selamat pagi semua. hurm. aku tau, ramai yang tengah berduka.... atas tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang dari radar d perairan Vietnam.... kehilangannya masih lagi menjadi tanda tanya kepada kita semua warga Malaysia....
sejujurnya, hati aku tersentuh bila dapat mengetahui berita ini... aku tak mampu menolong mencari mereka yang terlibat dalam nahas itu. yang mampu aku lakukan ialah berdoa...berdoa dan terus berdoa kerana DOA ADALAH SENJATA ORANG-ORANG MUKMIN....
oleh itu, marilah kita sama-sama doakan keselamatan mereka... semua ini berlaku d luar jangkaan kita... dan jangan lupa... semua yang berlaku adalah kehendak Allah... kerana, DIA memiliki Kuasa atas segalanya... apabila DIA berkata "Kun Faya Kun...", Maka, Jadilah ia.....
aku berdoa..." jika benar mereka terkorban, tunjukkanlah jasad mereka... jika mereka selamat, semoga mereka mampu kembali ke pangkuan keluarga dengan aman.... ",
ayuh kawan-kawan.... kita doakan keselamatan mereka. tolong jangan politikkan apa yang berlaku. ini semua melibatkan ratusan nyawa manusia.... jangan sempitkan fikiran dengan menegatifkan nahas yang berlaku dengan keadaan politik semasa... jangan menuduh tanpa bukti yang kukuh....
walaupon, ada berlaku pertumpahan minyak d perairan Vietnam sepanjang 15-20 kilometer...
di petik daripada http://www.sinarharian.com.my/semasa/nahas-mh370-dua-tumpahan-minyak-dikesan-1.258286
KUALA LUMPUR - Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang awal pagi tadi.
Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.
Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas.
Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur.
Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.
Ia kemudiannya hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi.
tapi. selagi kita masih belum mengetahui keadaan sebenar yang menimpa mereka... tolong jangan berhenti berdoa... jangan berhenti mengharapkan bantuan Allah... mudah-mudahan, mereka semua selamat.... #Pray4MH370
*note : semoga ada berita baik yang
akan kita terima nanti.
No comments:
Post a Comment