KLIK - KLIK

December 30, 2011

bye..bye 2011...hye 2012....

assalamualaikum wbt semua.

tengah buat ape?. dalam sedar tak sedar...kita dah pon dan telah pon memasuki hari terakhir dalam taun 2011. yes!. terlalu cepat masa berlalu..sehingga kan aku seakan-akan tak percaya yang 2011 akan meninggalkan kita...

rasa macam baru je masuk tahun 2011..tup-tup dah nak masuk 2012. tak percaya mungkin sebab azam-azam 2011 ade jugak yang belum tercapai. antaranya :

  1. nak kuruskan badan...
  2. nak sambung degree...
  3. nak keje yang bagus2...

rasanya itulah azam yang paling aku ingat untuk tahun 2011 yang masih belum tercapai...aku pon tertanya-tanya...tercapai ke tak ketiga-tiga azam yang ketara untuk tahun baru yang akan datang...
so...welcome 2012. aku harapkan 2012 bawa semua azam aku menjadi nyata bersama ngan usaha aku. insya Allah. jadi...aku nak bawak azam 2011 aku ke 2012...

  1. nak kuruskan badan...
  2. nak sambung degree...
  3. nak keje yang bagus2...
kalo tercapai no 1 dan 2 untuk 2012 pon dah ok...amin!!!...harap2 dapatla kan??...

(psst : apakah ini jugak azam 2012??...kawen??...hahaha. insya Allah tak lagi kot.
calon xdak lagi...sape2 nak masuk mintak, boleh la...hahaha)







*note : dairy 2012 takde lagi nieh.

December 24, 2011

PART 1 : on the wedding day....

assalamualaikum wbt...

hai kalian. rindu nak tau story terbaru sal pemilik wilayah?. okey!. jom...jom...jom...ade satu event yang aku dan kenkawan hadiri semalam. event majlis perkahwinan ex-classmate DPR'C mase study poli ari tu. ekceli, ex-classmate tu..sempat bersama kitorg sampai sem 3 je. sbb dekat2 nak Final (kalo tak silap...) dia dapat tawaran daripada SPA8 dalam bidang kejururawatan. sebab dia invite kami...maka, kami pon dengan berbesar hati pergi untuk memeriahkan majlis...

kitorg yang dah lama tak jumpe after abis poli ari tu, seronok gila dapat kumpul sekali d majlis edaya tu. even, ramai gak la yang tak dapat hadir kan diri atas sebab-sebab yang lebih menuntut komitmen dari mereka, maka hanya yang dapat pergi je yang ade. antara nya...wan, zaim, rahim, zu, syu, shakira, dayu, akmal dan aku...

even sekejap je dapat jumpe diorang...hati nie rasa happy sangat sebab dah lama nak kumpul sekali. then, d sebabkan ade majlis perkahwinan edaya la kami bersepakat nak jumpa d sana...

ekceli, banyak lagi nak cerita...but, nak tau?...TUNGGU d entry yang akan datang...sebelum tu, kita layan dulu...gambar2 yang snap oleh wan dan aku...okey?. chekitdout....


EKCELI, kitorg pakai baju seakan2 tema hari semalam. warna MERAH.

ALL the gurls in the RED...

rugi ZAIM tak masuk...cantik picture nieh.

wan, kema dan edaya.

SERIUS aku jelos sbb aku xde lam picture nieh.

KEMA dan edaya.

SERI PENGANTIN jelas kelihatan.

EDAYA dan dayu

EDAYA dan ain

EDAYA dan zurina

EDAYA dan syu

WAN nk jugak.

zuzu, wanwan, EDAYA

SAYANG sungguh, pic secantik nie...aku lak xde.

PENGANTIN dan pengapit.



ps : lepas nie sape lak yang akan naik pelamin macam edaya nie?
kita tunggu...dan lihat.



*note : happy sangat.

December 18, 2011

kenduri MELETOP........

1. meh kita usha bilik pengantin kita. cantik!.

2. bukan kenduri yang Meletop tp tayar kereta yang Meletop aka pancit.
saja bagi gempak........

3. yang lain tengah runsing, kau sempat Peace lagi ye Matul??...
jangan marah.

4. mak aku kata..sempat lagi aku snap pic dalam keadaan getir tak tau nak pikir ade jalan tak nak tukar tayar yang Meletop tuh?

5. Matul bersama anak saudaranya yang terbaru...

6. si kacak dan si cantik d hari bersejarah. Majlis sambut menantu.
p/s : pengantin baru ler nie. si putih bersih...

7. hantaran d majlis sambut menantu....

8. asyik Matul je yang ade?...
p/s : takpe...nie kan majlis umah Matul...bg peluang dkt Matul...hehehehe.

9. Selesai sudah upacara menggantikan tayar yang Meletop aka pancit.
dari mana datang nye si Piya nieh?. tulah adik aku yang sedikit hensom...hahaha.




ps 1: aku terus bg korang tgk pic sebab susah nak adjust nak tulis kat atas pic yang 1st.

ps 2 : maaf lah, sebab aku nie camerawomen nye, jadi..xdelah picture aku. sadis!




*note : selamat pengantin baru,
buat kedua-dua mempelai.

December 16, 2011

speechless Friday # 3

Ana Dahlia dan Chef Riz

assalamualaikum semua....

sape yang tak kenal ngan juri tetap Masterchef Malaysia 1, yang menggelarkan dirinya sebagai Chef Riz...baru-baru ini beliau dikatakan sudah selamat menikahi selebriti kelahiran Pilih Kasih musim 1 yang dikenali dengan nama komersial nye Ana Dahlia...dan sekalung tahniah buat beliau dan Ana Dahlia. tak sangka jodoh mereka berdua ada. hik3. sebelum nie xdelah pulak aku dengar desas desus nye. hahaha. nampak sangat ketinggalan zaman kan?. selain dari baca dari SINI, dalam akhbar Utusan pon ade disiarkan hari nie...




*note : tahniah buat mereka.

December 13, 2011

wordless Wednesday # 7





entry nie adalah mengenai sebuah persahabatan yang akhirnya terputus d tengah jalan hanya kerana kebodohan diri aku sendiri. maafkan aku wahai sahabatku. aku tetap ingat kamu.




*note : tetiba teringat Rashid!!.

December 12, 2011

adab-adab membaca al-Quran....

COPY AND PASTE SEJIBIK DARI LAMAN INI. sekadar perkongsian bersama di dalam mencipta kesempurnaan dalam membaca al-Quran...


Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Qur’an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca , maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya yaitu , berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.

Kita usahakan program rutin membaca Alquran menjadi bagian dari kebutuhan hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Qur’an memberi bekas ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu Anda perhatikan saat membacanya.

Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada 22 perkara, iaitu:

  1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
  2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  3. Membaca dalam keadaan berwuduk.
  4. Mengadap ke arah kiblat.
  5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
  6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
  7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
  8. Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
  9. Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
  10. Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
  11. Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
  12. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
  13. Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
  14. Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
  15. Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
  16. Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
  17. Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
  18. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
  19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
  20. Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
  21. Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
  22. Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.



*note : membaca al-Quran itu PERLU!!.

December 08, 2011

setiap orang ada bahagiannya...


hai semua. hari nie, pagi2 lagi aku update blog. sekadar untuk berkongsi...

hari nie atau lebih tepat daripada 4-5 hari lepas aku mengalami sakit2 nie, bila aku tanya mak aku...mak aku kata, itu penyakit pedal ayam atau lebih kurang macam bisul. peghhh!!...korang mesti tau kan sakit bisul tu macam mana, tapi sakit nie lagi sakit.

memang Ya Allah sakit sangat. sampai nak tido pn kena pastikan posisi kedudukan tempat sakit tu tak berlipat or tak tinggalkan kesan sakit pada tempat sakit tu. tapi aku terima je, sebab nie bahagian aku yang telah Allah tetapkan. aku bersyukur jugak sebab aku tau, ade lagi insan lain yang di duga oleh Allah dengan penyakit yang sangat berat.

mak aku cakap lagi...penyakit nie seakan2 bisul..mula2 dia makin membesar, dan akan ada 1 mata atau tempat dia akan memuntahkan lahar yang ada dalam kebengkakan tu. then, lepas dia pecah...dia akan tinggalkan kesan kudis.

aku tak tau nak cakap apa lagi...aku hanya boleh kata sebab benda nie..aku jadi seakan2 nak demam. cepat letih, (macam mana tak letih, kalo dah benda nie sakit sangat..berdenyut2.)




*note : sabo je la.

December 06, 2011

December 05, 2011

si dara jelita masih 'single' kerana.....

6 sebab kenapa si dara jelita masih single (termasuk aku...huk, huk, huk...)...



#1 . PERNAH DIKECEWAKAN

Oleh kerana terlalu serik bercinta, si jelita lebih bahagia bersendiri.
Biarpon terlalu banyak yang datang menagih cinta, namun masih
belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu mensia-siakan
hidupnya dengan lelaki yang tidak pandai menghargai dirinya. Lebih
baik sendiri daripada menderita kerana cinta.


#2 . PERSEPSI SUKAR DIDEKATI

Kaum Adam biasanya menganggap si jelita agak sukar untuk didekati
apatah lagi untuk dijadikan sebagai pasangan istimewa. Kononnya banyak
cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-
saingan yang merebut cintanya. Apabila semua sudah beranggapan
demikian, maka sampai ke tualah si jelita membujang.


#3. TERLALU JUAL MAHAL

Kebiasaannya, si gadis jelita ini agak jual mahal walaupon ada kalanya
dalam hati suka. Keegoannya agak tinggi. Mungkin si jelita merasakan
dirinya digilai ramai. Tetapi, ingatlah kesombongan itu bakal memakan
diri anda kelak! Makanya, bermurahlah hati untuk melemparkan
senyuman pada sesiapa sahaja.


#4. MENCARI PASANGAN IDEAL

Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama.
Begitulah kata pepatah. Orang cantik pastinya mencari orang yang
sepadan dengannya. Namun, harus diingat bukan semua orang bertuah
boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan. Akurlah pada jodoh
yang datang.


#5. TERLALU KOMITED DENGAN KERJA

Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. Orang cantik ini
barangkali terfikir yang mereka mudah untuk mendapatkan cinta
pada bila-bila masa. Oleh kerana itulah cinta sentiasa menjadi nombor
dua dan kerjaya jatuh nombor satu. Namun, mereka lupa usia tidak
menunggu kita. Oleh kerana terlalu komited dan leka dengan kerja,
sehingga ke hari ini masih sendiri lagi.


#6. BANYAK PILIHAN

Aduh...pening kepala memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman
hidup. Kalau pilih yang di sana, di sini akan terluka. Kalau pilih di sini,
di sana pula yang kecewa. Akhirnya dua-dua ditolak. Makanya jadilah
'single' sehingga ke hari ini.



*note : berdua lebih baik?.



December 03, 2011

ketahui di mana posisi Cintamu...


hai semua. jom la singgah pagi d sini. baca sedikit tentang POSISI CINTA ANDA. ini aku dapatkan dari sebuah majalah terkemuka d Malaysia nie.


SEMUA orang boleh jatuh cinta serta melafazkan cinta, namun tidak semua daripada kamu yang benar-benar mengerti serta memahami cinta yang terjalin itu atas dasar ape. Menurut seorang tokoh psikologi bernama John Alan Lee cinta sebenarnya boleh dibahagikan kepada enam jenis. Oleh itu, cuba kamu semak di mana letaknya posisi cinta kamu..........

sudah bersedia untuk mengetahui jenis2 nya?...JOM SEMAK.



1. CINTA KILAT.

ciri-ciri : Mencintai seseorang itu krn tertarik pada
rupa parasnya yang menawan dan sempurna serta
punya susuk tubuh yang diidamkan oleh setiap orang
di dunia ini. Kebiasaannya berlaku dengan pantas dan
tanpa disedari. Cinta pandangan pertama termasuk
dalam jenis ini.


2. CINTA MAINAN

ciri-ciri : Mempermainkan perasaan pasangan untuk
kesenangan dan kepentingan diri. Misalnya, hanya
memerlukan pasangan untuk tujuan suka-suka ataupon
kerana mahu mengambil kesempatan untuk hidup senang.
Playboy dan Playgirl dikategorikan dalam cinta jenis ini.


3. CINTA PERSAHABATAN

ciri-ciri : Ianya bermula dari sebuah persahabatan. Namun
tanpa disedari lama-kelamaan perasaan yang menyenangkan
timbul antara satu sama lain. Kedua-duanya terasa seperti
saling memerlukan lebih daripada seorang sahabat dan
dari situlah akhirnya timbul perasaan cinta serta sayang.


4. CINTA LOGIK

ciri-ciri : Cinta itu wujud apabila merasakan mendapat
keuntungan dan kelebihan dari seseorang itu. Misalnya, kamu
menerima si dia kerana kebijaksanaannya sebagai pelajar
terbaik di Universiti. Secara tidak langsung kelebihannya
turut membuatkan kamu jadi popular.


5. CINTA MANIA

ciri-ciri : Cinta yang penuh posesif, cemburu dan manja
berlebihan dengan pasangannya. Baginya cinta itu adalah
satu tempat bergantung dan pasangan diperlukan untuk
sentiasa ada di sisi dalam apa jua keadaan.


6. CINTA BUTA

ciri-ciri : Cinta yang sanggup berkorban apa sahaja tanpa
mengharapkan sebarang balasan daripada pasangannya.
Paling penting adalah dapat memiliki orang yang dicintainya,
dan sentiasa dapat bersamanya sehingga ke akhir hayat
biarpon terpaksa merana.



pss : pecah kaca pecah cermin,
sudah baca boleh la komen.

( ps : orang dalam gambar nie sesuai CINTA yang mana?? )




*note : jenis manakah cinta anda?

December 02, 2011

ketahui Trivia nya....

hai semua. d harap anda semua sehat saje. okey. let me share with u some trivia from remaja.


1. semenjak Lego Group menghasilkan permainan ini pada tahun 1949, lebih dari 189 bilion bongkah dengan 2,000 jenis bentuk telah dihasilkan. Ia menyamain nisbah 30 buah bongkah Lego dengan setiap manusia yang hidup di muka bumi ini.


2. Anak kucing yang baharu lahir adalah dalam keadaan pekak dan buta. Namun hasil kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibunya, melalui belaian dan jilatan, anak kucing tersebut kemudiannya akan boleh melihat dan mendengar.

(ala comeynye anak kucing nieh....)


3. Rasa panas yang dirasai dari serbuk cili sebenarnya terhasil dari sejenis bahan kimia yang dipanggil 'Capsaicin'.

4. Pemetik api telah dicipta oleh J.W.Dobereiner pada tahun 1816 iaitu sebelum kewujudan mancis api.
p/s : jadinya, pemetik api dulu la yang wujud baru mancis.


5. Udara boleh bertukar menjadi cecair pada suhu -190 darjah celcius.


6. Secara puratanya, kedalaman bagi dasar laut mencecah 3,600 meter (12,000 kaki).


7. Secara puratanya, seseorang individu akan mengalami mimpi sebanyak 1,460 kali setahun.
(cer-kira berapa anggaran bermimpi kalo 1,460 x 21 = 30660...tak termasuk ag ngan usia selepas genap 21 tahun).


8. Seekor burung belatuk (woodpecker) mampu mematuk dengan laju sehingga 20 kali sesaat dan 12,000 kali sehari. (FUH!!. banyak nye)


(inilah burung belatuk)


9. Jantung seorang dewasa mampu mengepam sehingga 7,500 liter darah setiap hari.




*note : perkongsian itu perlu,
lebih2 lagi perkongsian yang
bermanfaat.

November 30, 2011

wordless wednesday # 5



1st step :


hasilnya begini. insya Allah.



*note : azam tahun 1433H.
aku nak kurangkan berat badan.

November 28, 2011

i'm speechless when.....

anda nampak ape yang d bawah nie?...aku memang speechless bila lihat semua yang aku kumpulkan...ada dari 2005 lagi...huh!!. tapi kalo majalah tu since 2008...


# 1. koleksiku.

# 2. MAGNUM Classic juga nak enterframe. saja nak bg korunk jelos. hek3.

# 3. antara pembacaan bukan dari Alaf 21.

# 4. lihat??.. longgokan atas meja.


# 5. pandangan dari atas...

# 6. longgokan remaja 2009 dan 2011.

# 7. longgokan remaja 2008 dan 2010
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ps : kalo nak jual..ade orang nak beli tak?.




*note : kalo di congak semua,
berapa RM sudah abis utk semua nie ye??

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki