#1 . PERNAH DIKECEWAKAN
Oleh kerana terlalu serik bercinta, si jelita lebih bahagia bersendiri.
Biarpon terlalu banyak yang datang menagih cinta, namun masih
belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu mensia-siakan
hidupnya dengan lelaki yang tidak pandai menghargai dirinya. Lebih
baik sendiri daripada menderita kerana cinta.
#2 . PERSEPSI SUKAR DIDEKATI
Kaum Adam biasanya menganggap si jelita agak sukar untuk didekati
apatah lagi untuk dijadikan sebagai pasangan istimewa. Kononnya banyak
cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-
saingan yang merebut cintanya. Apabila semua sudah beranggapan
demikian, maka sampai ke tualah si jelita membujang.
#3. TERLALU JUAL MAHAL
Kebiasaannya, si gadis jelita ini agak jual mahal walaupon ada kalanya
dalam hati suka. Keegoannya agak tinggi. Mungkin si jelita merasakan
dirinya digilai ramai. Tetapi, ingatlah kesombongan itu bakal memakan
diri anda kelak! Makanya, bermurahlah hati untuk melemparkan
senyuman pada sesiapa sahaja.
#4. MENCARI PASANGAN IDEAL
Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama.
Begitulah kata pepatah. Orang cantik pastinya mencari orang yang
sepadan dengannya. Namun, harus diingat bukan semua orang bertuah
boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan. Akurlah pada jodoh
yang datang.
#5. TERLALU KOMITED DENGAN KERJA
Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. Orang cantik ini
barangkali terfikir yang mereka mudah untuk mendapatkan cinta
pada bila-bila masa. Oleh kerana itulah cinta sentiasa menjadi nombor
dua dan kerjaya jatuh nombor satu. Namun, mereka lupa usia tidak
menunggu kita. Oleh kerana terlalu komited dan leka dengan kerja,
sehingga ke hari ini masih sendiri lagi.
#6. BANYAK PILIHAN
Aduh...pening kepala memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman
hidup. Kalau pilih yang di sana, di sini akan terluka. Kalau pilih di sini,
di sana pula yang kecewa. Akhirnya dua-dua ditolak. Makanya jadilah
'single' sehingga ke hari ini.
*note : berdua lebih baik?.
No comments:
Post a Comment