KLIK - KLIK

December 03, 2011

ketahui di mana posisi Cintamu...


hai semua. jom la singgah pagi d sini. baca sedikit tentang POSISI CINTA ANDA. ini aku dapatkan dari sebuah majalah terkemuka d Malaysia nie.


SEMUA orang boleh jatuh cinta serta melafazkan cinta, namun tidak semua daripada kamu yang benar-benar mengerti serta memahami cinta yang terjalin itu atas dasar ape. Menurut seorang tokoh psikologi bernama John Alan Lee cinta sebenarnya boleh dibahagikan kepada enam jenis. Oleh itu, cuba kamu semak di mana letaknya posisi cinta kamu..........

sudah bersedia untuk mengetahui jenis2 nya?...JOM SEMAK.



1. CINTA KILAT.

ciri-ciri : Mencintai seseorang itu krn tertarik pada
rupa parasnya yang menawan dan sempurna serta
punya susuk tubuh yang diidamkan oleh setiap orang
di dunia ini. Kebiasaannya berlaku dengan pantas dan
tanpa disedari. Cinta pandangan pertama termasuk
dalam jenis ini.


2. CINTA MAINAN

ciri-ciri : Mempermainkan perasaan pasangan untuk
kesenangan dan kepentingan diri. Misalnya, hanya
memerlukan pasangan untuk tujuan suka-suka ataupon
kerana mahu mengambil kesempatan untuk hidup senang.
Playboy dan Playgirl dikategorikan dalam cinta jenis ini.


3. CINTA PERSAHABATAN

ciri-ciri : Ianya bermula dari sebuah persahabatan. Namun
tanpa disedari lama-kelamaan perasaan yang menyenangkan
timbul antara satu sama lain. Kedua-duanya terasa seperti
saling memerlukan lebih daripada seorang sahabat dan
dari situlah akhirnya timbul perasaan cinta serta sayang.


4. CINTA LOGIK

ciri-ciri : Cinta itu wujud apabila merasakan mendapat
keuntungan dan kelebihan dari seseorang itu. Misalnya, kamu
menerima si dia kerana kebijaksanaannya sebagai pelajar
terbaik di Universiti. Secara tidak langsung kelebihannya
turut membuatkan kamu jadi popular.


5. CINTA MANIA

ciri-ciri : Cinta yang penuh posesif, cemburu dan manja
berlebihan dengan pasangannya. Baginya cinta itu adalah
satu tempat bergantung dan pasangan diperlukan untuk
sentiasa ada di sisi dalam apa jua keadaan.


6. CINTA BUTA

ciri-ciri : Cinta yang sanggup berkorban apa sahaja tanpa
mengharapkan sebarang balasan daripada pasangannya.
Paling penting adalah dapat memiliki orang yang dicintainya,
dan sentiasa dapat bersamanya sehingga ke akhir hayat
biarpon terpaksa merana.



pss : pecah kaca pecah cermin,
sudah baca boleh la komen.

( ps : orang dalam gambar nie sesuai CINTA yang mana?? )




*note : jenis manakah cinta anda?

No comments:

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki