjukkan hasil kerja aku. harap-harap okey la bila d tunjuk pada lecturer.
------------> sedikit kisah d waktu cuti.
dalam cuti ari tu. Alhamdulillah. sempat khatam Quran lagi sekali. jujur aku rasa walaupon dah banyak kali khatam. aku perlu jugak baca umah guru mengaji aku. sebab aku selesa ada orang dan menegur bacaan aku. lagipon...baca Quran kan perlu ada guru. dan Alhamdulillah. guru mengaji aku masih ada sampai sekarang. semoga guru ku sentiasa dalam rahmat Nya dan semoga panjang umur beliau. Amin....
------------>
bila d Final Year nie. rasa cam membuak-buak perasaan untuk bersemangat belajar dan berusaha. bukan nya apa. mungkin sebab masa yang ada untuk bergelar seorang student sudah semakin menuju ke pengakhirannya.
ye! memang tak dinafikan. banyak cabaran sepanjang berada d sini. macam-macam pengalaman yang dilalui. semua tu mengajar aku untuk lebih dewasa dan lebih berfikiran terbuka. makin lama, aku makin menerima kenyataan dan takdir hidup. aku semakin akur, tak semua yang kita nak kita akan dapat dan miliki. kerana tak semua yang kita nak tu baik untuk kita. tak kisah dari sudut apa pon, baik dari sudut kehidupan seorang pelajar, mahupon sebagai seorang kawan. atau apa jua... hidup memang harus d teruskan.
walaupon... banyak yang menekan, aku perlu atur strategi. in shaa Allah berjaya.
sebenarnya aku pon dah tak tahu apa yang aku ceritakan. sebab banyak sangat adunan cerita. hahaha. ini semua poyo!
kbai!
*note : perjalanan hidup masih jauh, boh.
No comments:
Post a Comment