KLIK - KLIK

July 30, 2011

Ramadhan 1999 dalam ingatan~~

assalamualaikum wbt dan hye..

hey kenkawan. sedar tak sedar hari nie dah 30 Julai 2011. hari kedua terakhir sebelum kita menyambut bulan Ramadhan. Insya Allah if kita d takdirkan sempat untuk berpuasa dan if tepat ramalan puasa tersebut. dan kalo d ikutkan..malam nie ialah malam last bulan Syaaban. dan start dengan Maghrib esok, kita dah pon memasuki 1 Ramadhan. maka, bermula lah Solat Sunat Terawih pada esok malam. urm..sangat2 x sangka puasa kali nie sangat awal dan aku berharap aku mampu berpuasa dengan baik lah.

anyway, bercakap sal puasa nie. CN ade satu cerita nak kongsi kan dengan kamu semua. cerita nya bermula dalam bulan puasa di tahun 1999. kalo d ingat2 balik, tahun 1999 nie, kita masih puasa dalam bln 12. CN pn ingat2 lupa. but, yang pasti, kemuncak cerita nie berlaku pada malam tahun 2000. tahun Millenium, Y2K la katakan. ahak2!!. mana tak kemuncak nye, orang lain sambut Y2K dalam bulan puasa d rumah. tapi CN?...CN lak sambut Y2K dalam bulan puasa d hospital..tu la, CN kan budak ag mase tu, semua nya ikut rasa je nak wat ape, nak makan ape dalam bulan puasa.

pastu, sampai hari nie, CN masih mengandaikan bahawa, "if la CN tak lakukan semua tu, mesti CN tak kena masuk hospital dan harus menjalani operation, dan kemungkinan besar, mungkin CN akan kurus seperti orang lain..". wah, berangan je keje CN nie kan?. tapi takpelah, itu dah takdir CN. ade hikmah la d sebalik semua nie. CN tahu. Allah dah ciptakan yang terbaik utnuk setiap hamba2 NYA. yup!!..itu sudah pasti.

kamu semua nak tau tak apa yang terjadi hinggakan CN perlu d masukkan ke hospital dan harus melalui operation tu?. cuba kamu semua teka...


alaa...teka la...cube teka...
.
apa?. tak tau?. ala. cuba la...
.
.
.
.
cuba ye?. cuba..
.
.
.
.
.
.
.
.
ala...kamu semua nie lambat la...
.
.
.
.
tak tau?. dah ngaku ke?. okey2. CN bgtau.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
cerita nye bermula dalam bulan puasa pada tahun 1999..mase nie, CN darjah 3. masih kanak2. mse nie, mak CN ade kedai runcit d tepi jalan raya besar kawasan rumah CN. nak d jadikan cerita, dalam bulan puasa tu, CN selalu p jaga kedai tu..bila dah dekat masuk waktu nak berbuka, CN balik la rumah ngan kakak ke, ngan mak ke, ngan sape2 saja yang ade kat kedai bersama CN mase tu. dan setiap hari dalam bulan puasa tu CN akan bawak balik makanan yang ade kat kedai tu, tak kisah lah, ais krim ke, makanan ringan ke ape ke...konon2 nye nak qadho makan makanan yang tak leh d makan mase waktu2 puasa.

dan d setiap kali CN berbuka puasa, CN akan makan makanan yang CN ambik dari kedai runcit kepunyaan mak CN tu. kadang2, lepas terawih, CN akan makan semua yang CN bawak balik umah. nak d jadikan cerita lagi, pada satu malam..lepas berbuka puasa, CN makan semua nye yang ade. sampaikan CN letih, tertido dan tak p la solat terawih nye. lepas mak CN balik solat terawih, mak CN tanya..."nape ngan kamu nieh?..kaklong kata muntah2 atas katil..btl ke? (kamu semua tak payah terkejut sangat sbb dialog tu, mak aku said dalam bahasa Kelantan..CN taip lam bhs standard biar kamu semua paham, sbb nti tak perlu la kamu semua tertanya2 maksudny itu...)...lepas tu, sekali lagi CN muntah.

keadaan ini berlarutan kurang daripada 7 hari kalo x silap CN. sepanjang tempoh tu, CN tak boleh puasa sbb CN akan muntah. pastu, CN tak pernah bgtau family apa yang CN rase selain daripada muntah. d sbb keadaan nie berlarutan, mak pn menggesa abah supaya bawak CN p jumpa doktor. 1st doktor kat klinik swasta, the doctor said..."dia demam biasa je..lepas nie ambik ubat, balik dan makan dan rehat...", lepas ikut semua saranan doktor tu, semua nya masih berlaku seperti biasa dan aku menjadi lebih teruk...

satu hari, mak ambik keputusan untuk ajak abah CN bawak CN p jumpa doktor swasta yang lebih berkaliber. yang ade semua kelengkapan untuk soundcek and segala bagai yang lain yang melayakkan beliau d gelar sebagai doktor. then, bila dah p cek2, the doctor said...i haveAppendic, satu penyakit d mana usus perut CN menjadi panjang. hehehe. lebih tepat usus perut CN terlebih. doktor kata lagi CN perlu d masuk kn ke dalam hospital dan perlu d beri rawatan. atas saranan doktor tu, family CN bawak CN p hospital.

ekceli, CN tak pasti berapa malam CN perlu ade d wad sebelum CN d operation. yang pasti, CN d operasi pada waktu malam. lepas doktor tusuk jarum d tangan, untuk masukkan air dalam badan CN, CN d minta untuk tinggal d dalam wad. mase nie, kesian dekat family CN sbb kena bergilir jaga CN. pada malam Y2K aka Millenium, CN perlu d operasi, CN perlu d bius. dan CN d operasi dalam keadaan 80:20 . 80 tak sedar : 20 sedar. CN sedarkan diri pada keesokan pagi nya. CN tersedar pon sbb bahagian yang d operasi tu manjadi gatal2.

menurut mak, doktor cakap..nasib baik CN tak terlambat d bawa ke hospital sbb usus perut CN tersebut hampir sahaja pecah. dan kata doktor lagi, kalo usus CN pecah, CN mungkin menjadi lebih teruk. dan paling menakutkan bila doktor cakap, bila usus pecah, boleh akibatkan kematian. dan nasib baik lah CN masih sempat untuk d operasi. selepas beberapa hari d hospital, CN try mintak nak keluar wad dari doktor. doktor kata "awak tak boleh balik selagi awak tak buang air besar...", CN pn angguk2 sebagai tanda akur tapi..(dalam hati, leceh la doktor nie, nak balik pon kena buang air besar segala lagi..)

2hari sebelum menjelma nya Syawal, CN telah berjaya membuang air besar..dan family CN try mintak ngan doktor untuk keluar wad. doktor kata "kalo anak akak dah tak demam, boleh la dia balik..", but pada malam tersebut, CN demam. tapi..alhamdulillah, last day Ramadhan, CN sudah kebah demam. tengah hari berikut nya, doktor kata "anak akan dah boleh keluar petang nie..."

then, balik umah..berehat. macam dok dalam hospital ari tu la. dan....

keesokannya, pada hari raya aidilfitri tersebut................(akan d ceritakan nanti..)

itulah kisah Ramadhan CN pada tahun 1999. mase umo 9 tahun. dan sehingga sekarang..parut pembedahan pada perut CN masih lagi berbekas. CN terima 6 jahitan untuk appendic ini.


>>apa?. nak tau cerita selanjutnya?. insya Allah selanjutnya, CN akan sambung part seterusnya pada 1 Syawal.

selepas peristiwa ini, CN menjadi semakin berjaga2 dengan makanan. almaklumlah, CN kan kena berpantang untuk elakkan luka pembedahan terkena apa2 kesan sampingan yang tak d ingini. dua tahun lepas peristiwa nie, CN berusaha ubah cara pemakanan CN pada bulan Ramadhan.

*p/s 1 : kamu semua ingat penyakit appendic nie tak bahaya ke?
*p/s 2 : nape tak sambung terus?..(dah tajuk pon Ramadhan 1999..bukan nya Syawal 1999. hehehehe..)

berhati2 lah d bulan Ramadhan yang penuh barakah ini...
moga2 Ramadhan kali nie menjadi lebih baik daripada Ramadhan sebelum nya.
konklusinya, Ramadhan untuk berpuasa, buat ibadah..
bukan nya bulan untuk makan atau berbuat dosa.






*note : CN makan banyak kan?.


2 comments:

Unknown said...

oho..untuk memudahkan pengomen, disyorkan tuan blog membuang word verification dan membuat popup window untuk bahagian komen...huhu

btw, follow u...happy blogging

Jom follow geng lepak-banyak info menarik di sana

Geng Lepak

cik najibah said...

mcm ne nk wat tuh?

trademark pemilik wilayah

"men are like shoes. some make you feel taller, some make you feel so small"

"semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan"

"selagi aku mampu menyayangimu...selagi itulah aku akan menangis keranamu"

"untuk mendapatkan yang terbaik, kita kena lepaskan ape yang kita gengam sekarang"

iklan sana sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nota kaki

nota kaki