KLIK - KLIK

August 30, 2010

happy merdeka~~~

heheheh..hari nie 31.ogos.2010....so makne nya...kita dah sampai ke tahun 53 merdeka...

aku berbangga menjadi rakyat malaysia yang merdeka...

merdeka!!!...merdeka!!!...merdeka!!!...merdeka!!!...merdeka!!!...merdeka!!!...merdeka!!!...

tq kepada pejuang tanah melayu yang telah bertungkus lumus mendapatkan kemerdekaan tanpa setitis darah...buat para pejuang kemerdekaan yang telah lama kembali ke rahmatullah...semoga d cucuri rahmat...

jasamu dikenang~~dan semoga malaysia dan rakyat2 d dalamnya...terus merdeka~~~


*note : aku syg malaysia.....

August 27, 2010

tanda jodoh kita~~

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)



Gunakan seluruh pancaindera



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja



Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama



Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima kita seadanya



Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur



Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5.Percaya Mempercayai



Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6.Senang Bekerjasama



Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita



Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan



Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati



Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal



Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

August 26, 2010

Mandi Junub

by Azarudin Bocheh on Thursday, August 5, 2010 at 11:36am
Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

puase puase....~~

bkn nak kata ape...cume nk tunjukkan sikit gmbr mase majlis bukak pose ngn dak kelas aku ari 2...PA kami pon de...

hehehehehe~~nie la gambar2 nye~~~huk3...




Ketika Allah Memilihmu Untukku..~~

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )


Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

cinta dtg lagi~~

walaupon kami baru je kenal...dia pandai bt aku happy...

walaupon aku x suka org merokok...aku terima dia sbb dia syg aku...

walaupon hubungan nie masih baru...aku cube utk tanamkan kepercayaan kpd dia...

walaupon aku x tau ape yg dia akn bt d blkg aku...aku berserah kpd DIA...

walaupon aku blm pasti adakah aku dpt terima dia mcm aku terima JY...aku akn cube terima dia...

walaupon aku x pasti apakah penerimaan dia bila de pertemuan kami nti...aku x nak ambik kisah...

nie dia...



walaupon dia x semanis JY...aku x kisah...

kesimpulannya...aku mmg syg JY lg...tp aku dah berjanji utk lupakan JY...yg lepas, biar la lepas...then, aku akn syg dia mcm dia syg aku...then, aku akn terima dia spt dia terima aku...

bt JY...aku doakan kamu bahagia...dan doakan lh jua kebahagiaan aku bersama dia...halalkan semua yg pernah kita lalui...kamu juga adlh satu anugerah istimewa bt ku walaupon hubungan kita tidak tahan lama...aku selalu doakan kebahagiaan kamu...


:)

*note : aku akn cube mencintai dia...walaupon aku x tau sempat kekal lama atau x...biarlah...hehehehehe....muaaahhhhss....

August 24, 2010

test...test...test~~

test menunggu banyak giler...1 je ag test x tau bile nak ade...pas raye ke b4 raya ke...mmg x tau...aduh~~stress2..huk3...d sebabkan jadual makin padat...nak bukak puasa kat umah bilik pon malas...

letih~~hari2 nak bukak pose dkt kedai makan....hahahahah~~terok2 ank che awang nieh...hak4...

x sabar nak balik...bile nak balik nieh??...hak4...

August 23, 2010

syukur~~

1st of all...aku nak ucapkan syukur...sbb kuiz subjek yg kedua yg aku ambik...aku dapat result paling tinggi lam kelas 2...alhamdulillah...sbb aku dapat tebus balik kegagalan kuiz subjek 2...bukan nak bangga...tp sbg penghargaan kpd diri sendiri...tq YA ALLAH...

mungkin inilah hikmah bila aku dh xde org tersayang d sini...well~~aku x kisah...sbb aku nk lupakan kenangan 2...dan aku x nak ingat pape lg dah sal dia...biar lah bayangan dia berlalu begitu saje...aku dh penat ngn permainan dia...

erm...utk midterm i.m lak...erm,not bad...tp soalan 3 mmg aku x tau aku jwb ape...adui...pening kple...huk4...2 la study last minit je keje aku nie...isshhh...x leh lagu 2 kan??...

bile la aku nak barubah ek??...huk4...x tau lah...penat sgt...lam kelas i.m td pon...rase ngantok sgt2...aduiiiii....hope pas nie x jadi mcm 2 dah~~~insya ALLAH...

August 22, 2010

failed!!~~

nape la jd mcm nie??..kuiz 1 business management failed...aduh lah...
2 la...mak kata g belajar...aku dok angau...sekarang, kuiz ntah ke mana, angau ntah ke mana...adui~~menyesal2...

janji dah x nak ulangi kesilapan 2...takut la...nak graduate ngan cemerlang...so, sekarang...atur strategi nak belajar ngan cara yg betul...

pas nie...x nak dah failed2...aduh~~mati la aku...

August 21, 2010

aiya~~

today dah masok hari ke berape puase ek??...ntah...aku lupa lak...byk sgt lam kepala aku nak pikir...smpai puase ke berape pon aku dah lupa...sgt terok ank che awang nieh...hak3...

maknanya...dah 2 minggu 4 hari aku clash ngan mamat 2...aduh la..~~nape la kepala aku ngan hati aku nie degil ag nak pikir, ingat sal dia ag??...2 la menunjukkan betapa aku syg dia...tp aku kena lepaskan dia sbb dia kata aku x paham dia...hahahahaha...lawak tol r mamat 2...

kalo x nak aku dah, bgtau r terus...xyah berlagak yg org lain akn paham ko mcm aku phm ko...aku x kisah...dan aku nak tgk setakat mane org yg ko kata phm ko 2 akn paham ko...well...mas eyg akn tentukan segalanya...

ko jgn wisau r...aku x kan kenal ko lg...sbb aku mmg nak buang ingatan aku drp terus ingat ko...wat pe ingat ko yg selalu abaikan aku kan??..even aku sebenarnya msh ingat ko...tp aku tetap akn berlagak mcm dh lupa ko r...sbb aku kena buat mcm 2...dont wory...sbb if aku leh lupa sal r****d...makna nya, ngan ko pon aku leh...cume i need time...u know time??

but...aku de 1 benda nak bgtau ko...berbahagialah kamu ek??...tp biasanya, kata org...setiap perbuatan ade pembalasan...so, just wait 4 the pembalasan 2...aku x penah mtk Allah balakan ko...aku selalu doakan ko bahagia, berjaya lam ape yg ko rancang...insya Allah...DIA akn makbulkan doa aku...k???jgn wisau...

tp aku mintak halal r setiap mase yg ko dh abis kan utk aku yg x phm ko nie...aku pon paham r kalo ko x nak aku..aku x cantik, x pandai...gemok lak...lain r kalo mcm awek2 ko dulu...dan mungkin dalam mase 2 minggu lebih nie ko dh de awek lain??...

wah!!~~sungguh senang ko bercinta...mcm tukar baju...tp ko jgn main2 ngn hati seorg wanita...jgn d sebabkan ko, laki lain yg jd mangsa ketidakpercayaan wanita...sbb hti wanita sgt lembut, sgt sensitif...ko x leh r nak samekan wanita ngan laki..

sbb seumur hidup aku,..aku x penah tau bahawa lelaki2 yg aku kenal nie sgt setia ngan awek dia...kalo de bertuah r wanita yg jd milik dia...tp...kalo aku nie, mane de org nak setia ngan aku kan??..

tp aku x kisah...sbb lepas aku clash ngan ko..hanya 1 yg aku nak...aku nak penuhi hasrat ibu bapa aku, hasrat aku sendiri...yg nak tuntut ilmu selagi mane aku mampu...dan aku hanya nak majukan diri aku dahulu agar aku berjaya...

biar aku mampu miliki kereta sendiri, biar aku dapat bahagiakan parents aku dulu...dan aku kalo boleh dah x nak pikir sal cinta...biar lah aku sendiri mengemudi hidup aku yg di bantu oleh parents aku...sbb tiada yg penting lam hidup aku sekarang kecuali utk mendapat keredhaan parents aku...2 je yg aku nak sekarang...even naluri seorg wanita nak lebih drp 2...

biarlah mase yg tentukan...biarlah takdir yg tentukan nasib aku nti...x rugi pon...k lah...bye2...



p/s : aku lom ready utk terluka lg...~~~ :'(

August 20, 2010

midterm~~

kali nie aku nak bercerita la cikit sal kestudian aku yg semakin sebuk...
stat ngn this week...dh de 2 midterm..huk3...sian...kena study byk utk midterm..hope can answer all the question...hehehehehe....

utk this week...de 2 test...international marketing dgn distribution channel and retailing...aduh~~kena struggle la nampaknya...utk next week b4 go back to raya lak...ade test..business management, dan marketng research...

utk consumer behaviour 2 blom tau ag...huk3...aku pon x tau nape sem nie aku rase susah gile aku nyer subjek...kawan2 aku pon kata cm 2 gak...adoi la...nape aku rase sehari dua nie aku semakin rajin membasuh kain??....lalalalala...rajin ke??...rajin la kowt...

hehehehe...semalam aku kuar ngan che ku aien...konon2 nya aku nak g beli contact lens...tp x beli pon...g seuvery2...mahal kowt...rm33-90...huk..tp de keistimewaan masing-masing r...huk3...alih2...x beli pown...

lain yg nak beli...lain yg dibeli...aku pon xtau nape ngan aku nie...huk3...bile dok jalan2 2...beli la tudung syria RM25.00 sekali ngn inner...then, jalan2 ag...nampak kedai beg...terbeli 1 beg harga setelah dirunding jd rm38.00...hek3...t aku ambik gmbr then post kat sini...hehehehe...saje je nk tunjuk beg cntik aku 2...oppppsss....cantik ke??...ntah...korunk agak cantik x??

musim2 puasa nie..bile sahur de gak r rase mcm malas nk bangun...tp kalo aku x bangun, lambat r sikit dak2 nie nak bangun...kalo x bangun...jawab nya, x sahur r..kalo x sahur, lapar r jawabnya...

hahahahaha...mcm2 la aku nie kan...aku teringat lak kisah ramadhan di tahun 1999...
mase nie aku berusia 9 tahun..mase nie aku slim ag...huk3...nak d jadikan cerita...mase tahun nie aku kena masuk wad utk operate perot aku...kena appendik...huk3...(makan banyak sangat mase berbuka dan malamnya)...bile dah siap muntah2 2...mak aku bebel...kata "2 la..makan banyak sgt..."huk3...then, aku d serang demam...jd rase letih je whole day...

then, aku x bgtau mak aku ape yg aku rase...tp bile dah berlanjutan x sihat 2...aku d bawa ke klinik persendirian...dr. kata...x de pape...demam biasa...bg ubat then balik...tp bile dh berberapa hari masih mcm 2...aku d bawak lagi ke klinik poo di kota bharu...bile dia ultrasound...

dia kata,..aku kena masuk wad...sbb aku kena appendik...then, aku masih ingat...malam Y2K...tahun 2000...Millenium...aku d bedah d hospital universiti sains malaysia...huk3...nasib sempat g chek dkt klinik poo...sbb doktor kata usus aku dah pecah...kalo lambat, aku leh mati...

2 la kisah nya...DIA nak bg aku merasai pengalaman hidup selagi ade nyawa dari DIA...then, sampai sekarang parut bekas operate 2 ade lg...huhuhu...bekas jahitan pon ade lg 6...mase dok kat hsopital nie mcm2 gaya pesakit yag aku leh tgk...mane taknya...aku dok situ sampai hari last puasa...huk3...hehehehe...dan sbb aku pon pesakit mcm diorg...

mase nie...aku tau aku dah susahkan keluarga aku terutama ma dan abah...maafkan anakmu ini...hehehehe...jiebah syg ma ngan abah (wah!!~~pengakuan terbuka sambil berlagak bangga ngn diri sendiri)...bile hari last puasa 2...doktor kata dah boleh balik...bile balik umah, org lain g beraya...aku lak kena jage umah...huhu~~kesian...sedih aku...hak3...padan muka...

mase balik umah nie la...mak aku jaga makan, minum aku...mak aku mmg jaga tempoh aku kena pantang...kalo korunk nak tau...time nie r yg aku rase x suka...sbb nk makan pon., kena controll...ye la...kalo x controll nti jd penyakit lain gak...lbh baik kena pantang sekarang daripada kena penyakit lain...aku dh x sanggup kena hadapi penyakit lain...hahahahah~~

2 tahun aku berpantang daripada makan ikan tongkol @ ikan aye...huk3...2 lah d kata kan pengalaman...dan daripada pengalaman aku 2 la aku menghargai hidup aku...hehehehe...tq GOD...cos give me chance to live...

setakat nie je la cerita aku kali nie k???...t sambung cerita lain ag...cik slipper nak mandi dan study lak...huk3...see me at fb...

LELAKI EGO~~~

entry ni sy ambil dr blog wawa wafiyyah...fb.Ckg Shehdi forward untuk semua student dia.cerita yang menyentuh hati dan perasaan.AMARAN:Entry ni panjang okey!..syabas klau berjaya habis kan..hehe

untuk renungn semua terutama lelaki.

--------------------------------------------
Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,
dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah
. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan. *ini memang lelaki kan?*

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”
tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”
Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,
“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”
pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

JADI, BUAT LELAKI...HARGAILAH WANITA YG MENYAYANGI ANDA SELAYAKNYA DIA (WANITA) SBG MANUSIA SEPERTI ANDA...

bukan nak mengata...tp nak bercerita~~

erm...bile dah semakin lama...aku makin mengerti kowt...cinta x boleh d paksa2...so..i let u go with her...i was promised with my self 2 try not contact u 4 one month...so, if i pass in my promised...thats mean...i'll not be with u...i mean..u are not my destiny...

i know...i just a ugly gurl 2 be with u...but..i am a person...like u..have feeling 2 love...i wish u happy with her...but u need 2 know...u will get wat u deserved...so...just think and just flashback wat u have done if u become like me after this...

i will not put my feeling 2 u again...thats was something wrong when i love u like crazy...i ve looked at u 4 two years...when u want to be with me...i accept...and u was promised me to take care about this relationship...u was promised me 2 love me till da end...but...why??

this is last our relationship??...i thouhgt u was changed...but..its not...and i want u 2 know...i was make mistaked when i love u and want 2...and u just want 2 play with my heart...so unexpected...tq 4 all da moment...

this is wat i need 2 face...this is my fate...so, if u r not sincerly with me...pls..im begging 2...pls do not come on me again...im not strong women 4 u play with my heart...or u want ur sister be like me then??...just imagine, if ur sister be like me after this...can u accept it??

but u dont need 2 worry...bcos, i will not be stupid bcos of u...when u not my mine, its not mean i need 2 dying...so...tq 4 all everything...but pls remind wat ve u "hutang" with me...so, pls buy it...bcos, i need that...im not a kind of person to "halalkan" it...k??...

tata titi tutu....sory 4 everything...take good care of you...and pls do not make the same thing like wat u ve done 2 me...k??...bye....

August 17, 2010

hidup baru~~

aku berjanji pada diri aku untuk bina hidup baru aku ngan lebih bersemangat...takkan ade lg sape2 yg boleh menghalang aku utk melakukan ape yg terbaik dalam hidup aku selagi aku x melanggar batas2 sbg manusia d muka bumi nie...selagi aku menjaga batas2 aku sbg wanita muslimah...selagi 2 lah aku bebas melakukan ape sahaja...

aku berikrar utk tidak mengacau sape2 lagi...biarkan aku begini...aku x kan menjadi lemah lagi...aku akn fokus pada study aku...dlm jalankan tanggungjawab aku sbg pelajar...dlm jlnkan tggungjawab aku sbg ank kepada parents aku yg nak lihat aku berjaya dalam edup...

itu ikrar aku!!!!~~insya Allah akan aku tunaikan ape yg telah aku ikrarkan...

August 11, 2010

ahlan wasahlan ya ramadhan...dan selamat berpuase semua~~

kali nie...dengan izin ALLAH...dapat lg aku hidup dan menghirup udara segar milikNYA..dan hari nie...sudah 2 ramadhan..bermakna hari nie hari kedua aku berpuasa..jd, 1st of all...aku nak ucapkan selamat berpuase buat semua rakan2...dan keluarga...hihihihih...

aku gembira kerana...ALLAH memberi aku ruang untuk terus berpuasa sehingga ke tahun 2010...dan sehingga ke hari kedua nie...hehehehehe...walaupon puasa aku dalam keadaan yg x stabil...aku tetap besyukur kerana aku dpt mengawal emosi sedih aku nie...hik2...

so...i'm a kelantaniess...aku dh potong line celcom aku...aku x tau nak g idupkan balik no 2 atau x??...tp kalo aku x g idupkan...aku kena g update maklumat aku d fail poli...aduh2...

kalo ngan org lain...aku x kisah...tp kalo ngan poli t kalo ade pape...susah la diorg nak contact2 aku...huk3...d bulan puasa nie...mood aku asyik nak dgr lagu nasyid je...hehehehehehe...

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki