KLIK - KLIK

March 13, 2014

Selepas TIGA Bulan....



wah! klise betul tajuk nya. hihihihi. ini bukan apa-apa, apalagi pregnant.  tidak sama sekali. ini semua kisah seseorang yang pernah mengisi hati aku. yang pernah buat aku menangis. yang pernah buat aku termimpi-mimpi... auw!. pecah rahsia.... hahahaha. tapi itu semua dulu. bila mana bermula saat dia tidak mempedulikan aku. maka, aku kuatkan hati, rohani dan jasmani...wah gitu... aku cuba belajar melalui hari-hari aku tanpa dia.

eh. cop!. kata tak couple?. eh..memang la. lepas ngan dia. aku TUTUP pintu hati aku. sudah cukup sudah. ingat senang ke nak berlagak macam takde apa-apa?. oppppss!. Maaf!. dah banyak kali aku terluka dengan sikap kaum lelaki.

setakat nie, aku belum jumpa orang yang mampu menerima aku apa ada nya aku. apalagi nak menerima kelemahan aku yang sangat banyak.

hurm. biarlah. yang 3 bulan, sudah berlalu. sudah lepas. aku dah malas nak pikir. biarkan jelah takdir Allah yang tentukan. JODOH pasti ada, andai tiada d dunia....pasti ada d akhirat. aku pasti itu. JODOH kan rahsia Allah. takde sape pon mengetahui nya.

kadang-kadang kita merancang. tapi perancangan Allah mengatasi segala-gala nya kerana Dia lah pemilik abadi. Dia yang menentukan. segalanya sudah tertulis d Luh Mahfuz. jangan lupa tu!.

baru-baru nie, dia ada msg dan meminta maaf. Alhamdulillah. Akhirnya, dia mengakui kesilapan dia dan memohon agar aku memaafkan. Mulanya, agak terkejut sebab.... dah lama aku tunggu msg dia. tp takde. Aku sejujurnya tak menyangka. dan tak tahu apakah penyebab utama dia msg aku. sbb dah 2,3 kali aku msg dia sebelum nie. tapi dia tak balas. Ye. tak d nafikan sangat pedih, sedih, perit bila sms yang d hantar tak berbalas. sampai aku merasakan aku nie terhegeh-hegeh sangat dkt dia.

perlahan-lahan aku menyusun langkah meninggalkan dia. apa sebab dia melakukan semua itu, aku taknak tanya. sebab dia pasti punya sebab tersendiri. dan hanya dia yang tahu. aku taknak tahu dan taknak ambik tahu. sebab bimbang hati aku akan terluka lagi.

lepas sedar tidur, aku tgk d paparan skrin, ada mesej.... satu je reaksi aku apabila aku bangun awal pagi semalam, aku ucapkan "Alhamdulillah." Syukur sebab dia dah sedar kesilapan dia dan memohon maaf. Aku tak tahu untuk membenci seseorang...jadi, bagaimana aku harus memberatkan Kemaafan pada dia?. Aku takde sebab nak membenci dia atau sesiapa sahaja. sebab, aku takde hak. Aku cuma manusia biasa. Aku juga punya kesalahan sendiri yang mungkin pernah membuat kan dia atau sesiapa sahaja untuk meninggalkan aku. hurm.... okey!. Noktah!.

okey lah. setakat nie dulu. update lagi nanti.







*note : yang lalu, biarkan berlalu.

No comments:

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki