KLIK - KLIK

January 21, 2012

awak.............



assalamualaikum wbt...



hai semua. malam nie. aku cuma nak bagi beberapa perkara yang aku nak bagitahu kepada seorang hamba Allah.

siapa dia?. biarlah aku je yang tahu...


  • 1. saya taksangka kita terus putus kawan .
  • 2. maafkan saya sebab selalu ganggu awak.
  • 3. maafkan saya sebab saya masih takdapat lupakan awak sepenuhnya seperti mana awak lupakan saya.
  • 4. saya cuma mampu menahan rasa bila saya melihat komen2 dari teman2 awak yang saya kenal mengenai kebahagiaan awak sekarang.
  • 5. saya takmampu buat apa2 bila saya rindu awak.
  • 6. kenangan-kenangan yang kita lewati bersama masih segar dalam ingatan saya.
  • 7. awak adalah orang yang paling saya sayang selepas keluarga saya. (mungkin kerana itu saya tak mampu bertahan lama dengan awak, sebab ALLAH nak menguji saya dengan hilangnya awak dari hidup, & dari pandangan saya...)
  • 8. walaupon saya add fb adik awak, saya takberani nak bertanya apa2 tentang awak, kerana saya takmampu nak hadapi cemuhan awak pada saya bila saya just nak tahu apa yang terbaru tentang awak.
  • 9. awak, Kulim tempat kita bertemu dan berpisah...di situlah tempat saya terpaut pada awak mase kita sem1.
  • 10. tima awak melamar saya...sayalah insan paling bahagia.
  • 11. awak, saya minta maaf sebab saya pernah ganggu gugat kebahagiaan awak dengan kekasih awak after kita clash dulu...
  • 12. awak...........sebenarnya terlalu banyak yang saya nak nyatakan pada awak. tapi, saya takmampu nak luahkan semua. tapi. mungkin perasaan ini akan hilang bila tiba waktunya.


ps : apakah saya mampu merelakan kepergian awak dari hidup saya bila
saya membakar semua kenangan saya dengan awak?.gambar2 awak yang ade dengan saya?


(inilah gambaran hati saya selepas putusnya hubungan cinta itu...dan kalaulah awak sayang saya.....)






*note : awak, perlukah saya buang semua
tentang awak yang saya ada??




January 20, 2012

speecless Friday # perginya dirimu....

assalamualaikum wbt..



aku baru tahu berita nie pkol 7.30 td...


semoga dirimu bersemadi dengan tenang d sana...







*note : aku mmg speechless bila lihat
status tentang kematian beliau.

January 19, 2012

Emosional.........

assalamualaikum....

ini adalah entry EMOSIONAL...

aku just nak nyatakan...bahawa, aku memang harus sedar kan diri...

sedarkan diri dari mimpi bahawa..."ade orang yang sayang kan aku."

tapi kenyataan nye?...mana?. NANhado!!!. tapi, aku sedar...

FAMILY aku tetap sayang kan aku...jadi, aku takkan hapuskan kepercayaan yang mereka berikan pada aku...

sekarang bukan masa nya untuk aku menanti CINTA yang ntah bila akan datang. tapi, aku yakin..

hamba Allah yang bergelar lelaki telah d ciptakan untuk aku melengkapkan hidup aku..

cuma, aku tertanya2...apekah masih wujud hamba Allah yang mampu menerima aku yang tersangat banyak kelemahan?. zahir nya...aku terlalu banyak kelemahan...

oleh kerana itu..aku taknak terlalu pikirkan tentang hamba Allah dan kekecewaan yang tertinggal d hati aku nieh..

jadi.....

semenjak dua menjak nie, aku jadi suka mendekatkan diri dengan membaca al-Quran...cuba memahami ayat2 al-Quran melalui tafsir nya...

dengan itu, aku semakin ingin memahami setiap ayat2 yang ada d dalam nya...hidup aku masih terlalu jauh, dan perancangan aku terlalu banyak untuk aku laksanakan. tapi,

itu semua...bergantung pada kepanjangan umur aku yang d berikan oleh Allah. insya Allah. aku nak sangat study...belajar demi ilmu yang bermanfaat. dan aku harap, aku takkan lupakan tinggalan Nabi Muhammad SAW iaitu al-Quran dan as-sunnah.


walaupon huduh, aku tetap manusia biasa. hamba Allah.
dan Allah tak nilai kehuduhan tu untuk hitungkan amalan d akhirat nanti.





*note : hanya al-Quran mampu buat aku
sedar kenyataan segala amalan
akan d hitung d akhirat nanti

January 15, 2012

perasan tak??...

assalamualaikum wbt semua...

selamat malam. tgh buat ape ye?.

erm...kalian perasan tak ade benda baru lam blog aku nieh?. ala...xkan tak perasan kot?.

betul ke tak perasan??..cer [klik sini] kalo tak perasan lagi. kalo dah perasan awal2, sila tinggalkan komen...yg klik tu, terus masuk ke web dia. kalo dah perasan, makna nya...anda memang PEKA dengan perkembangan blog saya. dan itu bermakna, anda adalah seorang yg selalu singgah sini.

TAHNIAH!!...terima kasih.

to :

mohd hafiz...dah d buat seperti kehendak anda!!!...




*note : nak berbelanja,
kena bijak.

January 12, 2012

speechless Friday # alahai 2012....



assalamualaikum wbt...

salam jumaat!. buat semua kaum Adam...selamat menunaikan solat Jumaat.





pssst : baru beli daa...




*note : malam nie leh la nak luahkan
rasa d dairy cinta sayang nieh.

January 11, 2012

wordless Wednesday # 8

hari pertama...

hari kedua...

hari ketiga...

Assalamualaikum wbt....

















sebagai Kerani Am d Mahligai Hardware ;)

takpe, selagi rezeki halal, selagi pengalaman dapat ku timba, selagi aku gembira di sana dan selagi mak aku berharap aku bekerja kat situ untuk tempoh mase sehingga aku dapat futher study aku untuk peringkat degree.

insya Allah. selagi tu lah aku akan cekalkan hati untuk bekerja.




*note : duit gaji tu leh la d simpan.
bayar ptptn ke kan?...

January 06, 2012

Cintaku tertinggal d Kulim......

assalamualaikum semua.

hai. walaupon aku agak kurang sehat sedikit dek kerana sakit tekak dan rase sakit d kepala bile d tunduk atau d dongak. aku harap korang semua sehat d samping keluarga dan insan tersayang.

entry nie sekadar nak berkongsi sedikit rasa hati yang tak kesampaian bila cinta yang aku dambakan hanya mampu bertahan selama 2 bulan. ekceli, aku sendiri tak tahu d mana silap nya aku bila aku menerima cinta dia dan selama 2 bulan tu, d manakah khilaf nya aku hingga mengundang perasaan marah dia ke aku. dan aku yang bodoh plus perasan bagus kalinya, terus mintak clash dengan harapan bahawa dia akan datang pujuk aku dengan ayat :-

"hun..jangan la macam nie, b tak mampu hidup tanya hun d sisi..."

tapi...d sebabkan kerana aku yang bodoh, aku hanya termangu sendirian kerana dia akhirnya hanya membiarkan aku terdampar kerinduan terhadap dia. walaupon sudah lebih dari setahun aku kehilangan dia dan hubungan kami langsung putus. cume kekadang sebab aku nie memang jenis yang tak reti bahasa kali...aku tetap msg dia dengan harapan dia akan kembali pada ku. walaupon, d samping tu, aku sekadar ingin mendengar khabar dari dia. tapi...

aku tak salahkan dia. sebab mungkin dia memang dah lupakan aku. dan aku percaya, dia dah jumpe wanita yang super-duper jauh lebih baik dari aku. aku PASRAH andai ini yang harus aku terima. walaupon sangat berat untuk aku ungkapi perasaan sebenar aku terhadap dia. dan aku jugak ade mengukir janji dengan diri sendiri, dia tak mungkin bisa d ganti dengan lelaki lain. tapi...

aku 100% yakin, jika dia bukan jodoh aku, pasti ade insan yang bergelar kaum Adam akan menjadi pendamping hidup aku dan menemani hidup aku selamanya. walaupon aku selalu mengharapkan kaum Adam itu adalah dia. aku cepat2 sedarkan diri kalo, tak kan semua yang aku sayang aku akan miliki. dan cinta sendiri memerlukan pengorbanan okey...

bila aku dengar lagu Dadali - Di saat aku mencintaimu...aku jadi sangat rindu pada dia. dan aku nak sangat dia tahu kalau sampai saat nie aku sayang dia. hati aku merintih sedih ingat dia. pikir kan dia. sampai termimpi2...tapi alangkah indah nya jika mimpi itu jadi kenyataan?. tapi...

aku jugak pikir...agak mustahil untuk dia kembali pada aku. sebab dia sendiri pernah maki hamun aku dengan perkataan yang tak sedap di dengar. tapi...aku tetap jugak tak sedar diri. cume...sekarang, bila masa dan lama berlalu dan antara aku dan dia pon hanya tinggal kenangan, aku semakin menjauh dari dia sebab aku takut dia akan kata aku macam2 lagi.

masih ade beberapa kenangan yang aku simpan sepanjang aku bersama dia. kasih tak kasih aku pada dia sehingga aku sanggup copy paste picture dia dari fb dan ade jugak picture yang dia mms dekat aku...then, aku p cuci kan picture tersebut dalam bentuk foto. sehingga sekarang foto2 tu masih aku simpan. ade jugak tiket2 wayang yang aku p tonton ngan dia. aku hormat dia sebab dia pandai jaga hati aku sepanjang 2 bulan hubungan cinta aku ngan dia.

dalam dua bulan tu...dia selalu bertegas dengan aku bila aku merajuk ngan dia. dia akan terus col aku bila aku merajuk ngan dia...ada satu masa, aku dapat dengar dia menangis sbb aku merajuk ngan dia. dia ingatkan aku nak tinggalkan dia. tapi, aku tak menyangka...kerana kesalahan kecil..menjadi besar dan terus meretakkan hubungan aku ngan dia. sedangkan, aku sangat sayang dia.

cukup lah setakat ini luahan hati aku...tapi, aku sangat-sangat tak menyangka kalau, aku harus berjauhan dengan dia. walaupon, sebenarnya aku tak tahu isi hati dia pada aku. its okey. selebihnya biarlah aku tanggung sendiri. aku hanya mampu luahkan dan taip apa yang aku rasa boleh d luahkan. aku berharap entry aku nie tidak menganggu orang lain dan jauh sekali dia. sebab, aku yakin 80 % kalau dia sudah lupakan blog aku. kan?. tapi if dia masih ingat akan blog aku dan jika benar, terima kasih dekat dia sebab masih ingat blog yang teruk nieh.

memang sesuai la dengan tajuk kan sebab aku ngan dia mengakhiri hubungan tu d Kulim. tempat suka duka perjalanan hidup aku sebagai perantau dan sebagai pelajar d sana selamat 3 tahun. tapi, aku bersyukur, walaupon aku dan dia berakhir begitu, aku masih ade cinta dari sahabat-sahabat yang sangat baik hati untuk aku bawa pulang bersama. thanks to all my fren. especially, nik aqilah, che ku nor aznaim dan haizatul akmal. u oll memang terbaik sebab selalu hiburkan hati aku.



ps : sehingga sekarang...I LOVE U.




*note : masih aku ingat saat dia
nyanyi lagu Sampai Hati by Spring.
boleh tak aku tujukan
lagu tu dkt dia?

January 05, 2012

spontaneous Thursday # Subhanallah...aku kagum.

awan putih seakan2 membentuk kalimah NYA.

kalimah agung, Allah.

cantik, biasan cahaya Matahari

Assalamualaikum wbt...

hai semua. aku baru je balik dari perjalanan yang biasa d lalui oleh aku bersama family tercinta. ke mana lagi kalo bukan ke tg.malim...tempat berkumpulnya kami sekeluarga bila ade mase cuti dan ade urusan penghantaran my sis...plus-plus penghantaran my lil bro ke sana yang berpindah sekolah ke sana. anyway, just...back to our title...actually, in this entry..i would like to share with u all a few pictures yang aku rase sangat mengagum kan. sebab...aku d beri keizinan untuk menghayati keindahan ciptaan NYA. dan aku bertuah kerana d beri kesempatan oleh NYA untuk melihat kebesaran NYA, melalui picture yang d snap oleh aku menggunakan Canon EOS1100D...bukan nak menunjuk yang canon tu kepunyaan aku, but...i think, jika aku tidak memiliki itu, mungkin agak mustahil untuk aku mensnap picture tu dan aku terperasan akan kalimah agung...Subhanallah.

walaupon, bagi orang lain...yang pernah melalui seperti apa yang aku baru lalui beberapa hari nie adalah perkara biasa.. aku tetap rasa sangat2 bersyukur sebab aku terpilih untuk menyaksikan sendiri keagungan Allah melalui pohon2 yang membentuk kalimah NYA. thanks Allah....




*note : takkan mampu aku
lupakan buat selamanya.

January 01, 2012

catitan pertama d 2012....



assalamualaikum wbt semua...

dan selamat sejahtera. ini adalah entry yang pertama d 2012. ye!!...macam tak percaya yang 2012 dah tiba...semalam Kota Bharu hujan tak henti2...mungkin, itulah hujan rahmat. kerana masih d beri kesempatan oleh Allah untuk terus bernyawa dalam tujuan mengabdikan diri kepada Nya. agar kita terus menunaikan kewajipan kita kepada Nya...dan buat yang telah tiada, kita boleh doakan moga2 rohnya d tempatkan bersama orang2 yang beriman. amin.....

dalam lipatan 2011...aku nak sangat realisasikan impian untuk dapat futher aku punye study...insya Allah 2012 adalah tahun nya. sebab perancangan aku masih jauh dalam menuntut ilmu...dan dengan terbukanya lembaran baru 2012...aku harap, aku dapat menjadi seorang manusia yang lebih taat kepada perintah Allah, menjadi seorang anak yang solehah kepada kedua ibu bapa, adik dan kakak yang baik untuk adik beradik, kawan yang baik untuk kawan2 semua...

untuk itu...marilah tengok muka kudus seorang wanita d hari pertama 2012.......


kudus tu yang tak tahan...padahal maksud kudus pn tak tau...hehehehe.
terok kan?...





*note : Happy New Year to all...

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki