KLIK - KLIK

April 11, 2014

Bila Hidayah Allah datang menyapa.....



BENAR!. Hidayah itu milik NYA, milik Allah swt. Alhamdulillah.... syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi rasa itu. kerana menghadirkan perasaan malu, perasaan untuk aku melindungi apa yang aku patut lindungi. 

Memang aku dulu Jahil. Jahil bila hanyut dengan dunia. hanyut dengan Feshen yang ntah apa-apa. yang semakin moden. pernah juga aku terleka. terlalu inginkan sanjungan manusia. terlalu terikut-ikut dengan budaya artis yang bertudung tapi tak melindungi aurat. 

Kalau nak di ikutkan.... aku mula mengenakan tudung sepenuhnya hatta berada d kawasan rumah ialah sewaktu aku d bangku sekolah. aku tak pasti umur berapa. tapi waktu tu sekadar tutup rambut. Ntah macam mana.... semakin umur meningkat, semakin aku menyedari apa yang harus aku lindungi. Bukan menuntut pujian dari manusia. tapi kerana menuntut redha dan kasih sayang Allah. 

                           
2-3 hari nie...rasa seronok pakai tudung labuh. Alhamdulillah.

kerana apa aku kata bukan kerana manusia. sbb bukan mudah untuk aku ambil keputusan untuk mengenakan tudung labuh. bukan dalam waktu sedetik cuma perasaan itu menyapa. Tapi, rasa nya aku harus bersyukur pada Allah kerana dengan adanya aku belajar d Terengganu... aku mula merasa malu. malu dengan diri sendiri. malu dengan Allah. Malu dengan rakan-rakan kerana imej penampilan aku yang tak sesuai sebagai seorang wanita Islam. 

D Terengganu, lebih spesifik d tempat pengajian aku....Aku mengenali ramai rakan-rakan yang baik. tak kira dari segi percakapan, pergaulan mahupun pemakaian. Alhamdulillah. Persekitaran itu telah mendorong aku untuk berubah secara perlahan-lahan. Jika mula-mula d sana, aku masih dengan imej lama aku. memakai ala kadar. cukup menutup apa yang perlu tanpa mengikut panduan pemakaian yang dituntu oleh syariah. 

Harus aku akui.... Semenjak aku menyertai Usrah sewaktu semester 1.... lebih tepat, tahun pertama iaitu sewaktu menetap d kolej.... aku terdedah dengan rakan-rakan yang baik budi pekerti selain dalam ilmu agamanya berbanding aku yang sedikit cuma ilmu agama. bila g Usrah... berada dalam kalangan rakan-rakan yang pakai baju labuh, baju kurung, tudung labuh, sarung kaki, handsock..... aku tiba-tiba jadi malu. Malu sebab masih mendedahkan aurat. 

Dari situ....perlahan-lahan aku mengenakan handsock dan sarung kaki.... serta melabuhkan tudung, I mean, kalo pakai tudung bawal..takde dah nak semat-semat kat bahu. just simple d pin ke depan je. tapi kadang-kadang, ada gak semat kat bahu. tapi lindung aurat. 

Alhamdulillah sekali lagi.... Allah bagi kekuatan untuk aku bertahan. Sampai sekarang aku masih pakai handsock dan sarung kaki. Pernah juga aku rasa cam nak pakai tudung labuh. tapi sekadar rasa je la time tu, sebab bimbang tak berkekalan. Maklumlah, Iman aku ini masih senipis kulit bawang. Mudah berubah-ubah. Takut jugak andai persekitaran memandang pelik dan mengejek-ejek penampilan baru ku nanti. Nauzubillah.... Harap aku mampu istiqamah. Dan, Sehinggalah sampai satu ketika....

                                           
selit gambar 1 : se-snap gambar depan cermin

D suatu malam yang indah.... Aku bermimpi. Dalam mimpi itu, aku cuma mampu mengingati aku bersama sahabatku. dan dalam mimpi itu, aku yakin Allah menghadirkan diri aku dengan pemakaian tudung labuh....persis aku bersekolah d sekolah Arab. Boleh bayangkan tak, aku pakai baju sekolah dan tudung labuh. ibarat kan aku d sekolah Arab yang tak asing lagi dengan pemakaian tudung labuh dalam kalangan pelajar-pelajar perempuannya. 

Lepas itu, aku terjaga dari mimpi. Puas aku fikir apa makna d sebalik mimpi itu. Tapi aku yakin, mimpi itu memberi petanda bahawa sudah tiba masa nya untuk aku ubah penampilan sebagai wanita muslimah. Bila aku ceritakan mimpi aku itu kepada housemates aku, diorang mengatakan mungkin itu Hidayah dan Petunjuk dari Allah agar aku ubah kepada pemakaian tudung labuh. 

Aku juga mengatakan bahawa, sememangnya sudah lama perasaan itu hadir. Dan, mereka terus-terusan menyokong perubahan aku. Alhamdulillah. Allah permudahkan lagi urusan perubahan aku apabila aku menceritakan perihal mimpi aku itu kepada Mak. 

                        
Sebagai Permulaan....Hitam dan Kuning cair je yang aku beli.

Pada awalnya Mak terkejut, tetapi... syukur Mak menyokong dan merestui hasrat aku untuk mengenakan tudung labuh. 2-3 hari kemudian kalau tak silap aku, aku ke Pasar Siti Khadijah bersama Mak, Kakak dan anak sedara untuk membeli tudung itu. Alhamdulillah. Akhirnya, kami berjaya menemukan tudung itu setelah menjengah ke 2 atau 3 kedai demi tudung itu.

Ya Allah. Demi Allah. Sewaktu aku menyarungkan tudung labuh itu d kedai, ada satu perasaan aneh yang menyelinap masuk dalam hati. Terasa sebak. Perasaan itu sangat terkesan d hati aku. Sehingga aku rasakan, suka, seronok...mungkin kerana kesempatan yang Allah berikan. Sewaktu aku mengenakan tudung itu, tiada lain yang aku harapkan selain daripada agar kekal Istiqamah. Sekali dah pakai....biarlah berkekalan sampai bila-bila. In shaa Allah. Tolong doakan aku ye kawan-kawan. terima kasih atas sokongan dan dokongan kalian pada aku. Aku sangat menghargai jasa kalian.

Apa lagi ek?. takde dah kot. mungkin next time aku update lagi. in shaa Allah. nie pon dah nak jam 3 pagi. kang tak pasal-pasal aku nyanyi lagu Allahyarham P.Ramlee dalam cerita Madu 3 tuh. :D

Btw, sekali lagi aku nak dedikasikan ucapan terima kasih kepada Keluarga dan Sahabat yang tak jemu-jemu membantu aku melakukan perubahan ini. 


PEACE dlu sebelum sign out.





Akhir kalam, PERCAYALAH!. Hidayah Allah yang datang menyapa itu terlalu indah. dan INGATLAH! Apabila kita nak buat sesuatu kebaikan, Allah akan menitipkan orang-orang yang baik d sisi kita untuk membantu kita melakukan kebaikan itu. walaupon penampilan aku berubah, aku masih Najibah yang sama. In shaa Allah......




*note : LOVE to be a new Najibah.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY YANG PANJANG INI

No comments:

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki