KLIK - KLIK

October 23, 2012

Survivol Laut dan Penghayatan Warisan : II

Assalamualaikum wbt...

ape khabar semua?. aku tak berapa sehat. sedikit demam. tp takde la parah sangat. biasa la. musim tiba - tiba berubah, jadi... badan terkejut. tu yang jadi lemah semacam je. macam mana persiapan raya kurban?. aku masih d bumi UMT. balik Kelate nti pon, naik bas lompat je. tak tahu la berapa kali nak lompat - lompat. hahahaha.

okey. aku dah janji ari tu nak update sal trip Pulau Bidong ari tu kan?. so, meh aku realisasikan nya...

bila lepas aku terjun ke dalam air untuk aktiviti Water Confident... aku perlu berenang atau kuak lentang. tak kisah la. asalkan sampai ke gigi air. memang letih la beb. jauh kot. rasa macam nak tercabut je bahu aku nie. tapi, demi 20% untuk ko-k, aku rela. hik-hik-hik...

yeay!. sudah sampai ke gigi air... naik ke darat, then, get ready for Snorkeling. for Shark-Ians only. sebab ni kan aktivti berkumpulan. mase Snorkeling tu, dalam hati tak sudah - sudah menyebut Subhanallah. kerana keindahan dasar laut yang tak pernah aku lihat. time tu, aku memang tak pedulik dh, yang penting aku dapat enjoy. time tu, masing - masing snorkeling..tak hirau mana kawan - kawan. time snorkeling nie, memang ade peristiwa geli hati. mana tak nya, utk snorkeling kan kena pakai 'spek' yang khas untuk snorkeling, pakai tu, nampak 25% apa yang ada d bawah. so, untuk menambahkan keyakinan, first sekali, aku pegang tali dan bergerak ke depan sambil mata ke bawah melihat dan sambil kaki goyang - goyang. then, mase lihat kat bawah tu, ternampak obor - obor putih. well, aku memang taknak kena obor - obor sebab orang kata obor - obor nie bahaya. hahaha. time nampak obor - obor, aku lari (tapi bukan lari macam macam kena kejar anjing...), padahal, obor - obor tu jauh lagi. then, baru teringat, pakai 'spek' snorkeling, semua benda nampak dekat, walhal jauh lagi...lepas tu, aku dah ade confident...

walaupon macam senang, tapi sebenarnya memang senang pon... cuma, sebab tak biasa. tu yang jadi takut. huhuhu... time air masuk dalam 'spek' tu, memang gelabah la. pastu, flashback balik ape yang fasi cakap, blow je... aku ape lagi, blow sekuat hati la. tanda protes sebab air masin tu degil nak masuk dalam spek snorkeling aku. 

seusai aktiviti snorkeling, naik ke darat dan bilas B.A dengan air bersih yang d sediakan dalam kolah...then, get ready untuk aktiviti memancing lak. time nie, memang takleh blah sebab tak pernah memancing. cuak gak la. takut muntah. aku bukan jenis mabuk, tapi... mana tau, takut gelojak tu tak dapat d tahan. nasib baik la tak muntah. tapi, ikan tak dapat jugak. sedih kot. hilang macho aku... huhuhu. itulah, tangan tak bertuah. hek-hek-hek.... sesi memancing nie, kami d berhentikan d tengah - tengah laut dengan bot ikan yang bergoyang - goyang macam dangdut... sabor je lah...kami d pisahkan dengan dua bot, bot yang aku naik dapat 10 kot. bot 1 lagi dapat 9... so, total ikan 19 ekor. boleh la. bakor ikan tu sodap jugak.

mase kembali ke tempat kem tu dah hampir ke 3.00 petang. naik solat (dalam keadaan basah dan darurat...kena pulak ambik wudhu' pakai air masin...) memang masin la, mana mungkin air laut jadi tawar.redha je la. dah nama pon SURVIVOL LAUT kan... sebelum solat, aku pekena nasik lu ngan kawan - kawan. nasik ayam woooo...

pastu, ikut perancangan asal, kumpulan Jerung kena Kayak lu. tapi, jadual kami berubah. kami kena pegi Jejak Warisan (jungle tracking) dulu... so, dalam keadaan kekenyangan... memang letih la beb. tercunggap - cunggap aku naik bukit tu. bawak air botol besar punye. tak kisah dah orang nak cakap ape. sebab, last - last, diorang minum air aku gak. perempuan saja la. dalam mase 25minit. kami sudah sampai ke tebing Pulau Bidong... mase yang ade sewaktu menunggu Kayak sampai oleh kumpulan mana ntah. lupa lah... kami d hidangkan (makan nasik pa hidang-hidang nie?...hik-hik-hik) dengan cerita - cerita peninggalan orang Vietnam satu masa dahulu.

last aktiviti, kami berkayak.... even pasangan aku masa kayak tu perempuan. nasib baik kayak tak terbalik... kumpulan Jerung takde kayak yang terbalik. kalo group lain tak tau la. kalo berlanggar sesama sendiri tu ada la... lenguh beb. kalo sape kata tak lenguh, meh sini aku nak hempuk kepala dia... bila dah sampai ke tempat kem, kami kena angkat kayak naik ke darat dan sidaikan  atau terbalik kan kayak tu., untuk buang air yang terkumpul dalam kayak tuh. berat kot... lepas tu, kitorg kena masuk balik dalam air. dan kitorang kena buat cheersong dalam air...

leader : who like the shark up....
we : shark-shark-shark...
leader : jerung in...
we : breathe in...(buat aksi bernafas okey....)
leader : jerung out...
we : breathe out... (buat aksi hembuskan nafas...)
leader : jerung...
we : hebat...(tangan d genggam dan hala ke depan...)
leader : jerung...
we : super...(gaya gedik...tangan atas dahi...)
leader : jerung...
we : terbaik...(sambil buat aksi tangan best...dengan ibu jari)
leader : Jerung...bukak mulut...telan semua..
we : bukak mulut...(aum)...sambil tangan d buka...(3kali aum...) aum-aum-aum...
leader : lu sape?...
we : gua SHARK beb...
leader : lu sape?...
we : gua SHARK beb..

then, kami d suruh naik ke bilik... (asing - asing okey lelaki dan perempuan...) untuk solat asar dan bersiap - siap untuk solat maghrib berjemaah dan isyak berjemaah sebelum d benarkan makan malam... masa yang ada selepas makan malam, kami d beri kebebasan untuk melakukan rehearsel untuk malam kebudayaan. setiap kumpulan kena persembahkan ape - ape jua persembahan yang nak d persembahkan... pkol 10 malam, kami kena berkumpul d dewan terbuka...

tiba lah masa yang d tunggu - tunggu... macam - macam persembahan ada. yang paling best, kumpulan Jerung la.. hek-hek-hek.. okey, aku tipu je... persembahan terbaik d menangi oleh kumpulan Udang... lakonan dia mantop. tapi, lawak je. sebab spontan dan tanpa apa - apa props...kumpulan Pari buat persembahan dikir barat. Ketam pon dikir barat jugak. Jerung buat puisi, nyanyi ramai-ramai..koir..lagu Warisan d ketuai oleh Ikhwan aka Wan dan Gemuruh d ketuai oleh aku.... memang gemuruh lah, sebab aku terus ambik korus. sampai yang lain pon tercenggang-cenggang. namun, cepat d cover...hek-hek-hek. (opsss...pecah rahsia...)

majlis kebudayaan habis pkol 11.30 malam... then, kami d benarkan untuk buat apa - apa aktiviti ikut suka hati, namun pkol 12.00 malam...kami harus masuk ke bilik masing - masing untuk tido. kerana, Subuh keesokannya kami kena solat Subuh berjemaah... tepat pkol 12.00 malam, aku masuk bilik untuk tido...tapi, susah nak lelap beb. serius aku tak tipu. rasa macam hoyong - hayang lagi.. rasa macam bilik tu dalam air. dah lah tido tepi dinding, sorang - sorang lak tu. kalo pusing belakang, nampak jendela (dalam pikiran dok bayang hantu la apa la...)... hai la...dah la, jenis penakut. memang tak pusing la...last sekali, lena gak..tak tau pkol berapa lena. tp rasa macam kejap gila tido...

usai solat Subuh, kami kena berkumpul untuk buat aktiviti Senamrobik. d ketuai oleh Cik Hai (fasi kumpulan Jerung)  memang TERBAIK la beb... lepas tu, kami d lepaskan untuk makan. dan sebelum kami d benarkan tinggalkan Pulau Bidong..kami d bahagikan tugas untuk menyucikan kawasan Pulau Bidong agar tiada sampah... yeah!. kumpulan Jerung dan kumpulan apa ntah 1 lagi yang kehilangan bendera, kena cuci kawasan perempuan dan lelaki dan tandas... uwek!!!.... pasrah je lah...

kami d kumpulkan d dewan terbuka selepas siap gotong - royong... d beri hadiah dan majlis perpisahan dengan fasi - fasi paling special...ade sesi fotografi. dan, aku la jurufoto tuh... special tak? sila cakap special, jika tak, tak nak kawan... then, kami d benarkan balik ke UMT.. rasa berat nak berpisah dengan fasi - fasi yang sporting habis dan rasa sayu nak tinggalkan Pulau Bidong... aku rasa ramai yang setuju, program 2 hari 1 malam ke Pulau Bidong memang tak cukup. kan?

SELAMAT TINGGAL PULAU BIDONG... we gonna miss u, Pulau Bidong...

sobs-sobs-sobs....

 ke port paling baik untuk memancing...

thats Bidong Island...

 untung la dia dapat ikan...

seusai memancing... muka penat je semua...

 muka gembira d malam hari... yeah!...

 lakonan kumpulan Udang...

 tarian Jamilah dari kumpulan Udang...

Pari berdikir... Dilema Bangso Kito...

barisan Fasi dan Kem Komanden (berbaju putih, lelaki), dan Penolong Kem Komanden (baju oren...)

Ketam...

Ah Seng : "Saya takut mati..."
(ekoran takut utk lakukan Water Confident)

yeahhhh...Jerung!!!!.. cute nye Cik Hai buat macam tu.

huhuhu... macam - macam gaya...

perlu ke Epik buat muka cam gitu???

gambar d pagi hari...

wah.... gadis - gadis Jerung...dan Ketam. cantik sungguh.

Choi Lee memanggil...Jieeeeee...

gadis dan gambar, x boleh d pisahkan..

di sisi lain nya....

Peace made by Jie and Sha...

"Sha...nampak tak ape tu?..."

Cleaner terbaik tahun ini jatuh kepada...Najibah!!!...hik-hik-hik...

tadaaaa... ini hasil nya, licin kan?. takde pasir pon...

some say peace, some make tired face...

Jerung nie asyik nak baham je keje nye...

ucapan dari Penolong Kem Komanden....

Cheersong Terbaik goes to Jerung.........

upacara penyerahan bendera oleh Ketua - ketua kumpulan kepada Kem Komenden..

mohon maaf dari Fasi.... sedih wo time nie..

sesi bergambar... foto by Najibah...

bila Udang campur dengan lain nya... macam nie la jadi nya...

batch yg baru selamat sampai untuk program itu...

Pulau Bidong yang kami tinggalkan dengan paksa rela... sayang pulak kat Bidong nie. 
i Falling in Love with u, Bidong...

gini lah... kalo bidan terjun, dari student--> cleaner --> model tak bertauliah... hek-hek-hek..


setakat itu saja lah kisah d Pulau Bidong. kalo di beri peluang untuk pergi, aku nak pergi lagi. aku suka tempat macam tu. Tenang je. masalah pon boleh lupa... serius!...tambah - tambah lagi kalo pergi ngan kawan - kawan dan punya fasi yang sporting habis. tak lokek ilmu. baik hati dan segalanya. terima kasih untuk fasi yang sabar melayan karenah kami sepanjang berada d situ...

trip nie hanya dua hari satu malam... tapi, enjoy gila... 

guys, thanks for reading...




*note : Rindu Pulau Bidong...





October 20, 2012

Skrin Besar Piala Malaysia 2012 di UMT...

Assalamualaikum wbt....

Salam 3 Piala... yeah!!!... 1st of all, aku nak ucapkan Alhamdulillah. syukur kerana pasukan Kelate iaitu The Red Warriors telah menjadi juara bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 malam tadi. iaitu, pada 20hb102012. Pada perlawanan ini, Kelate layak ke final berdepan dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia atau ATM. perlawanan nya memang penuh kontroversi. mana tak nya, dengan pengadil yang seakan-akan 'bias' dan berat sebelah pada kami rakyat Kelate. pastu, pemain pula seakan-akan nak provok TRW agar pengadil mengenakan tindakan pada pemain Kelate. Namun, TRW tak goyoh. TRW mengikut 'rentak' yang ingin dimainkan oleh ATM.

Namun, semestinya kami rakyat Kelate merasa bersyukur dan berbangga kerana Misi Trebel iaitu Misi 3 Piala bagi musim ini telah tercapai. Kelate menang 3-2 ke atas ATM. dengan perlawanan berlanjutan hingga 30 minit. 100 minit lebih tu.. memang kesian semua pemain-pemain Kelate. kalau ATM tu takpelah, mereka kan semua nya Tentera. hik-hik-hik. sampai kan, Daudsu, Subramaniam dan beberapa lagi pemain Kelate injured. tapi, kami salute pada mereka kerana mereka berjuang habis - habisan untuk melengkapkan Misi 3 Piala itu...

walaupon banyak kontroversi tercetus... kami tak gentar. walaupon keputusan sengit bila gol berbalas gol. namun, Allah membantu kami. terima kasih Allah... dan sewaktu perlawanan akhir dalam merebut Piala Malaysia 2012 itu..kami iaitu Mahasiswa Kelate UMT, berpeluang mengadakan dan menonton Big Screen di bawah teflon berhampiran KKSAM. ini adalah acara julung - julung kalinya dicipta di UMT. oleh kami orang Kelate. (nampak tak betapa kami sentiasa menyokong pasukan kami?...) bagi kami rakyat Kelate. Berpantang Maut sebelum AJAL.bagi kami, sokongan tetap akan kami berikan. sehingga ke titisan akhir wisel. menang atau kalah, itu soal kedua.

acara Big Screen itu memang sangat meriah. kerana kami Mahasiswa Kelate UMT berhimpun di bawah satu bumbung untuk memberikan sokongan dan menonton TRW bermain. namun, tak kurang jugak penyokong ATM yang datang. its okey, nevermind... kita sekarang berada di UMT yang sama, bola tu bola la. berkawan tu tetap berkawan. itulah kami rakyat Kelate. tak kisah untuk berkawan dengan sesiapa jua. takde istilah anti dari kami., namun, ramai yang anti dengan kami hanya kerana kami rakyat Kelate?.

okeylah... aku taknak kata lebih - lebih... nanti ada yang kata entry aku nie bersifat kenegerian pulak. namun apa pon, sep kito jange pecoh!!...KELATE Gomo Sengoti semale. jom layan gambar sebelum, semasa dan selepas di UMT sewaktu perlawanan akhir berlangsung....

 makan dulu sebelum menonton Big Screen....

 menu aku malam tadi.... yeah!. 

 orang yang d pertanggungjawabkan untuk handle acara malam tadi...

 dari satu sudut....

 sudut lain pulak...

 aksi spontan tatkala gol pertama di sumbat....o yeah!

 four of us...

 hehehehe. terlebih gembira..eksited bebenor..

 hehehe. antara yang menggelikan hati malam tadi. dia d paksa untuk pegang 'arial' tv. 

 KELATE vs ATM

 yak... eksited sungguh dia. sampai pegang mafla terbalik pon tak perasan. 

 yeyyyy!!!... reaksi sewaktu menunggu wisel akhir d bunyikan oleh pengadil yang 'bias'

 kami menang...

 wajah - wajah riang penyokong TRW wanita...

 reaksi loncatan gembira bila perlawanan tamat...

 yeaaaayyyy..... kito mene, kito mene.. (kita menang....)

 KELATE vs ATM di game only. tidak putus persahabatan yang dibina. itu lah yang kita mahukan. bukan jadi anti macam sesetengah nya...

 kami dan Abe Burn....

 aksi kegembiraan aku dan kawan - kawan...

 SEP KITO JANGE PECOH!!!... 

 spontan!

 mereka dan cameraman malam tadi...sempoi!

 THIS IS KOTA BHARU....

 Matyo d pilih pemain terbaik Piala Malaysia 2012...jasamu d kenang Matyo...

hehehe. saat - saat yang d nantikan telah tiba...TAHNIAH!


seusai meng'uplod gambar - gambar nie. aku terlihat di page Mahasiswa Kelate UMT, abe Syahmi ada post sesuatu yang dibaca dari Twitter (maaf, aku tak boleh bagitahu d sini kerana tak mahu ade kontroversi lain yang timbul)... yang boleh menyedihkan kami rakyat Kelate. mengapa semua tidak boleh menerima kami sebagai mana mereke menerima rakyat - rakyat negeri lain?. apa kah salah kami hanya kerana kami rakyat Kelate?. WHY ALWAYS US?.. kami hanyalah manusia biasa, hamba Allah seperti anda jua... dan siapa anda untuk menilai kami?. teruskan menghukum kami jika itu yang anda rasa anda patut buat. namun, ingatlah...doa - doa orang teraniaya akan cepat dimakbulkan Allah. dan ingatlah, di dunia, anda mampu membuat itu, namun, di akhirat.... no one knows what will going happen...




*note : Rakyat KELATE d
mana - mana...



trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki