KLIK - KLIK

October 27, 2011

tahukah anda??

assalamualaikum readers...

okey. kali nie aku nk kongsikan beberapa info yang mungkin korang tak tahu. info nie aku dapat daripada salah satu majalah yang terkenal dalam kalangan remaja2 muslimah, wanita2 dan sebagainya...


TAHUKAH ANDA......


1.NEPAL adalah satu-satunya negara yang memiliki bendera bukan berbentuk segi empat. ia berbentuk dua segi tiga yang bercantum...macam kat bawah nie ha.

2. terdapat kira-kira 104 PIRAMID di Mesir


3. Leonardo da Vincci adalah orang yang bertanggungjawab mencipta GUNTING.

4. buah LABU boleh membesar dan mencapai berat sehingga kira-kira 440 kg.


5. BADAK AIR mampu membuka mulutnya dengan luas sehingga mampu memuatkan kanak-kanak setinggi kira-kira 1.2 meter.

6. manusia mempunyai kira-kira 10,000 deria rasa pada LIDAH nya.

7. NAMA paling panjang di dunia ialah milik seorang lelaki iaitu 'Adolph Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Matin Nero Oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus olfeschlegelsteinhausen bergerdor ft Senior'.

8. perkataan 'BULAN MADU' (honeymoon) berasal daripada amalan masyarakat Babylon sekitar 4,000 tahun lalu. mengikut amalan itu, bapa pengantin perempuan akan membekalkan menantunya dengan minuman madu selama sebulan selepas hari perkahwinan. tempoh sepanjang sebulan itu dikenali sebagai 'bulan madu' oleh masyarakat terbabit. perkataan itu kekal sehingga ke hari ini.

9. manusia yang takut kepada NOMBOR digelar Arithmophobia.






*note : sedikit info sudah
mampu membuka minda.

speechless Friday # 1

assalamualaikum readers....


1.


vs

pelakon mantap2 beb!!!.kalo dapat menonton pasti best. aku tnggu dkt tv je lah. lambat laun pasti d tayang jugak.


2.


vs

cerita nie dah d tayangkan dalam slot Akasia d tv3 ari tu.


p/s : kalo bace novel tu lagi sekali, mesti dah dapat agak dialog2 yang akan d lafazkan oleh pelakon, but...kpd yg x gemar bace novel...menonton lebih menghayati. aku pon rase suka menonton, nampak watak tu hidup. dah nama pon d lakonkan, d adaptasi dari novel kan...





*note : ombak rindu sudah lama d bace.
ingat2 lupa jalan cerita tu.

assalamualaikum...

mari sama2 kita semak dengan sedikit kajian mengenai bulan kelahiran dan sikap anda berdasarkan bulan kelahian. Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros

JUN

  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik

OKTOBER

  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat

NOVEMBER

  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik




*note : MEI itu bulan kelahiran aku.

October 26, 2011

5 Fakta untuk anda percaya atau tidak~~

assalamualaikum...

kali nie, aku nak kongsi fakta yang aku dapat dari FB. walaupon FB sekarang nie sudah mula membosankan...(walhal tetap on9 FB jugak...hak2) takde la pulak aku nak nafikan kalo FB nie ade gunanya untuk kita tau ape yg kita tak tau, untuk kita bersosial dengan teman2 yang jauh...dan business pon ramai yang guna FB.



okey. inilah FAKTA nya,....

  1. 1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
  2. 2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
  3. 3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.
  4. 4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.
  5. 5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.




*note : sharing is caring






October 24, 2011

family trip - Malacca # part 2

assalamualaikum.

kali nie aku nak hidangkan kalian semua dengan gambar yang telah d snap mase kat Melaka Bandaraya Bersejarah itu. kalian tengok je, gambar akan jelas kan segalanya.































hehehe. kalian lihat je picture2 d atas. menarik kan?. dan keriangan kami jugak terserlah, mana tak nya...dapat berjalan2 dengan family. itu yang penting. Famliy kan segala-gala nya...i Love my Family.



*p/s : kalo de kesempatan, nak p lagi.mungkin ngan family or friend or 'future husband'.





*note : future husband tu haruslah
d ikat sbb blm tau sape la jodoh ku itu.










October 12, 2011

family trip - Mallaca # 1

Assalamualaikum wbt buat semua...

okey, hari nie..aku berbesar hati untuk berkongsi ngan kalian tentang family trip ke Melaka baru2 nie. actually, kami tak merancang pon nak g Melaka. semua nie persetujuan saat2 akhir bersama. oleh kerana anak sedara aku yang 1st tu kena chicken pop, maka...tak dapat la nak berjalan kat zoo seperti yang d rancang kerana bimbang dia akan terkena hujan. sbb mengikut kata mak, kalo kena hujan, ia akan tumbuh balik..dan mungkin akan jadi lebih teruk dari tu. so, plan bertukar. mula2 nye abang aku kata nak g Aquaria KLCC. but, tak jadik sbb mahal. abang aku kata, jom la kita p Cameron Highland. asalnya aku pon setuju nak ke sana. tapi bila d pikirkan balik, Cameron Highland tu dah banyak kali sampai. so, aku suggest pergi ke Melaka je. atlast, semua setuju nak ke sana. apa lagi, aku eksited gila la sbb aku memang dah lama sangat nak ke sana.

bila sampai kat sana, kami memang terpegun sangat dengan bangunan2 yang ada dekat Melaka yang masih mengekalkan ciri2 sejarah nye. mmg sgt mengujakan. nie kn yg 1st time jejak kaki ke Melaka Bandaraya Bersejarah nie. bila sampai d Melaka, kami mencari hotel yang dah d tempah bilik nye. so, berbaloi la. dapat tido satu malam d Melaka nie. bila dah check in..dah tengah hari. so, alang2 nak berjalan2 Bandar Melaka nie. kitorang solat la dulu. di sebabkan musafir nie d beri keistimewaan yang tersendiri dalam menunaikan solat, maka..kami pon menunaikan solat zuhur dan asar sekaligus. nti takdelah nak terkejar2 nak p solat asar lak kan?. lagipon, itukan rukhsah kepada para musafir?. bila dah semua settle solat. kami pon mulalah mencari sesuap nasik untuk bekalan dalam perut untuk menjalankan misi dalam menjelajah ke Bandar Melaka.

1st aktiviti yang kami cuba ialah...menaiki Menara Taming Sari. RM10 per entry / per person. so...hanya 5 orang yang naik tidak termasuk kanak2 aka Hawish. berada dalam Menara Taming Sari selama 7 minit. bila ada dalam tu, mula2 gayat la jugak. tapi tak segayat naik cable car or eye on Malaysia ari tuh. bila dok dalam tu, semua benda kita leh nampak. sbb Menara Taming Sari tu akan naik ke atas, jadi, kita boleh lihat semua yang ada. d samping d bantu oleh penerangan yang d berikan.

after that, kami cuba naik beca d Melaka tu. padahal bukan tak pernah naik dulu. Beca dekat situ kemain cantik ngan hiasan2 tersendiri untuk tarik pelancong cuba menaiki beca sambil menikmati udara segar Bandar Melaka. lepas naik beca, kami ke Muzium Samudera. iaitu muzium yang d jelmakan dalam bentuk sebuah kapal. yang d ubahsuai dari peninggalan para pemimpin dahulu kala yang banyak kaitan dengan sejarah dulu. replika tu sebenarnya 3 kali lebih kecil dari kapal yang sebenar. maknanya, kapal yang d gunakan oleh pemimpin Melaka dahulu jauh lebih besar dari kapal jelmaan yang wujud sebagai Muzium Samudera d Melaka. terdapat banyak pengisian d dalam Muzium Samudera itu. (actually aku pon tak ingat Muzium tu Muzium Samudera or Muzium Kapal, sory if i mistaken)

okey la...dh panjang sangat story nie. mesti korang semua nk tgk foto's yg sempat d snap kan?. so, aku putuskan bahawa..story akan bersambung d entry berikut nye yang akan d terbitkan melalui tajuk Family Trip - Mallaca # 2...sama2 nantikan.


it was happened on 8-9 October 2011....

lets check it out...
bangunan merah yang pertama bila sampai d tengah2 kota raya Melaka Bandaraya Bersejarah.

khalis and his mum or my sis.

mum, grandson and granddaughter and half of my bro-in-law...

also known as Haunted Brigde (jambatan hantu)...its have their own story once upon a time.

in Samudera Gallery...

my bro

me and sis

again

mum and her granddaugther

hawish and his mummy

a kiss for a son..

me...

my bro with his pose...

nisa played with her water ballon..bought at Medan Samudera.

going to somewhere...........

the youngest boy walked with his styled...and bring the water bottle..

my bro and his wife with a nasa replica at Mallaca...and me at the back interframe...




*note : kalo ade kesempatan nak g lagi ke sini.
or kalo honeymoon best jugak uh. ;)

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki